#Sungai Udang'ku' sayang...
...mengingatkan aku pada kem Sg. Udang Melaka...#Sg. Udangku Sayang pula mengingatkan aku pada lagu rasmi Majlis Perbandaran Selayang iaitu 'Selayangku Sayang'.
#Aku tidak mahu menyentuh perihal politik dalam entri ini. Aku pasti ia teramatlah sensitif dan aku tidak mahu sebarang 'kekecohan ataupun perbalahan'.
Alangkah bahagianya sangat...
Namun aku cukup bahagia...
Terima kasih kepada penggerak Selat Klang atas 'feedback' terkini pernah saya utarakan. Semoga berjaya!
Apa kata orang Sg. Udang?
Perkembangan lain:
Febuari 2016
Pejabat pos mini kini telah berpindah disebelah premis bangunan yang sama tetapi dengan penambahbaikkan kaunter 'di dalam' maka orang awam tidaklah berpanas sangat. :)
...mengingatkan aku pada kem Sg. Udang Melaka...#Sg. Udangku Sayang pula mengingatkan aku pada lagu rasmi Majlis Perbandaran Selayang iaitu 'Selayangku Sayang'.
Aku dilahirkan sekitar lewat 70an di Bandar Kuala Lumpur. Tetapi dibesarkan dan diberi pendidikkan penuh di Kampung kelahiran arwah abah iaitu Sungai Udang Klang...kini istilah 'kampung' Sungai Udang dah tak berapa nak tepat kerana alamat rumahku kini dah pun 'lama' bertukar jadi 'Jalan Sungai Udang'. Disebalik pelbagai 'suara-suara' rungutan tentang kepadatan yang semakin ketara aku tetap 'menyanyangi' lokasi tempat aku dibesarkan ini. Tempat aku 'berkubang' lubok nipah ketika zaman kanak-kanak mencari ikan pelaga bersama adik. Tempat di mana hujan pernah selalu dinanti-nantikan sebagai peluang untuk 'bermain' dan menadah tubuh di kolong atap zink (konon bermandi-manda air terjun) lebih 30 tahun yang lalu.Walaupun kelahiran K.L aku bangga mengatakan bahawa aku 'anak Selangor' memandangkan tempat tinggal, pendidikkan awal & akhir serta kerjayaku kini di Selangor. Saudara-mara sebelah arwah nenek juga ramai di sini dan mewarisi tanah turun temurun, malah sebelum menyarung jersi Kebangsaan aku terlebih dahulu menyarung jersi dan mengibarkan bendera Selangor di 'pentas kecil SUKMA serta arena tempatan'. Bukan bersikap kenegerian sekadar bicara kosong memandangkan ada insan yang mengatakan 'aku tak cukup Selangor' memandangkan aku kelahiran Kota K.L (oh..apa2 saja asalkan kita bernaung dibawah tanahair yang sama, tolong jangan terlalu beremosi sebab walaupun dengan 'jasa aku yang tidak seberapa' (berjasa ker? :'( )serta pendidikkanku yang tak berapa nak tinggi aku rasa aku juga layak menerima apa jua bentuk keistimewaan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada 'anak-anaknya' sebagaimana negeri-negeri lain juga..hahahah).
jambatan ke -3 Klang dalam pembinaan. |
Berbalik pula kepada '#Sungai Udangku Sayang'...Setelah lebih 30 tahun di sini aku melihat pelbagai perubahan disamping berbagai perkara yang tak pernah berubah. Kedai runcit dan gerai makan rancak beroperasi menjadi salah satu sumber pendapatan kebanyakkan 'orang luar' yang kini menetap di Sungai Udang. Mungkin entri ini bukan platform yang tepat untuk menyalurkan pendapat tapi mungkin juga dapat melihat sejauh mana pandangan dan impian penduduk Sungai Udang dan jiran sekitarnya (Jalan Yadi, Kg.Delek dan seantero denganya) mahupun penduduk di kawasan-kawasan yang lainnya.
#Aku tidak mahu menyentuh perihal politik dalam entri ini. Aku pasti ia teramatlah sensitif dan aku tidak mahu sebarang 'kekecohan ataupun perbalahan'.
Aku cuma mahu mengajak beberapa pihak baik kerajaan, swasta atau agensi angkasaraya sekalipun agar melihat 'keperluan terpinggir' dan peluang di Sungai Udang yang sedia semakin padat dengan penduduk baik tempatan mahupun warga asing.Aku juga Ingin menitipkan angan-angan peribadi sebagai penduduk marhain yang semakin dahagakan sesuatu yang nampak remeh tetapi bermakna. Pembinaan jambatan ke-3 Klang mungkin dapat membantu dari segi 'trafik' biarpun buat masa ini pengguna perlu bersabar dengan hiruk-pikuk pembinaan yang sedang dijalankan. Namun begitu,tanpaperancangan yang teliti,jambatan harapan ini mungkin juga menjadi punca kesesakkan yang lain pula.
Memandangkan Bandar Klang sendiri semakin sibuk 'alangkah bahagianya' aku selaku penduduk Sg Udang apabila sebuah Bank dibuka lebih sepuluh tahun lalu di Simpang 4. Walaupun bukan 'bank rasmiku' dan aku percaya tak ramai penduduk disini ketika itu menggunakan Bank Hong Leong tetapi aku rasa Bank tersebut (Hong Leong) sangat bijak. Bayangkan seluruh penduduk termasuk aku menggunakan perkhidmatan mesin ATMnya tanpa sebarang saingan. Nak 'turun' Klang dengan 'jem'nyer...belum lagi +,-,minyak kereta. Paling siksa ketika urusan pencen arwah abah. Kami (untuk mak) perlu menguruskan pengeluaran di Bank Muamalat yang terletaknyer di ceruk bangunan lama dengan parking yang 'menyedihkan. (Dulu Bank ni kat Sebelah Proton Pantai Baru...mudah parking dsbgainyer) Oleh kerana pencen mak perlu di 'bank in'kan dulu/slip maka tak boleh nak 'direct' mesin ATM lain-lain bank. Kenapalah Bank-bank yang banyak digunakan oleh orang-orang bumiputera(Bank Rakyat, BSN,Bank Muamalat,Tabung Haji) tidak mensasarkan lokasi@cawangannyanya di kawasan-kawasan yang penduduknya padat bumiputera selain kebarangkalian merupakan pesara ataupun pelanggan tetap yang sedia ada. Baru-baru ini RHB membuka cawangannya di Simpang 4 :) walaupun bukan 'bank betul'(easy RHB) tetapi cukup menyeronokkan sebab aku pemegang kad bank berkenaan. Harap RHB dapat buka Bank sebenar...mudahlah nak buat urusan ASB sebab pejabat pos disinipun bukan 'pejabat pos sebenar'(hanya memberi servis tertentu dan bukan servis penuh sebagaimana pejabat pos di Bandar Klang). Dahulu pejabat pos Sg.Udang terperosok di dalam pasar kecil Simpang 4 bertahun-tahun lamanya, kini masuk era 2015 pula terjojol di tepi jalan tetapi yang menyedihkan pelanggan perlu beratur dan situasi serta kemudahan sama saja macam sebelumnya(zaman kanak-kanakku)cuma beza yang lama 'tersorok dan redup'...kini terjojol dan panas. Parkirpun mengharapkan semata-mata bahu jalan. Alangkah bahagianya andai ada 'pejabat pos sebenar' ada di Sungai Udang. Tak perlu menambah sesak di Bandar Klang. Tak rugi rasanya andai 'pejabat pos sebenar' dibuka dengan kemudahan 'full house' di Sungai Udang. Walaupun Sg. Udang merupakan kawasan pinggir bandar tetapi kebanyakkan kawasan rumah lot tiada nombor rumah. Peti surat di masih cara lama di kawasan kejirananku iaitu 10-15 rumah 1 peti..Aku yakin satu rumah satu peti boleh direalisasikan memandangkan ketika 'berkunjung' di Kampung Jawa, Klang rumah-rumah sewa yang tercerukpun ada nombor rumah. Aku pernah menerima kad 'feedback' Pos Malaysia dan aku turut mencatatkan permasalahan berkaitan tetapi sehinggakini tiada penambahbaikkan. Pernah satu hari 'rumah' yang menjadi 'wakil' peti pos terbakar maka semua surat-surat turut musnah terbakar. Adakalanya peti surat penuh dengan nama-nama penyewa yang dah tak wujud. Paling sedih ada insan nakal yang tidak bertanggungjawab membuka surat-surat orang lain. Paling susah masa pos laju@berdaftar nak sampai rumah...akhirnya jadi tak berapa nak daftar dan tak berapa nak laju sebab terpaksa pula buat tuntutan di pejabat pos (ke bandar lah kita...) Mungkin Pihak Pos boleh menginovasikan satu 'meter' ala-ala scan bil air@api untuk identiti pemilik rumah bagi penghantaran surat dan sebagainya. Jika bil utiliti seperti bil elektrik dan air boleh sampai di muka pintu mengapa tidak surat? Rasanya kewujudan 1 peti 1 lot sudah tidak relaven di kawasan pinggir bandar seperti di sini.
Apabila perkara seperti mewujudkan kawasan komuniti masyarakat yang meliputi perkara-perkara berbangkit ini menjadi topik perbualan ada saja suara-suara yang mencantas. Tak cukup tanahlah....macam-macam alasan, tetapi aku lihat ada saja iklan jual tanah selain projek perumahan yang semakin menggila dengan harga 'putus nyawa' untuk golongan berpendapatan rendah mahupun sederhana seperti aku.
Alangkah bahagianya sangat...
...andai pusat komuniti masyarakat 'di satu tempatkan...'.dengan kemudahan 'luarbiasa' jangka panjang untuk keperluan kebiasaan masyarakat. Ia bukan sahaja akan menyumbang terhadap pembangunan modal insan tetapi juga 'kesihatan mental' penduduk...(kurangkan tekanan jiwa bersesak di bandar). Pusat komuniti seantero dengannya perlu diwujudkan secara telus dan sistematik di mana-mana lokasi padat penduduk dan tidak semestinya di kawasan bandar semata-mata kerana tidak mustahil kawasan kampung ini akan bertukar kepada status bandar suatu hari nanti.
macam-macam boleh tambah nie...harharhar...takpun bina bangunan bertingkat yang berparkir bawah tanah untuk jimat ruang. |
Namun aku cukup bahagia...
Lokasi berdekatan sudah wujud perpustakaan awam(belakang Ekomart-harap ada papan tanda yang jelas di jalan utama)...masjid yang ditambahbaik dan di'tambah' lagi dengan kemurnian seorang hamba Allah yang melepaskan 'tapak' tambahan untuk kegunaan masjid (parking dan aktiviti korban) walaupun masih diperingkat jualan. Sekolah Kebangsaan dan Agama telah tersedia. Kawasan perkuburan di Sungai Sireh juga telah diwujudkan selain pembinaan jambatan dan jalanraya yang menghubungkan kampung-kampung di sekitarnya dengan lokasi tapak perkuburan. Sampah juga dikutip terus dari kediaman oleh pihak Majlis Perbandaran. Kedai-kedai pelbagai mulai tumbuh bak cendawan di Simpang 4...cuma yang perlu ditambahbaikkan adalah penempatan kewujudan peniaga-peniaga kecil yang terlalu hampir di bahu jalan malah ada yang di atas longkang pembinaannya. Adakalanya terlalu nak berniaga sampai tak fikir tentang pelanggan yang nak letak kenderaan, memang parkir tak akan cukup tapi sekurang-kurangnya biarlah ada ruang yang selamat nak memberhentikan kenderaan tanpa mengganggu trafik. Kesukaran tersebut sebenarnya menyebabkan pelanggan seperti aku tak jadi singgah dan peniaga sendiri akan kerugian.
Padang awam yang luas memang tak wujud lagi. Kalau ada Taman Rekreasipun bagus...jika teringin beriadah bolehlah singgah Taman Pengkalan Batu di Jalan Tepi Sungai lebih kurang 1-2km dari Sungai Udang. Rumah-rumah pula makin cantik walaupun padat , begitu juga dengan kemudahan jalanraya...cuma harap dapat diperhebatkan lagi peruntukkan jalan tar di lorong-lorong kawasan kediaman lot tanpa perlu sebarang permohonan sebaliknya melalui pemantauan pihak yang berkaitan.(tar lorong masuk di kejiranan rumahku hanya wujud ketika aku berusia 30 tahun sempena satu pilihanraya sekitar pertengahan tahun 2000....) Pasar-pasar malam juga perlu ditambahbaikkan dengan mewujudkan padang serbaguna yang bersesuaian dengan era masa kini. Apapun aku berterima kasih dan masih yakin serta percaya akan wujudnya pihak-pihak tertentu yang sentiasa berusaha 'memakmurkan' Sungai Udang.
YDP baru Klang 2016:Dato Mohammad Yasid Bidin |
Sumber: Akhbar Selangor Kini
Apapun sembang kosong saja tak guna. Kita sebagai warga setempat tak kiralah warga tempatan atau asing wajar memainkan peranan yang positif terutamanya dalam aspek kebersihan. Sekurang-kurangnya kita tidak mengabaikan kebersihan sekitar kawasan masing-masing dan mengamalkan cara pembuangan sampah yang betul dan tak 'kedekut' membungkus sampah dengan baik agar tidak mudah terburai ketika proses pengangkutan sampah dilakukan. Pihak yang berkenaan mungkin boleh menghadiahkan tong sampah secara berperingkat kepada pembayar cukai serta kediaman yang menjaga kawasan masing-masing sebagai galakkan.
Kita harus menghentikan stigma mengharapkan pekerja pembersihan . Pekerja pembersihan sepatutnya lebih terarah membersihkan dedaunan 'sampah alam' dan pasir-pasir dijalanan agar kelestarian alam lebih terurus dan jalanraya lebih selamat bukan asyik menguruskan sampah yang dibuang merata-rata dalam 'kawalan' induvidu.
Kita harus menghentikan stigma mengharapkan pekerja pembersihan . Pekerja pembersihan sepatutnya lebih terarah membersihkan dedaunan 'sampah alam' dan pasir-pasir dijalanan agar kelestarian alam lebih terurus dan jalanraya lebih selamat bukan asyik menguruskan sampah yang dibuang merata-rata dalam 'kawalan' induvidu.
Terima kasih kepada penggerak Selat Klang atas 'feedback' terkini pernah saya utarakan. Semoga berjaya!
typo: sg udy - Sg. Udg (Sungai Udang) & ...1 peti surat 1 rumah.... |
Apa kata orang Sg. Udang?
Perkembangan lain:
Febuari 2016
Pejabat pos mini kini telah berpindah disebelah premis bangunan yang sama tetapi dengan penambahbaikkan kaunter 'di dalam' maka orang awam tidaklah berpanas sangat. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan