9 tahun dilihat sebagai jangkamasa yang panjang tanpa cahayamata. Aku pernah diberi pelbagai tanggapan negatif tanpa cahayamata sepanjang jangkamasa itu. Tetapi aku tidak pernah memendam perasaan kerana hanya Allah yang tahu rahsia kami. Adakalanya aku tak nafikan rasa terluka dek saranan,'khidmat nasihat percuma' dan kata-kata dari mereka yang terlebih 'tauliahnya' lebih-lebih lagi sessi dan persoalan itu berlangsung secara terbuka tanpa pasangan di sisiku. Aku terkadang berasa pelik kenapa dalam hal ini kaum wanita mudah 'menyerang' kaum sejenisnya...adakah ia sebagai satu kepuasan ataupun semata-mata kerana ingin menunjukkan 'kelebihan' masing-masing? Namun aku tidak menafikan ada diantara kaum sejenisku yang memahami dan tidak memanjangkan persoalan-persoalan berkaitan sebagai rasa hormat. Aku juga bersyukur kerana dikelilingi oleh sebahagian besar rakan sekerja yang bersikap positif dan rialistik dalam hal ini.
Sebelum kehadiran cahayamata pertamaku kehidupan peribadiku pernah'dianggap' sedih dan sepi. Kebahagiaan kami seolah-olah dinafikan. Setiap kali hadir kenduri kendara,merewang atau 'lepak' ramai-ramai, aku tanpa gagal dihujani oleh leretan persoalan berkaitan cahayamata. Kadang-kadang yang jadi tukang soal hanya seorang manakala sebahagiannya tukang pasang telinga. Alhamdullillah dalam sebak senyuman masih mampu aku ukirkan. Masih mahu 'bersedekah' melalui secangkir senyum semoga ia jadi penawar hati. Tidak sedarkah mereka yang kata-kata sedemikian mampu melukakan perasaan seseorang. Kesabaranku menyejukkan bara hati yang berbahang. Aku bersyukur kerana 'masa' dan pengalaman membantu aku menghadapi situasi sedemikian tetapi bagaimana dengan insan lain yang lebih sensitif dan mudah terluka? Bagaimana pula penerimaan insan lain yang penuh dengan tekanan hidup? Salahkah jika mereka menjauhkan diri andai hati tak tertahan dan membalas pula dengan kata-kata yang mungkin menimbulkan permusuhan? Ia mengkin nampak remeh tetapi bagi insan yang ' nipis' semangatnya ia mungkin memberi kesan yang berbeza tanpa kita duga. Tak salah bertanya...tetapi bila ia semakin meleret dan ditambah pula dengan jenaka 18sx sebagai tanda konon 'sporting' bukankah ia agak melampau? Ada yang melahirkan tanda simpati, kami ok tetapi sering diragukan pula. Namun ada juga sahabat-sahabat yang jadi 'pembela' secara terang-terangan mahupun di belakang. Ada juga yang meminta maaf setelah memberi soalan cepu emas tu...aku tak kisah sebab ia soalan lazim pertemuan insani selagi ia bukan bersifat 'menyerang'. Semakin lama perkahwinanku bertahan, aku semakin matang menghadapi situasi tersebut. Seperti biasa aku anggap mereka sekadar terlalu mengambil berat walaupun tanpa sedar aku semakin 'menjauhi' demi menghindarkan 'penyakit hati'. Aku bersyukur kerana aku dapat berhadapan dengan situasi sedemikian. Aku percaya pada perancangan Allah. Selagi pasanganku sendiri bahagia disampingku dan tidak terlibat dalam 'konspirasi' berkaitan maka dia adalah jodoh yang terbaik untukku. Keserasian kami 'meninggalkan' pandangan yang remeh-temeh. Apa yang penting dalam mengukuhkan perkahwinan tanpa kehadiran cahayamata ketika itu adalah izinNya dan kasih-sayang sesama pasangan. Walaupun tidak pernah ada perbincangan dengan pasangan berkaitan hal sedemikian namun kami masih 'macam belangkas'. Sekiranya berlaku perselisihan faham, kami akan cuba menyelesaikannya tanpa membiarkan ia meleret-leret. Merajuk itu 'harus' juga tatkala jiwa tersentuh. (Kuikuikui). Bagi aku selagi pasangan kita saling sokong-menyokong biarpun bukan dengan kata-kata ia sudah cukup memadai untuk aku abaikan insan sekeliling yang pernah melukakan hatiku.
Bila telah sekian lama 'berdua' melayari alam perkahwinan aku akui aku mulai rasa bimbang untuk memiliki cahayamata. Bukan sahaja bimbang akan kemampuanku sebagai seorang ibu tetapi yang lebih membimbangkan aku adalah apabila melihat situasi dunia masakini yang semakin mencabar. Adakalanya aku menangis sendirian bukan sedih kerana ketiadaan cahayamata sebaliknya menangis kerana kebimbangan yang amat sangat andai bakal anak yang kumiliki akan sengsara di dunia yang fana ini. Bimbang dia mungkin jadi mangsa kejahatan manusia, peperangan,pergolakkan dunia, rasis, politik, malah tewas dengan bisikkan syaitan dan sebagainya. Setelah 9 tahun aku tak tahu apakah perasaan yang tergambar jika nyawa ditiupkan di dalam rahimku. Akhirnya aku memohon doa kepada Allah...'andai ketiadaan cahayamata merupakan yang terbaik dalam kehidupanku aku redha...namun andai kehadiran cahayamata adalah yang terbaik untuk kami maka aku juga redha ya Allah...'
#Aku tidak kisah lagi dengan tanggapan atau persoalan masyarakat.
Dengan izin Allah jiwaku seolah-olah bersedia dengan kehadiran si kecil dan Allah mengamanahkan seorang insan di kantung rahimku... segala kebimbangan aku sebelum ini semakin surut apabila aku sulami setiap ketika dengan doa dan pengharapan kepadaNya...'Ya Allah Ya Rahim Ya Muhaimin...kutitipkan dia (anakku) padaMu Ya Allah, maka Kau lindungilah dia dunia dan akhirat Ya Allah, kau isikanlah dadanya dengan cahaya keimanan dan amal soleh....'
Tiada pengharapan yang tinggi selain mendoakan kejayaan...keselamatan dunia & akhirat...
Setiap ibu yang waras pastinya akan lakukan apa yang terdaya untuk melindungi anaknya...tetapi dengan cabaran hari ini apakah terdaya kita menghadapi cabaran yang tak terduga? Adakah kita cukup kuat bertahan? Kebimbanganku sekali lagi singgah di jiwa. Hati kecilku memujuk...
Duhai hati...duhai jiwa yang keresahan, titipkanlah keyakinan pada Allah. Lihatlah lembaran kisah nabi Musa a.s. betapa tingginya kepercayaan dan keyakinan ibunya(Yukabad) terhadap jaminan Allah sehingga beliau melindungi bayinya dengan melepaskan bayinya ke dalam sungai. Bayangkan perasaan dan kasih sayang seorang ibu yang menghanyutkan bayinya sendiri ke dalam sungai, tetapi naluri ibu nabi Musa a.s didorong dengan jaminan Allah untuk berbuat demikian tatkala Firaun memerintahkan agar semua bayi lelaki di bawah jajahan takluknya dibunuh demi kelangsungan pemerintahannya. Dengan kuasa Allah nabi Musa a.s ditemui oleh keluarga Firaun malah dipelihara dan dibesarkan pula oleh keluarga Firaun setelah isteri Firaun sendiri 'terpesona' dengan kehadiran bayi yang dihanyutkan itu. Dengan izin Allah, jika di mulut singa sekalipun seseorang itu akan selamat dan berbekalkan dengan redha dan keyakinan yang tinggi terhadapnyaNya Yukabad akhirnya dapat menyusui anaknya sendiri di istana Firaun. Insya'Allah Allah pasti membalas keredhaan kita dengan sebaik-baiknya balasan.
... Aku harap aku sentiasa berdoa dan tidak lalai dariNya. Tanpa jemu belajar memahami untuk menyuburkan keredhaan dan keyakinan itu. Sesungguhnya kehadiran cahayamata dalam hidupku membuatkan aku semakin menghargai insan yang bergelar ibu. Setiap kali kutatap wajah cahayamataku...aku titipkan doa penuh pengharapan dan keyakinan hanya padaNya agar kami diberikan ketabahan dan kesabaran memikul amanah ini. Moga setiap dari kita dilindungiNya dunia dan akhirat.
Kepada insan yang belum memiliki cahayamata...yakinlah dengan perancangan Allah. Walaupun dengan usaha, manusia lain tidak berhak mengukur status dan had kesungguhan kita. Sesungguhnya rezeki dariNya hadir dalam pelbagai bentuk dan situasi. Apa yang kita ada atau tidak ada pada hari ini adalah yang terbaik untuk kita. Jangan kerana kata-kata insan lain hubungan kita dengan pasangan jadi retak berantakan sedangkan pasangan kita mungkin ok jer malah saling menyanyangi setelusnya. Sentiasa istiqomah dan meminta padaNya ketabahan dan ketetapan hati. Yakin dengan rahmat dan kasih sayangNya.
*ada juga insan yang minta tips dariku...ketahuilah tiada rahsia dariku melainkan ia rahsia Allah bukan penentuan dari manusia dan kita hanyalah pinjaman. Jodoh,pertemuan ...rezeki,ajal adalah rahsia Allah.

perkongsian FB |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan