Alhamdullillah Ya Allah Ya Razak...
Setelah kehadiran si kecil sejak sebulan setengah yang lalu, tetamu jauh dan dekat tak putus melawat terutamanya ketika hujung minggu. Di antara mereka adalah kenalan sekerja, jiran tetangga, saudara-mara dekat dan jauh merentasi sempadan negeri. Tak kurang juga yang sudi bermalam di teratak cilik kami sehingga ada ketika 2 keluarga terpaksa berhimpit-himpit di ruang tamu dan di bilik seadanya demi melihat insan baru yang dinanti-nantikan.
Semoga ketidakselesaan mereka digantikan Allah dengan keselesaan lain dan diberi kemudahan dalam segala urusan. Kehadiran dan budi baik mereka amat kami hargai. Terima kasih di atas pelbagai hadiah dan sumbangan untuk si kecil. Ketidakhadiran kenalan dan saudara-mara yang turut menitipkan ucapan dan doa juga menjadi satu semangat buat kami. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Maafkan andai ada kesilapan dan kekurangan dari kami.
Buat kerja 'senyap-senyap'....
Dalam kehadiran tetamu yang ramai terutamanya beserta kanak-kanak biasalah keadaan 'sepah-sepah'. Tetapi kemas mengemas sebenarnya perlu untuk melancarkan perkara-perkara selainnya terutamanya jika rumah tidak berapa luas. Adakalanya rasa segan nak mengemas 'beriya-iya' di hadapan mereka bimbang dikatakan 'berkira'. Jadi saya nak kongsi sedikit tips/petua buat kerja rumah tatkala tetamu bermalam di rumah kita.
(Aminnn...) sumber mutiara kata & doa : Fb seorang saudara. |
Setelah kehadiran si kecil sejak sebulan setengah yang lalu, tetamu jauh dan dekat tak putus melawat terutamanya ketika hujung minggu. Di antara mereka adalah kenalan sekerja, jiran tetangga, saudara-mara dekat dan jauh merentasi sempadan negeri. Tak kurang juga yang sudi bermalam di teratak cilik kami sehingga ada ketika 2 keluarga terpaksa berhimpit-himpit di ruang tamu dan di bilik seadanya demi melihat insan baru yang dinanti-nantikan.
Lukisan sebagai hadiah oleh kanak-kanak berpangkat 'makcik' kepada si kecil kami. |
Semoga ketidakselesaan mereka digantikan Allah dengan keselesaan lain dan diberi kemudahan dalam segala urusan. Kehadiran dan budi baik mereka amat kami hargai. Terima kasih di atas pelbagai hadiah dan sumbangan untuk si kecil. Ketidakhadiran kenalan dan saudara-mara yang turut menitipkan ucapan dan doa juga menjadi satu semangat buat kami. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Maafkan andai ada kesilapan dan kekurangan dari kami.
'pantang lepa'! |
sempat tidur! |
Lola yang turut 'meraikan' kahadiran si kecil...huhuhu lepas nie semua kena cuci. Takut tertinggal bulu. |
Buat kerja 'senyap-senyap'....
Dalam kehadiran tetamu yang ramai terutamanya beserta kanak-kanak biasalah keadaan 'sepah-sepah'. Tetapi kemas mengemas sebenarnya perlu untuk melancarkan perkara-perkara selainnya terutamanya jika rumah tidak berapa luas. Adakalanya rasa segan nak mengemas 'beriya-iya' di hadapan mereka bimbang dikatakan 'berkira'. Jadi saya nak kongsi sedikit tips/petua buat kerja rumah tatkala tetamu bermalam di rumah kita.
Menyediakan sarapan adalah satu kemestian kecuali jika berasa kurang sihat, suami beli sahaja makanan di luar.
Bangun awal pagi sebelum subuh untuk menguruskan pinggan mangkuk yang belum dicuci. Kurangkan bunyi bising dan membasuhlah dengan cermat. Bunyi jatuhan air di sinki agak kuat juga tatkala sunyi pagi maka aku letakkan penggosok besi yang berongga nie. Selain mengurangkan bunyi, airpun tak merecit. Bunyi air jadi kurang dan tak mengganggu tetamu yang sedang tidur.
Bila orang dah ramai, penggunaaan cawan@gelas bertambah. Susunan barang pula di dalam kabinet yang tinggi kerana barang-barang tersebut jarang digunakan. Lucunya 'tuan rumah'pun terlupa apa yang 'disusun'.Untuk mengelakkan 'trajedi punggah-memunggah' keperluan yang 'tak perlu' lihat saja pantulan bayangan di atas untuk mengetahui 'isi kandungan. (Tips ni boleh digunapakai bagi kabinet yang diperbuat dari stainless steel ) Sesetengah kabinet ada juga 'build in' cermin. Kalau tak ada boleh juga d.i.y (lekat cermin untuk kemudahan masa hadapan)
Jika sebelum ini air dibancuh akhir sebab takut cepat sejuk tetapi dengan adanya teko termos nie air panas boleh dibancuh seawal subuh untuk penyediaan sarapan. Teh, kopi atau koko...sesuka hati diri 'awal'nya...! Bentuknyapun praktikal untuk hidangan terus. Bila air dah siap bolehlah tumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang lain. :) :) . Manalah tahu ketika itu bayi mula minta susu atau meragam. Jangan lupa bancuh juga air yang tak berapa panas untuk kanak-kanak. Hidangkan sarapan bersama air kosong atau mineral...saya letak air mineral saje. Beli siap-siap dalam kotak. Tak 'gaduh' stok air kosong. Kalau 'filter' air canggihpun tak secepat hidangan sebotol mineral yang sedia ada. Huhuhuhu... (pujuk hati sebab belum mampu memiliki filter sejuk+panas idaman) hehehe!
Buat masa nie, ini sahaja yang sempat saya kongsi. Jika ada lagi nanti saya buat tambahan. Ok baiiii.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan