Jumaat, 29 Januari 2016

Pengacara GO SHOP dalam pembikinan: Lola

Seronok juga ada 'online' shopping kan? Bila cuti panjang nie aku ada peluang tunggu barang kat rumah. Tak perlu nak bersesak dengan jem bak kata salah seorang 'makcu' aku melalui FB yang tention ketika tersangkut di jalanraya: kura-kura mengandungpun lagi laju! (Hahaha).
Setiap kali tengok Go Shop setiap kali itulah rasa nak membeli. Pengacara a.k.a 'sales person' mereka memang hebat dan adakalanya 'ke poyo'an mereka yang acah-acah hebat tu memang menghiburkan.Jangan tak percaya, adakalanya saja tonton Go Shop nie bila tak ada cerita menarik. Kelakar melihat gelagat poyo Azrul dan Jimmy selain Syakirin yang comel. Apapun jika dah terpikat dengan barangan tu jangan terus nak buat pesanan terutamanya jika barangan tersebut bukan barang yang benar-benar kita perlu. Jengok-jengok dahulu kat web tu...baca Q&A selain 'feedback'/maklum balas & komen-komen dari pembeli terdahulu kemudian baru nilaikan sendiri. Dari pengalaman aku, maklumat dari maklum balas pembeli sebelum ini sangat membantu.Ada barang yang berbaloi untuk dimiliki dan ada juga yang sebaliknya. Adakalanya 'keindahan' yang kita lihat dari 'kaca tv' tidak sama dengan apa yang kita perolehi secara nyata. Jika tidak pasti bincanglah dengan pasangan@ahli keluarga kita. Elakkan pembaziran. Bijak membeli bijak memakai!
...cuma yang tak bestnyer waktu penghantaran pihak GDex tak maklum kedatangan melalui telefon..jika adapun bila nak sampai  baru telifon membuatkan aku ternanti-nanti,nak keluarpun hati tak senang.lebih mudah jika ada makluman sehari awal. Pihak GoShop ada juga beri no.telefon  untuk 'set' masa penghantaran  tetapi setakat nie saya tak berjaya menghubungi  mereka. Itulah sebabnya saya lebih suka buat bayaran 'cash on delivery ' tak risau sangat tapi rugi masa dan 'ketenangan' sebab tertanya-tanya  kehadirannya. Terbantut perancangan nak keluar. Redha jerlah bila-bila  mereka nak 'sampai'. Paling cepat pernah aku terima barang 4 hari. Paling lama 2 minggu sebab barang kena 'return' disebabkan oleh kegagalan menemui kediamanku.Ketika cuti panjang nie bolehlah  buat pesanan sebab saya ada kat rumah tetapi bila dah bekerja nanti susah nak buat pesanan kerana kerja saya nie kadang-kala  tak statik lokasinya. Jika pihak GDex tak hubungi saya susah nak 'setting' dengan kawan-kawan  yang bertugas di pejabat. Taknak menyusahkan  mereka pegang duit kita bagi tempoh  masa yang tak pasti...haaa tengok siapa yang rugi?
Sunrise Pocket Block 48pcs nie memang berbaloi dan praktikal!

 Oppss berbalik kepada tajuk entri ni: .Lola dah jadi pengacara Go Shop yang baharu sebaik sahaja barang nie sampai.
 Emmm...agak-agak berapa 'sales' Lola boleh letup?





'Personal review' :

Sepanjang  beberapa  tahun nie ada beberapa  produk melalui GoShop yang telah aku beli secara berdikit-dikit . Bukan nak memburukkan sesiapa@nak 'up' sesiapa sekadar perkongsian dari pengalaman.

Produk pertama:
Neng gelis adalah barang pertama aku perolehi melalui  GoShop. Seronok guna tudung instant 2 muka beserta batu hiasan 'sworkies' yang agak sederhana  tetapi terserlah. Cuma ada satu 'design' yang saya tak minat tetapi terpaksa terima juga sebab dah dalam pakej.

Bekas  makanan : glass lock


Antara bekas makanan kaca yang sesuai dengan cara hidupku. Bekasnya tak besar sangat tapi mampu juga jadi tempat hidangan tetamu yang datang. Paling menyeronokkan jika makanan tak habis boleh tutup saja dengan penutupnya dan terus simpan dalam peti ais. Jika nak bekas yang besar sikit kena beli di pasaraya yang jual produk nie tapi tak dapatlah harga macam kat GoShop...aku pernah nampak kat Parkson... Sebenarnya banyak juga jenama lain seumpamanya. Ada juga aku beli yang besar sikit di sebuah hypermarket  tetapi kualiti kaca dan kedapannya tak sebaik GlassLock GoShop nie. Glass lock ternyata agak berkualiti dan kemas buatannya.

review  penggunaan  setakat  01.12.2016  : best, praktikal tetapi lagi best kalau ada satu bekas yang besar dalam pekej tu...


Cacth moob  :

Catch mob...moob...huhu malas lak nak refer ejaannyer...hehe

Mob ni antara yang menyeronokkan  untuk aku guna. Memang agak berat sikit nak mob bila dah perah kain ajaibnyer...tips nyer tak perlu perah sangat...biar basah2 gitu baru tak rasa berat. Penyudah kepada hasil memang jubin/lantai lebih bersih tetapi seperti mob biasa bila dah kering kita perlu juga menyapu sisa-sisa habuk. Taklah 'catch' sangat...atau ajaib sangat macam kat tv tu...tapi aku tak menyesal beli sebab ia memang menyeronokkan. Kalau ada 'lecak' depan bilik air senang jer nak lap. Antara  keburukkan  lain pula...rasa sayang nak guna kain selebihnyer...cantik sangat nak buat kain lap.kikiki. walaupun ada cacth mob nie bagi aku mob biasa masih satu keperluan terutamanya untuk kerja-kerja saat-saat  akhir...so dapat barang baru yang lama kalau masih ok jangan mudah sangat nak membuang tau...

review setelah penggunaan setakat  01.12.2016  : mmm lagi banyak guna mop biasa...emmm sebab sakit belakang pulak melayan

bab nak lap percikkan air depan bilik air atau sinki memang mudah!


Dapur  gas  strom

Dapur gas : strom

Wow...dapur nie memang  berbaloi setakat ini. Antara dapur gas yang terbaik dan sesuai untuk dapur yang sederharna. Naik seri.Alhamdullillah  semua barang sampai cukup. Risau juga sebab bila  baca review pembeli sebelum ini yang tak dapat tunku dsbgainyer. Kepala dan paip gas tidak disertakan (bukan dalam pakej) so kenalah 'stand by' sendiri. 


8.12.2016, Gambar paip gas : atas permintaan saudari nurfitrah :)

Mula-mula rasa kekok nak guna bahagian yang hybrid  tu...seram lakk...tapi...sekarang biar gambar berbicara...











Seperti  mana di tv, dapur nie memang senang dibersihkan selain kelihatan cantik.

review  setakat  01.12.2016  : best!!


Set aloe vera nie pula berbaloi dimiliki lebih  -lebih lagi jika ada promosi waktu siaran. Semua nie hanya RM99. Jika harga biasa walaupun promo RM199. Yang bestnyer satu badan boleh digunakan  termasuk rambut. 

Review setakat  01.12.2016  : best!


Tilam  angin  goshop  :  intex  

Mula-mula  beli  agak  teruja  konon  nak  tidur dengan  baby yang dah mula  pandai merangkak .  Tapi tak sesuai sebab tilamnya agak tinggi juga. Tapi kalau ada kes kecemasan seperti banjir agak manfaat untuk dijadikan rakit rasanya. Agak lasak dan boleh masuk kolam.
Kalau tetamu datang tak sanggup nak bagi guna bukan sebab  kedekut tapi rasa lagi selesa tidur atas lantai sebab badan rasa sakit dan tak stabil untuk tidur pagi tempoh yang panjang.

Isnin, 18 Januari 2016

gas dah habis?!!!!

Pantas & tuntasss...
Mukadimah pendek hari ni..kenapa?
...masa tengah masak gas habis! Bahan semua dah sedia, acara potong memotongpun sudah beres...harapan nak masak daging kurma & bergedil menjunam ke 'skala richer' yang agak 'poor'...huhuhu

Alternatif:
Oh... telifon  kedai hantar gas: boleh pulak dia lupa jalan rumah aku? Batal....huhuhu

Mr.hubby : jangan kacau dia tengah kerja, tapi maklum juga...hehehe...encik abe 'offer' bungkus. Aku pula jual mahal...

Haaa oven! :resepi tak berapa sesuai

Microwave!!! : emmm tak wujud

Kuali magic!! : tak magic sangat sebab kena guna api juga!

Dapur elektrik : dalam perancangan nak beli...huhuh

Kayu api? : emmm...abaikan...

So... jangan panik... ada penyelamat lagi!

Taraaa ...

Tajuk alternatif : Jasa si periuk nasi

Periuk nasi nie sebenarnya alternatif yang baik kalau semua di atas tak dapat nak 'membantu'. Jangan tak percaya begerdilpun boleh dihasilkan cuma penyediaan agak lambat sikit sebab kena masak satu per satu...iyalah periuk nasi pun satu jer. :)

Daging masak kurma....

Punyalah banyak masukkan kentang...ada tujuan tu tau!

Dah naik selera dahhh...

Hasil dari periuk nasi...

Emmm...tadi saya letak banyak kentang pada masakkan daging kurma tadi. Sebahagiannya saya bawa keluar sebab nak buat bergedil kegemaran.

Bergedil? Dalam periuk nasi?
Nak buat bergedil gergasi sebab nak cepat.

Masukkan minyak sesenduk dan bancuhan telur. Kentang lenyek yang 'di gergasi bergedilkan' diletak atas telur tu. Separuh telur curah atas kentang.(waktu lenyek kentang campurkanlah bahan-bahan  bergedil kesukaan...daging hancur,daun sup dsbgainya)


Bila bahagian bawah dah masak keluarkan dan terbalikkan untuk hasil yang lebih gareng...

Masukkan semula...Cantik.... hehehe

Dah siap bolehlah dihidangkan....

Dah macam telur dadar....









Isnin, 11 Januari 2016

Nothings free : make me a millionair!



When its comes to heart breakin point:even 3 month paid maternity  leave seems to short for breaftfeeding and mother-baby moment....

Ada ibu yang 'berjaya' berhenti kerja demi menjadi ibu sepenuh masa...ada pula yang teruskan bekerja demi memenuhi tuntutan komitmen  masing-masing. Setiap orang mempunyai tanggungan,cara hidup dan perbezaan pendapat yang berlainan maka jangan mudah jatuh hukum. Jangan mudah memandang rendah pada insan lain,jangan terus mempersoalkan kenapa dan mengapa...hakikatnya  tujuan hidup kita adalah menggapai bahagia....


Maka... sebagai seorang ibu yang normal dan baru melahirkan bahagiaku pasti bersama anak. Setiap ibu yang penyayang hampir dan ada yang pasti menitiskan airmata tatkala bayinya terpaksa diserahkan kepada pengasuh demi membantu meningkatkan ekonomi keluarga dan sebuah pengorbanan.


Sebagai manusia biasa jika ini terjadi maka aku memang mengimpikan sebuah kekayaan untuk sepenuh masa bersama anakku. Dengan kemampuan sebagai pasangan berpendapatan sederhana bersama komitmen bulanan dan sebagainya mana mungkin kami menggapai kemewahan sekelip mata? Atau mampukah? Hanya Allah yang tahu...Adakalanya ada rasa 'gila'... jom jual itu dan ini 'oneline' dengan harga juta-juta...mungkin ada jutawan arab yang nak beli... (wakakka barang cap ayam  jer...impian gunung ringgitnya) hakikatnya nothings free in this world unless... Allah mengizinkan. Walaupun impian itu ada, tak salah berangankan?(tapi tolonglah...biar dengan usaha)... tak salah orang biasa-biasa macam aku berusaha cara lain yang halal setelah sedar kerjaya kami sukar untuk memungkinkan kami jadi kaya. Tak salah untuk beli sijil preminium BSN rm1000 dan berharap dengan doa dapat BMW untuk dijual bagi melunaskan komitmen bulanan dan peluang berhenti kerja untuk menerima jawatan baru sebagai ibu & isteri sepenuh  masa.(nak peluang rm1juta?...simpan sijil preminium   rm3000)...tak salah untuk berterus-terang pada Allah mohon jadi kaya tapi biarlah seiring kekayaan tu...bukan saja kaya harta tetapi kaya budi,kaya akhlak,kaya iman,kaya ilmu,kaya kesihatan...dan...tak salah jugakan iklankan setem nie dengan nilai rm3.5 miliion...in case...just in case that a billionaire  or whatsoever gonna....hahaa!

2016 latest price:
'please  buy my one and only collection  at 3.5 million  ringgit' ...

Tapi...salah tau, berusaha dan berangan 'join' bisness dengan modal ciput untung gile-giler..labur dan sanggup pula membuat pinjaman setelah dijaja dengan janji-janji manis untuk cepat kaya akhirnya melingkup
Salah tau, jika berusaha dengan cara haram...berjudi dan sebagainya
Salah tau, jika usaha dah mantap tetapi tidak yakin padaNya...sombong untuk meminta kepada empunya rezeki iaitu Allah.

...Yakinlah dengan jaminan Allah bahawasanya setiap sedekah akan mendapat balasan 10 kali ganda...(bentuk @ bila.... itu rahsia Allah)...

Apapun kekayaan yang kita impikan biarlah di jalan Allah.... namun andai rezekiku ditentukanNya  untuk terus bekerja aku harus redha kerana perancangan  Allah  adalah  yang  terbaik untuk aku,  kerja juga merupakan   satu ibadah maka aku yakin dengan kesukaran hati dan perasaan untuk terus bekerja demi mencari rezeki akan meluaskan lagi rezeki kita dan menambahkan pahala . In Shaa Allah jika diizinNya...namun aku akan tetap berusaha menggapai impian bersama harapan  dan doa.


Sangkar kucing : biarlah dengan kasih sayang



Adakalanya  rasa sedih juga terpaksa kurung kucing. Kucing sifatnya suka bermain,bergurau...berlari-lari...melompat dan 'meneroka'. Maka andai kita terpaksa membela kucing di dalam sangkar biarlah saiznya selesa dan ditempatkan dilokasi yang selamat dan terlindung dari terik matahari. Alhamdullillah sebahagian  besar dari jiran berdekatan masing-masing  menyayangi dan membela kucing. Jangan tak percaya 5 jiran terhampir denganku semuanya ada sangkar kucing dan tak kurang juga membina 'rumah' kucing sendiri. Syukur  dan gembira kerana mereka masing-masing  prihatin dengan kebajikan kucing mereka.

Sekali-sekala  main dalam rumah


Ada di antara jirananku yang mampu membina 'banglo' kucing sendiri,ada pula yang siap berkipas, ada yang pasangkan ubat nyamuk tatkala malam menjelang malah ada yang sanggup letak di hadapan rumah dibawah anjung utama kerana bimbang tempias hujan. Biarlah permandangan rumah nampak cacat sedikit asalkan kucing tidak tersiksa  dek mentari!

walaupun  hanya kucing kampung  tetapi lulu&lala  juga adalah  makhluk Allah yang perlukan keselesaan. Sangkar 3 tingkat ini merupakan  2 unit yang kami cantumkan. (Beli berdikit-dikit )

Baru-baru ini  aku ada terbaca akan teguran dari Persatuan kucing KL Selangor tentang penggunaan sangkar kucing(FB). Sedih melihat kucing yang dikurang tanpa kasih-sayang. Sebahagian  pemilik kucing menganggap kucing mereka hanya sebagai satu 'benda' yang hanya dibelai jika mahu dan diketepikan bagai tak wujud jika bosan. Mereka meletakkan kucing-kucing  tersebut bukan sahaja di dalam sangkar yang sempit bahkan ditempatkan di lokasi terpinggir berhampiran rumah mereka. Yang sedihnya kucing-kucing  tersebut dibiarkan di bawah terik matahari dan terdedah pula dengan hujan, seolah-olah  tawanan perang@hamba yang sedang dihukum. Ada juga yang letak makanan sekadar cukup makan, apabila tuan punya  kucing  lambat balik kerana urusan  lain maka kebulurlah kucing-kucing  tersebut sehingga esok hari kerana tuan punya  kucing  tersebut  pulang lewat malam dan 'tak kuasa' nak tambah makanan ketika itu.... :'(



Lulu&lala  kami tempatkan di tempat  yang redup selain memasang pelindung tempias hujan secara d.i.y
(  rujuk tajuk tempat 'yak' kucing untuk d.i.y kotak najis kucing bebas tempias)

Saya percaya andai ada kasih sayang pengainayaan secara halus mahupun terang-terangan terhadap kucing-kucing tersebut tidak berlaku.

Semoga kita semua lebih prihatin terhadap makhluk Allah  ini....

Rabu, 6 Januari 2016

antara 'baby' & kucing


Bagi aku kucing memang ada perasaan yang kuat terhadap insan yang menjaganya. Aku pernah terbaca di dalam buku 500 question about  cats... apakah perasaan kucing jika mereka  dibuang, jawapannya: mereka seperti anak-anak kecil yang kehilangan keluarga...trauma dan tertekan.... Wallahualam .


Dalam enti ini aku nak 're-share' beberapa gambar si lola sejak kehadiran  bayi pertama kami. Alhamdullillah  lola tak cemburukan baby tetapi  ia nampak  sedih sikit sebab perhatian terhadapnya mula terjejas(bab belaian). Ironinya setiap kali aku terleka lola akan cuba tidur di hujung kaki baby seolah-olah turut berkongsi kasih sayang...nampak sweet sangat! Namun sebagai langkah berjaga-jaga kami tidak membenarkan lola lepak di tempat baby beradu...bimbang bulunya masuk hidung baby ataupun gigitan si kenit walaupun lola kami berikan ubat kutu.



Bila aku lambat kemas tempat bayi maka banyaklah insiden seperti dalam gambar yang aku kongsikan. Terpaksalah basuh atau 'cover' mana yang tak sempat...Tak tahulah sama ada lola nak 'cop' tempat tu atas dasar 'terretory' atau kerana merasakan dengan berada di situ lola akan berasa lebih kasih sayang....apa yang membuat  aku terharu tentang lola adalah adakalanya  lola akan segera menuju ke arah bayi apabila bayi 'menjerit sedih' kerana mengigau.





Pecinta kucing pasti memiliki perspektif berbeza dengan kehadiran insan baru (bayi) dalam kehidupan kita. Ada juga yang berada dalam dilema untuk mengekalkan kehadiran kucing dan ada pula yang mengambil tindakkan  drastik membuang kucing yang telah bersama-sama mereka sejak bertahun-tahun sebaik sahaja tahu diri mengandung. Apapun terpulanglah pada pendapat dan cara masing-masing asalkan kucing tersebut tidak terainaya. Adakalanya rasa bimbang yang ekstrem dengan pengaruh kesihatan menyebabkan manusia menjadi terlalu 'protective' sedangkan jika ada kasih sayang yang tebal mungkin sehabis baik menggunakan cara yang lain untuk mengekalkan kucing-kucing peliharaan kita sebelum ini. Jika tidak mampu membela lagi maka carilah keluarga angkat...jika gagal maka serahlah kepada badan pecinta kucing yang menerima dengan bayaran dan jika tidak mampu mengeluarkan belanja untuk itu juga maka lepaskanlah di suatu tempat paling sesuai yang kita rasa 'paling' selamat.


Buat masa ini aku masih kekal memiliki 3 ekor kucing (2 daripadanya selsema kekal sejak kecil dan kini dikurantinkan dalam sangkar yang besar)Tidak ada sekelumit rasa untuk menyingkirkan mereka yang menjadi permata hati kami sebelum ini. Ada kisah  mereka di entri yang lalu. Pertama kali aku didapati hamil antara  persoalan yang tercetus di kalangan insan terdekat adalah tentang kucing-kucing ku. Sehingga ada yang menyarankan agar mereka dibuang...


Ketika awal kehamilan  aku tidak  banyak mendekati 'mereka' dan urusan 'yak' diuruskan oleh suami. Tetapi masuk bulan ke 3 selepas mabuk hamilku berkurangan aku kembali menguruskan mereka. Bukan tak sayang 'baby',malah aku akan pastikan tangan dibasuh dengan sabun bersih-bersih. Aku serah pada Allah disamping tidak mengabaikan faktor kebersihan yang lain. Masuk bulan ke 6 lola menguji kasih sayang kami apabila mula dijangkiti cirit-birit. Sejak kecil lola 'yak' dalam bilik air tetapi mula melepaskan hajat di sinki. Ketika itu memang menguji kesabaran kami namun aku layankan kerenahnya. Segala kekotoran aku hadap. Hampir setiap hari mengemop dan membasuh lantai dah jadi macam tugas 'kesukaan'. Walaupun hamil ia  satu senaman juga.

Banyak lagi ujian sebenarnya tetapi kami redha. Kami sedar 'extra care' perihal bulu-bulu dan sebagainya dan kehadiran  bayi ini tidak melunturkan semangat kami untuk menjaga lulu,lola dan lala sehingga  akhir hayat mereka dengan izinNya.

Alhamdullillah  bayiku dilahirkan sihat. Bilik utama kami kini kawasan larangan untuk lola selagi bayi dirasakan masih terlalu 'awal' untuk pendedahan bersama miau. Sabar yer lola...nanti boleh jadi kawan baik...

Ahad, 3 Januari 2016

Katil bayi 'd.i.y'. (Untuk kami yang bukan 'tukang'.)



Katil guna semula  

Aku bertuah sebab ada adik-beradik yang telah memiliki cahayamata  sebelum aku. Yang syoknyer ada barang-barang bayi yang boleh diguna semula. Walaupun anak pertama banyak perkara baru yang perlu dibeli terutamanya pakaian,keperluan 'toiletries', lampin pakai buang dan sebagainya.  Jika ada barang-barang sampingan pemberian adik-beradik  dan rakan-rakan dalam persediaan kelengkapan bayi ia memberi kesan dan membantu serba sebanyak dari segi ekonomi. In Shaa Allah pahala mereka juga berterusan. Maklumlah barangan bayi nie tak pakai lama elok dipusing-pusing kepada yang sudi kannn? harga barangan bayipun boleh tahan juga dan 'peal' 'menjoli sakan' adalah kurang bijak. Jika semua nak dibeli memang agak 'parak' juga. Walaupun kami tidak meminta-minta, kami bersyukur ada sahaja kawan-kawan sekerja dan adik beradik yang 'offer' kelengkapan seperti katil bayi,troli bayi, pakaian, barut dan sebagainya. Kami tak kisah barangan 'second  hand' asalkan masih relaven dan sesuai. Selain itu kita perlu inovatif dengan barang yang sedia ada di rumah agar ia dapat memberi kemudahan berkaitan.

Kotak hadiah pakaian bayi diguna semula sebagai 'kotak hiasan' dinding bilik si anak.

Katil bayi d.i.y kami : jangan mare....katil 'Royal Baby taj mahal'.
Inovasi kali ini: walaupun adikku telah meminjamkan katil bayinya padaku namun jika mahu meletakkan  bayi diruang tamu kami kombinasikan 2 kerusi jati solo nie untuk dijadikan katil bayi. Ruang kosong di tengah-tengah kami lapik dengan plastik keras dan 'diratakan'/disumbat' dengan kain yang bersesuaian, kemudian lapikkan dengan 'toto' bayi. Rasa selamat  dan selesa sikit. Maklumlah si kecil niepun masih dikunjungi tetamu.Katil pemberian adik kekal di bilik tidur kami. Bolehlah ubah-ubah lokasi bayi mengikut kesesuaian dan aktiviti  kita.hehehe...
*langkah keselamatan: ikat tali/kain di antara 2 kerusi tu,bimbang ada 'tetamu' kecil datang bergayut di hujung kerusi hingga menyebabkan kemalangan.

Sejak kelahiran si kecil murah betul rezeki, ramai kenalan dan saudara-mara memberikan sumbangan dan menghadiahkan pakaian dan beg bayi.

Sesekali  aktifkan rangsangan bayi dengan 'permainan' pemberian wan 'mak teh' & tok 'uncle'nya.

Terima kasih semua semoga Allah memberi balasan sebaik-baiknya. Aminn....

Roti canai sejuk beku : 'yang segar'

Menjadi makanan  kegemaran  dan popular rakyat Malaysia:  'roti canai'.
Aku  pernah  menonton sebuah rancangan (tak ingat nama) di rangkaian TV3 berkaitan sebuah Restoran mamak di India. Rupa-rupanya di Malaysia  roti canai kita 'lebih India' daripada  masyarakat India yang original di India itu sendiri. Maksud aku, bila roti canai nie masuk ke negara kita ia diinovasi & diolah kepada pelbagai menu iaitu roti telur, roti tampal,roti salad dan sebagainya. Bab-bab makanan nie tak kiralah bangsa apa tetapi kalau 'dapat' kat masyarakat  Malaysia  memang meletop dengan 'silibus modified'nya!

Roti telur yang aku sejuk bekukan  telah  dipanaskan semula.

Aku niepun tak terkecuali menjadi peminat roti canai. Namun berbanding dengan  roti canai mamak yang agak popular, aku lebih gemar 'roti canai Melayu' kerana kebanyakkan  roti canai tersebut mempunyai strukturnya yang lebih ringan dan rangup. Aku tak berapa minat roti canai yang padat dan 'ala-ala' rasa cekodok tepung. Jika ada kes begini, 'ayat pertama' : keluar ketika oder : roti canai gareng-gareng satuppp!

roti  canai disejukbeku b.y (buy youself): pastikan roti canai  tersebut disimpan kemas dalam bekas yang tertutup.

Punyalah banyak kedai/restoran  roti canai kat Malaysia nie kann? sampai kita boleh pilih ikut selera masing-masing. Di pasaranpun dah wujud roti canai  sejuk beku. Pernah juga nak buat sendiri tapi bab mencanai tu agak 'mencabar' bagi aku.

Apabila  saudara-mara  bermalam di rumah, adakalanya  'encik suami' akan keluar dan 'take away' roti  canai disamping aku menyediakan  hidangan lain.

Untuk elakkan kelam kelibut ketika kehadiran tetamu juga kita boleh menggunapakai kaedah ini ketika membeli roti canai untuk hidangan beramai-ramai@stok sendiri terutamanya  jika roti canai kegemaran di warung/restoran tertentu yang kita anggap paling 'best dalam dunia' (mengikut spesifikasi tekak sendiri).

Telur rebus kari kentang.
Langkah  seterusnya  kenal pasti gerai yang buat roti canai best....
Beli roti canai 'banyak-banyak'(ikut keperluan) sejuk bekukan'. Kuah kari digalakkan d.i.y ya! Menariknya kalau dah dinyahbeku dan kita panaskan  semula, roti canai tersebut rasa agak 'fresh' dan enak. Sekurang-kurangnya ada sarapan segera di kala ketandusan idea. Idea ini tercetus ketika kehadiran  tetamu dan kami membeli banyak roti canai. Kebetulan pula ada yang  menyumbang  kuih-muih menyebabkan  separuh dari kuantiti roti canai yang dibeli berlebihan. Kebiasaannya roti canai nie jika berlebihan  pasti di'babaii' jer. Oleh kerana rasa agak sayang melakukan pembaziran tersebut akupun sejuk bekukan ia. Apa beza dengan sejuk beku kat pasaraya? Pastinya ia lebih 'segar' dan 'kompom'(comfirm) tarikh buatannya dan kita tahu siapa yang mencanainya. Yang bestnyer kita dapat membuat pilihan roti canai kerana sudah tahu rasa mengikut selera.

P.s : bila lapar tengah-tengah malam boleh 'mengeteh' di rumah sendiri!