Bagi aku kucing memang ada perasaan yang kuat terhadap insan yang menjaganya. Aku pernah terbaca di dalam buku 500 question about cats... apakah perasaan kucing jika mereka dibuang, jawapannya: mereka seperti anak-anak kecil yang kehilangan keluarga...trauma dan tertekan.... Wallahualam .
Dalam enti ini aku nak 're-share' beberapa gambar si lola sejak kehadiran bayi pertama kami. Alhamdullillah lola tak cemburukan baby tetapi ia nampak sedih sikit sebab perhatian terhadapnya mula terjejas(bab belaian). Ironinya setiap kali aku terleka lola akan cuba tidur di hujung kaki baby seolah-olah turut berkongsi kasih sayang...nampak sweet sangat! Namun sebagai langkah berjaga-jaga kami tidak membenarkan lola lepak di tempat baby beradu...bimbang bulunya masuk hidung baby ataupun gigitan si kenit walaupun lola kami berikan ubat kutu.
Bila aku lambat kemas tempat bayi maka banyaklah insiden seperti dalam gambar yang aku kongsikan. Terpaksalah basuh atau 'cover' mana yang tak sempat...Tak tahulah sama ada lola nak 'cop' tempat tu atas dasar 'terretory' atau kerana merasakan dengan berada di situ lola akan berasa lebih kasih sayang....apa yang membuat aku terharu tentang lola adalah adakalanya lola akan segera menuju ke arah bayi apabila bayi 'menjerit sedih' kerana mengigau.
Pecinta kucing pasti memiliki perspektif berbeza dengan kehadiran insan baru (bayi) dalam kehidupan kita. Ada juga yang berada dalam dilema untuk mengekalkan kehadiran kucing dan ada pula yang mengambil tindakkan drastik membuang kucing yang telah bersama-sama mereka sejak bertahun-tahun sebaik sahaja tahu diri mengandung. Apapun terpulanglah pada pendapat dan cara masing-masing asalkan kucing tersebut tidak terainaya. Adakalanya rasa bimbang yang ekstrem dengan pengaruh kesihatan menyebabkan manusia menjadi terlalu 'protective' sedangkan jika ada kasih sayang yang tebal mungkin sehabis baik menggunakan cara yang lain untuk mengekalkan kucing-kucing peliharaan kita sebelum ini. Jika tidak mampu membela lagi maka carilah keluarga angkat...jika gagal maka serahlah kepada badan pecinta kucing yang menerima dengan bayaran dan jika tidak mampu mengeluarkan belanja untuk itu juga maka lepaskanlah di suatu tempat paling sesuai yang kita rasa 'paling' selamat.
Buat masa ini aku masih kekal memiliki 3 ekor kucing (2 daripadanya selsema kekal sejak kecil dan kini dikurantinkan dalam sangkar yang besar)Tidak ada sekelumit rasa untuk menyingkirkan mereka yang menjadi permata hati kami sebelum ini. Ada kisah mereka di entri yang lalu. Pertama kali aku didapati hamil antara persoalan yang tercetus di kalangan insan terdekat adalah tentang kucing-kucing ku. Sehingga ada yang menyarankan agar mereka dibuang...
Ketika awal kehamilan aku tidak banyak mendekati 'mereka' dan urusan 'yak' diuruskan oleh suami. Tetapi masuk bulan ke 3 selepas mabuk hamilku berkurangan aku kembali menguruskan mereka. Bukan tak sayang 'baby',malah aku akan pastikan tangan dibasuh dengan sabun bersih-bersih. Aku serah pada Allah disamping tidak mengabaikan faktor kebersihan yang lain. Masuk bulan ke 6 lola menguji kasih sayang kami apabila mula dijangkiti cirit-birit. Sejak kecil lola 'yak' dalam bilik air tetapi mula melepaskan hajat di sinki. Ketika itu memang menguji kesabaran kami namun aku layankan kerenahnya. Segala kekotoran aku hadap. Hampir setiap hari mengemop dan membasuh lantai dah jadi macam tugas 'kesukaan'. Walaupun hamil ia satu senaman juga.
Banyak lagi ujian sebenarnya tetapi kami redha. Kami sedar 'extra care' perihal bulu-bulu dan sebagainya dan kehadiran bayi ini tidak melunturkan semangat kami untuk menjaga lulu,lola dan lala sehingga akhir hayat mereka dengan izinNya.
Alhamdullillah bayiku dilahirkan sihat. Bilik utama kami kini kawasan larangan untuk lola selagi bayi dirasakan masih terlalu 'awal' untuk pendedahan bersama miau. Sabar yer lola...nanti boleh jadi kawan baik...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan