Isnin, 18 Januari 2016

gas dah habis?!!!!

Pantas & tuntasss...
Mukadimah pendek hari ni..kenapa?
...masa tengah masak gas habis! Bahan semua dah sedia, acara potong memotongpun sudah beres...harapan nak masak daging kurma & bergedil menjunam ke 'skala richer' yang agak 'poor'...huhuhu

Alternatif:
Oh... telifon  kedai hantar gas: boleh pulak dia lupa jalan rumah aku? Batal....huhuhu

Mr.hubby : jangan kacau dia tengah kerja, tapi maklum juga...hehehe...encik abe 'offer' bungkus. Aku pula jual mahal...

Haaa oven! :resepi tak berapa sesuai

Microwave!!! : emmm tak wujud

Kuali magic!! : tak magic sangat sebab kena guna api juga!

Dapur elektrik : dalam perancangan nak beli...huhuh

Kayu api? : emmm...abaikan...

So... jangan panik... ada penyelamat lagi!

Taraaa ...

Tajuk alternatif : Jasa si periuk nasi

Periuk nasi nie sebenarnya alternatif yang baik kalau semua di atas tak dapat nak 'membantu'. Jangan tak percaya begerdilpun boleh dihasilkan cuma penyediaan agak lambat sikit sebab kena masak satu per satu...iyalah periuk nasi pun satu jer. :)

Daging masak kurma....

Punyalah banyak masukkan kentang...ada tujuan tu tau!

Dah naik selera dahhh...

Hasil dari periuk nasi...

Emmm...tadi saya letak banyak kentang pada masakkan daging kurma tadi. Sebahagiannya saya bawa keluar sebab nak buat bergedil kegemaran.

Bergedil? Dalam periuk nasi?
Nak buat bergedil gergasi sebab nak cepat.

Masukkan minyak sesenduk dan bancuhan telur. Kentang lenyek yang 'di gergasi bergedilkan' diletak atas telur tu. Separuh telur curah atas kentang.(waktu lenyek kentang campurkanlah bahan-bahan  bergedil kesukaan...daging hancur,daun sup dsbgainya)


Bila bahagian bawah dah masak keluarkan dan terbalikkan untuk hasil yang lebih gareng...

Masukkan semula...Cantik.... hehehe

Dah siap bolehlah dihidangkan....

Dah macam telur dadar....









Tiada ulasan: