Isnin, 7 Mac 2016

Kasut oh kasut!

Mungkin ada juga insan yang mengalami masalah sama macam saya bila cari kasut..

'Saiz kakiku agak besar untuk kebiasaan wanita Malaysia, jari depan tak berapa nak kuncup dan ditambah  pula dengan masalah kaki sebelah yang agak ketara kecil disebabkan oleh 'post operation'.

"Besar...besar sangat,kecil...kecil sangat, adoi...sakit ibu jari kaki bila mula berjalan, bahagian belakang macam nak tercabut rrr..."

"Maaf, saiz nie dah habis..."



Bukan mudah bagiku nak cari saiz kasut adakalanya  rasa nak jumpa Datuk Jimmy Choo tempah kasut ukuran lekuk sendiri..Mampu kerr?

Paling sedih kasut kerja aku yang disubsidikan langsung tak boleh nak pakai. Sakit yang amat terasa pada tumitku yang keradangan. Terpaksa juga beli dengan poket sendiri,mujur ada kasut getah kat Ekomart ala-ala kasut potong harga tak sampaipun RM10 harharhar! Walaupun tak berapa nak selesa tapi tak banyak pilihan yang aku ada. Bila dapat bonus tahunan aku gagahkan diri ke premis kasut yang dikira antarabangsa  juga tetapi yang tak bestnya kasut bertutup tersebut tak mampu nak memegang tumitku yang sebelah kecil. Takkan nak beli saiz lain2? Pakai sepasang  tetapi beli 2 pasang? BOLEH ke tidakk? Pokai...Akhirnya  aku terpaksa beli kasut harga dalam 2ratus lebih dan merupakan kasut paling mahal pernah aku miliki kerana tiada pilihan lain nak buat kasut kerja.


Macam kasut Edwin nie aku beli waktu promo tak sampai rm100 dan tersangatlah selesa tapi terpaksa aku pijak belakang macam nak pakai selipar sebab sebelah  kasut akan rasa nak tercabut apabila aku berjalan. Kalau dipakai juga mahu pitam dibuatnya. Jika pergi mana-mana aku banyak berselipar jer untuk keselesaan sebab bergaya nampaknya membawa penderitaan untuk aku yang ada masalah kaki nie. Pernah juga nak beli kasut ala-ala jururawat  yang dipromosikan kat hospital tetapi tak ada saiz pula.

Akhirnya  dapat juga aku kasut yang sesuai untuk aku. Tak sengaja aku terserempak dengan kedai kasut nie di Shah Alam. Yang bagusnya bahagian tumitnya agak kuncup dan mampu memegang tumitku yang sebelah kecil nie. Harganya sederhana mahal tetapi agak berbaloilah bagi orang macam aku yang 2-3tahun sekali beli kasut itupun kalau ketemu kasut yang sesuai. Sempatlah menabung kerana kasut niepun agak berkualiti dan tahan lama. Buat masa nie rasanya inilah 'kedai kasut rasmi' aku, lagipun aku membeli atas dasar keperluan dan kesesuaian bukan untuk kokeksi semata-mata. Jika nak buat koleksipun susah kot nak cari yang benar-benar sesuai untuk aku pakai, takkan beli mahal-mahal untuk ditenung kat almari kaca jer. Selepas beberapa hari rasa sedap jer kasut nie terletak kat telapak kakiku sebab meterial kasut nie akan membentuk secara sendiri mengikut acuan kaki kita asalkan ketika mula-mula  membeli kita memilih saiz yang ngam-ngam!

medifeet : sesuai untuk kaki yang bermasalah macam aku!

pertama  kali aku  beli kasut warna merah

Tiada ulasan: