Isnin, 11 Januari 2016

Sangkar kucing : biarlah dengan kasih sayang



Adakalanya  rasa sedih juga terpaksa kurung kucing. Kucing sifatnya suka bermain,bergurau...berlari-lari...melompat dan 'meneroka'. Maka andai kita terpaksa membela kucing di dalam sangkar biarlah saiznya selesa dan ditempatkan dilokasi yang selamat dan terlindung dari terik matahari. Alhamdullillah sebahagian  besar dari jiran berdekatan masing-masing  menyayangi dan membela kucing. Jangan tak percaya 5 jiran terhampir denganku semuanya ada sangkar kucing dan tak kurang juga membina 'rumah' kucing sendiri. Syukur  dan gembira kerana mereka masing-masing  prihatin dengan kebajikan kucing mereka.

Sekali-sekala  main dalam rumah


Ada di antara jirananku yang mampu membina 'banglo' kucing sendiri,ada pula yang siap berkipas, ada yang pasangkan ubat nyamuk tatkala malam menjelang malah ada yang sanggup letak di hadapan rumah dibawah anjung utama kerana bimbang tempias hujan. Biarlah permandangan rumah nampak cacat sedikit asalkan kucing tidak tersiksa  dek mentari!

walaupun  hanya kucing kampung  tetapi lulu&lala  juga adalah  makhluk Allah yang perlukan keselesaan. Sangkar 3 tingkat ini merupakan  2 unit yang kami cantumkan. (Beli berdikit-dikit )

Baru-baru ini  aku ada terbaca akan teguran dari Persatuan kucing KL Selangor tentang penggunaan sangkar kucing(FB). Sedih melihat kucing yang dikurang tanpa kasih-sayang. Sebahagian  pemilik kucing menganggap kucing mereka hanya sebagai satu 'benda' yang hanya dibelai jika mahu dan diketepikan bagai tak wujud jika bosan. Mereka meletakkan kucing-kucing  tersebut bukan sahaja di dalam sangkar yang sempit bahkan ditempatkan di lokasi terpinggir berhampiran rumah mereka. Yang sedihnya kucing-kucing  tersebut dibiarkan di bawah terik matahari dan terdedah pula dengan hujan, seolah-olah  tawanan perang@hamba yang sedang dihukum. Ada juga yang letak makanan sekadar cukup makan, apabila tuan punya  kucing  lambat balik kerana urusan  lain maka kebulurlah kucing-kucing  tersebut sehingga esok hari kerana tuan punya  kucing  tersebut  pulang lewat malam dan 'tak kuasa' nak tambah makanan ketika itu.... :'(



Lulu&lala  kami tempatkan di tempat  yang redup selain memasang pelindung tempias hujan secara d.i.y
(  rujuk tajuk tempat 'yak' kucing untuk d.i.y kotak najis kucing bebas tempias)

Saya percaya andai ada kasih sayang pengainayaan secara halus mahupun terang-terangan terhadap kucing-kucing tersebut tidak berlaku.

Semoga kita semua lebih prihatin terhadap makhluk Allah  ini....

Tiada ulasan: