When its comes to heart breakin point:even 3 month paid maternity leave seems to short for breaftfeeding and mother-baby moment.... |
Ada ibu yang 'berjaya' berhenti kerja demi menjadi ibu sepenuh masa...ada pula yang teruskan bekerja demi memenuhi tuntutan komitmen masing-masing. Setiap orang mempunyai tanggungan,cara hidup dan perbezaan pendapat yang berlainan maka jangan mudah jatuh hukum. Jangan mudah memandang rendah pada insan lain,jangan terus mempersoalkan kenapa dan mengapa...hakikatnya tujuan hidup kita adalah menggapai bahagia....
Maka... sebagai seorang ibu yang normal dan baru melahirkan bahagiaku pasti bersama anak. Setiap ibu yang penyayang hampir dan ada yang pasti menitiskan airmata tatkala bayinya terpaksa diserahkan kepada pengasuh demi membantu meningkatkan ekonomi keluarga dan sebuah pengorbanan.
Sebagai manusia biasa jika ini terjadi maka aku memang mengimpikan sebuah kekayaan untuk sepenuh masa bersama anakku. Dengan kemampuan sebagai pasangan berpendapatan sederhana bersama komitmen bulanan dan sebagainya mana mungkin kami menggapai kemewahan sekelip mata? Atau mampukah? Hanya Allah yang tahu...Adakalanya ada rasa 'gila'... jom jual itu dan ini 'oneline' dengan harga juta-juta...mungkin ada jutawan arab yang nak beli... (wakakka barang cap ayam jer...impian gunung ringgitnya) hakikatnya nothings free in this world unless... Allah mengizinkan. Walaupun impian itu ada, tak salah berangankan?(tapi tolonglah...biar dengan usaha)... tak salah orang biasa-biasa macam aku berusaha cara lain yang halal setelah sedar kerjaya kami sukar untuk memungkinkan kami jadi kaya. Tak salah untuk beli sijil preminium BSN rm1000 dan berharap dengan doa dapat BMW untuk dijual bagi melunaskan komitmen bulanan dan peluang berhenti kerja untuk menerima jawatan baru sebagai ibu & isteri sepenuh masa.(nak peluang rm1juta?...simpan sijil preminium rm3000)...tak salah untuk berterus-terang pada Allah mohon jadi kaya tapi biarlah seiring kekayaan tu...bukan saja kaya harta tetapi kaya budi,kaya akhlak,kaya iman,kaya ilmu,kaya kesihatan...dan...tak salah jugakan iklankan setem nie dengan nilai rm3.5 miliion...in case...just in case that a billionaire or whatsoever gonna....hahaa!
2016 latest price:
'please buy my one and only collection at 3.5 million ringgit' ... |
Tapi...salah tau, berusaha dan berangan 'join' bisness dengan modal ciput untung gile-giler..labur dan sanggup pula membuat pinjaman setelah dijaja dengan janji-janji manis untuk cepat kaya akhirnya melingkup
Salah tau, jika berusaha dengan cara haram...berjudi dan sebagainya
Salah tau, jika usaha dah mantap tetapi tidak yakin padaNya...sombong untuk meminta kepada empunya rezeki iaitu Allah.
...Yakinlah dengan jaminan Allah bahawasanya setiap sedekah akan mendapat balasan 10 kali ganda...(bentuk @ bila.... itu rahsia Allah)...
Apapun kekayaan yang kita impikan biarlah di jalan Allah.... namun andai rezekiku ditentukanNya untuk terus bekerja aku harus redha kerana perancangan Allah adalah yang terbaik untuk aku, kerja juga merupakan satu ibadah maka aku yakin dengan kesukaran hati dan perasaan untuk terus bekerja demi mencari rezeki akan meluaskan lagi rezeki kita dan menambahkan pahala . In Shaa Allah jika diizinNya...namun aku akan tetap berusaha menggapai impian bersama harapan dan doa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan