Tugas seorang Dj nampak menyeronokkan namun ia tidak semudah yang dilihat. Selain bakat dan usaha seorang Dj juga berdepan dengan pelbagai cabaran melayani karenah pelanggan mahupun berhadapan dengan masalah teknikal metarial. Harga barang-barang keperluan Dj juga agak mahal dan melibatkan barangan berkualiti untuk kesan dan persembahan yang lebih mantap dan jelas. Samaada seseorang Dj terpaksa melaburkan wang untuk melengkapkan keperluan ataupun menyewa kelengkapan semuanya melibatkan kos beribu ringgit. Tidak hairanlah bayaran seorang Dj mencapai ratusan ringgit sehari.
Mungkin sebahagian dari kita tidak perasanpun penat lelah seorang Dj mengusung barang-barang kelengkapan mereka. Keperluan Dj seperti set 'speaker' dan sebagainya agak berat dan memerlukan tenaga serta pengangkutan yang sesuai. Namun demi minat dan semangat meningkatkan taraf ekonomi sebagai tunjang keluarga, cabaran demi cabaran diatasi tanpa rasa jemu.
Dj memainkan peranan yang tersendiri dalam sesebuah majlis. Seronok melihat Dj yang ramah dan tercuit hati pula dengan Dj yang kelakar. Apapun bila berceloteh Dj yang baik akan menyesuaikan dirinya dengan situasi,tempat dan acara selain daripada bergantung pada kehendak tuan punya majlis. Keutamaan adalah kepada kehendak pelanggan. Ada pelanggan yang ingin majlis yang meriah dan havoc....ada juga yang inginkan suasana yang tenang dan bersahaja.
...rezeki itu rahsia Allah...
Bagi penduduk Slim River, Sg Behrang dan kawasan sekitarnya yang masih tercari-cari seorang Dj bolehlah try DJMan....seorang Dj yang sederharna tetapi berpengalaman. Beliau banyak terlibat dalam majlis-majlis perkahwinan dan berpengalaman mengendalikan majlis-majlis santai sehinggalah ke majlis-majlis rasmi.
Sudi-sudikanlah 'call' Dj Man...01151214737
Tiada ulasan:
Catat Ulasan