Baru-baru nie ramai pulak kenalan aku yang minta cadangan tentang acara sukaneka@hari keluarga. Paling 'win' bila nak sediakan acara yang budget tapi meriah,contohnya penggunaan barang yang sama untuk beberapa acara yang berlainan selain tidak menggunakan bahan makanan sebagai permainan untuk mengelakkan pembaziran.
Aneka belon:
1. Belon yang ditiup sama besar diikat pada pergelangan kaki masing-masing dan pihak lawan akan cuba pecahkan belon lawan. Tuan punya belon yang kekal dianggap pemenang.
*sesuai untuk remaja mahupun golongan lelaki dewasa.
2. Tiup belon
Tiup belon sampai meletup. Selesai dan lari ke garisan penamat.
3. Tiup belon 2
Tiup belon membelakangkan lawan masing-masing mengikut masa yang ditetapkan. Belon paling besar menang.
4. Lari kepit belon sambil pegang payung.
Belon ditiup mengikut masa yang ditetapkan dan kepit belon pada celah kaki menuju ke garisan penamat dengan sebelah tangan menggunakan payung.
5. Tangkap belon.
Belon berisi air dilambung kepada pasangan masing-masing. Semakin lama semakin dijarakkan jarak balingan. Belon yang kekal (tak pecah) dikira pemenang.
SURATKHABAR LAMA
1.jet pejuang
Seorang buat 2@3 lipatan kapal terbang kertas tertera nama masing-masing. Kapal terbang yang paling jauh dikira pemenang.
2. Gaun si comel
Rekaan gaun dari suratkhabar paling kreatif dikira pemenang.
3. Gerak Pahlawan
Rekaan sampin dan tengkolok paling menarik. Peserta dikehendaki mempamerkan sedikit gerak silat tanpa menjejaskan sampin (jangan terkoyak)
3. Ular sawa
Buat tali paling panjang menggunakan 2 helai suratkhabar.Tali paling panjang dikira pemenang.
Payung/bola pingpong
1. Refer no.4 aneka belon
2. Hoki payung
Bentuk kumpulan lari berganti-ganti bawa bola pingpong dengan cangkuk payung
3. Sesudu pingpong
Lari bawa pingong dengan menggunakan sudu dimulut.
4. Pingpong master
Baling pingpong dalam bakul pada jarak yang ditetapkan. Pingpong paling banyak masuk dikira pemenang.
lontar 'peluru'
5. Balingan pingpong yang paling jauh dikira pemenang.
ok setakat disini buat masa ini...ada idea saya 'top up' lagi. Kalau pembaca nak 'top up' kat komen idea bernas sukaneka budget nie lagi best....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan