Isnin, 9 Mei 2016

Makanan pertama bayi usia 6 bulan : bekal di rumah pengasuh

menu bayi aku masukan  ke dalam botol bagi memudahkan pengasuh memanaskan bekalan dengan pemanas susunya. Lagipun membazir botol-botol kecil nie jika tidak dimanfaatkan(sebelum dan kini botol tersebut digunakan bagi stok susu ibu). Nak buat stok sejuk bekupun mudah.


Gunakan sudu bayi jenis panjang.


Alhamdullillah  syukur kini bayiku memasuki usia 6 bulan. Seperti  kebiasaan ibu-ibu pasti sebelum ini  rancak mencari ilmu perihal makanan pertama bayi di usia 6 bulan. Bab pemakanan awal bayi boleh dikatakan  aku memang agak 'lurus' dan mengikut nasihat ahli perubatan biarpun sebahagian  dari saudara-mara  @kenalan mengesyorkan agar makanan diberi awal seperti mana kebiasaan orang melayu dulu-dulu. Kata mereka...'hidup lagi haaa si polan...sihat jer pun...' ada juga yang mengutarakan  kebimbangan  jika makanan  diberi lewat akan menjadikan bayi tidak mahu atau tidak minat menerima makanan. 

Sebolehnya dalam menu nie saya mahu masukkan elemen dari buah kurma dsbgnya. Apapun pendapat@resepi masing-masing  aku pasti setiap ibu bapa yang penyayang  mahukan yang terbaik. Terpulanglah  dengan keputusan  masing-masing  asalkan ia tidak membawa kepada kemudaratan.

Genap usia 180 hari@6 bulan(mana lebih awal...hihi macam servis kereta pulak) aku mengambil  keputusan untuk menyediakan makanan bayi berasaskan ubi keledek manis@jepun+sebiji kurma (dibuang kulit)+3biji kismis. Selagi sempat dan terdaya masa,tenaga seboleh-buolehnya   aku mahu bayiku mendapat makanan 'homemade' walaupun aku bekerja. Rasa puas hati dapat sediakan menu yang berkhasiat untuk bayi.

Cara-cara  :
Rebus@kukus empuk sebiji keledek jepun (warna unggu kulitnya) saiz sederhana.

Rendam buah kurma dan kismis di dalam segelas air panas sementara menunggu keledek empuk.

Setelah  keledek empuk, buang kulitnya dan kisar bersama-sama buah kurma yang telah dibuang kulit serta bijinya. Gunakan air rendaman kurma+kismis tadi untuk mengisar.

hari pertama  percubaan bayi nampaknya  serasi dengan menu nie! Licin... har ke 2 tiada tanda-tanda  sakit perut dan proses buang air besar bayi nampaknya lancar.

Insya'Allah  selepas bebeberapa  hari  nanti akan ada pertukaran menu untuk mengelakkan bayi jemu.

Menu seterusnya  :

Sepotong isi  labu manis (lebih kurang kuantiti sebiji epal.),sebiji kurma (dibuang kulit&biji),sebiji kentang yang dibuang kulit.

Rebus kentang yang dipotong kecil dengan air sekadar tenggelam.Setelah hampir empuk masukkan kurma dan labu(potongkecil). Setelah semuanya benar-benar  empuk,bolehlah dikisar dengan air rebusan tersebut.

Lebih bolehlah disejukbekukan,sertakan tarikh penyediaan.

Tiada ulasan: