Ahad, 3 Januari 2016

Katil bayi 'd.i.y'. (Untuk kami yang bukan 'tukang'.)



Katil guna semula  

Aku bertuah sebab ada adik-beradik yang telah memiliki cahayamata  sebelum aku. Yang syoknyer ada barang-barang bayi yang boleh diguna semula. Walaupun anak pertama banyak perkara baru yang perlu dibeli terutamanya pakaian,keperluan 'toiletries', lampin pakai buang dan sebagainya.  Jika ada barang-barang sampingan pemberian adik-beradik  dan rakan-rakan dalam persediaan kelengkapan bayi ia memberi kesan dan membantu serba sebanyak dari segi ekonomi. In Shaa Allah pahala mereka juga berterusan. Maklumlah barangan bayi nie tak pakai lama elok dipusing-pusing kepada yang sudi kannn? harga barangan bayipun boleh tahan juga dan 'peal' 'menjoli sakan' adalah kurang bijak. Jika semua nak dibeli memang agak 'parak' juga. Walaupun kami tidak meminta-minta, kami bersyukur ada sahaja kawan-kawan sekerja dan adik beradik yang 'offer' kelengkapan seperti katil bayi,troli bayi, pakaian, barut dan sebagainya. Kami tak kisah barangan 'second  hand' asalkan masih relaven dan sesuai. Selain itu kita perlu inovatif dengan barang yang sedia ada di rumah agar ia dapat memberi kemudahan berkaitan.

Kotak hadiah pakaian bayi diguna semula sebagai 'kotak hiasan' dinding bilik si anak.

Katil bayi d.i.y kami : jangan mare....katil 'Royal Baby taj mahal'.
Inovasi kali ini: walaupun adikku telah meminjamkan katil bayinya padaku namun jika mahu meletakkan  bayi diruang tamu kami kombinasikan 2 kerusi jati solo nie untuk dijadikan katil bayi. Ruang kosong di tengah-tengah kami lapik dengan plastik keras dan 'diratakan'/disumbat' dengan kain yang bersesuaian, kemudian lapikkan dengan 'toto' bayi. Rasa selamat  dan selesa sikit. Maklumlah si kecil niepun masih dikunjungi tetamu.Katil pemberian adik kekal di bilik tidur kami. Bolehlah ubah-ubah lokasi bayi mengikut kesesuaian dan aktiviti  kita.hehehe...
*langkah keselamatan: ikat tali/kain di antara 2 kerusi tu,bimbang ada 'tetamu' kecil datang bergayut di hujung kerusi hingga menyebabkan kemalangan.

Sejak kelahiran si kecil murah betul rezeki, ramai kenalan dan saudara-mara memberikan sumbangan dan menghadiahkan pakaian dan beg bayi.

Sesekali  aktifkan rangsangan bayi dengan 'permainan' pemberian wan 'mak teh' & tok 'uncle'nya.

Terima kasih semua semoga Allah memberi balasan sebaik-baiknya. Aminn....

Tiada ulasan: