Nampak macam mudah tapi kalau tak kena gaya rasanya tak mencapai selera yang diharapkan. Sambal kicap nie paling popular di Johor, pada mulanya aku pelik juga tengok 'orang' sana cicah dengan pisang goreng. Tapi bila aku cuba sendiri ternyata memang sedap lebih-lebih lagi rasa sambal kicapnya agak berlainan dari yang pernah aku rasa. Senang kata ada ummmppp!! :)
Meh nak kongsi sambal kicap 'my style' :
Bersihkan,tos dan tumis seketika bahan-bahan tersebut dengan 1 sudu besar minyak masak (dalam seminit dua sahaja):
Tumis terlebih dahulu dengan sesudu minyak masak:
*segenggam cili api
*1-2 ulas bawang putih
Setelah menumis, kisar bahan-bahan * tersebut bersama 1 sudu kecil asam jawa,1 senduk kicap@ikut suka kita perisakan dengan gula dan garam secukup rasa. Jika kicap tersebut dah manis@masin tak perlulah tambah gula/garam.
Setelah dikisar halus perahkan limau kasturi@limau nipis.
Siap!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan