Selasa, 24 Januari 2017

Komen Membeli 'Online'

Era nie ramai dah mula selesa membeli secara 'online' termasuklah diri ini...cuma liat sikit nak pergi ATM buat pindahan wang. Kalau ada COD lagi seronok..harhar...tapi adakalanya  apa yang diiklankan tak serupa atau 'kurang' bila barang yang diminta sampai ke tangan. Paling sedih bila ciri-ciri yang diinginkan tiada dek kerana kurang maklumat atau penjual sendiri tidak begitu mengenali produk mereka dengan alasan mereka hanya bertindak  sebagai  agen.

Aku sendiri pernah menjual secara sambilan melalui fb, malah sudah banyak kali aku membeli-belah secara maya. Ianya memang menjimatkan masa. Paling 'win' bila 'shopping' t-shirt muslimah dan tudung instant melalui  FB, memang berbaloi.

  
Dek kerana aktiviti membeli-belah secara maya penjual harus meletakkan diri mereka sendiri sebagai pelanggan jika mahu menjual sesuatu dan mendapat keuntungan/'repeat customer' jangka masa panjang...cuba beri maklumat dan informasi sebaik mungkin agar 'harapan' pembeli yang terlalu tinggi tidak punah begitu sahaja. Jangan hanya berani menyatakan kelebihan produk tersebut tetapi menyembunyikan kelemahannya ...jika tiada pengetahuan tentang barang yang dijual elak dari memberi penerangan   tersebut mengikut perasaan ataupun pendapat kita semata-mata  sebaliknya 'follow up' dengan pembekal agar soalan dari pelanggan dapat dijawab dengan tepat. Pelanggan sekarang semakin bijak dan 'demanding', mungkin jawapan yang diterima akan dijadikan rujukkan kepada peniaga yang lain bagi mendapatkan kepastian.Tidak perlu tersentap atau berjauh hati kerana setiap komen harus dijadikan iktibar dan panduan. (Yang komenpun agak-agaklah....jangan serang secara terbuka,bincang dulu melalui mesej peribadi). Dengan berbuat demikian informasi baru dapat disalurkan dan jika ada pelanggan baru maka maklumat yang lebih terperinci dapat disampaikan.

Tiada ulasan: