Selepas melahirkan anak sulong di HTAR suami terus memaklumkan kepada Natalis Beauty (puan Suzy) untuk persediaan barangan mentah (dedaunan herba). Walaubagaimanapun makluman kali ke-2 setelah keluar dari hospital perlu dilakukan juga.
Hari pertama aku masih berada di HTAR, Alhamdullillah setelah bayi dan aku disahkan sihat kami keluar dari wad pada hari ke-2. (Setelah bayi kencing & berak). Tak sabar rasanya menunggu kehadiran mak bidan.
Puan Suzy menghantar bidannya pada hari ke 3 (malam) dan kiraan hari akan bermula keesokkan harinya. Aku memilih pakej bidan tinggal bersama selama 14 hari. Sebelum kehadiran mak bidan, aku dibantu oleh suami, adik dan ibu mertua. Mujur adik datang menunku tubuhku yang lemau.
Salam perkenalan
Memang pada permulaan rasa kekok kerana ada 'orang asing' bersama. Adakalanya rasa bimbang...adakah aku membuat keputusan yang betul untuk khidmat ini? Namun aku ketepikan segala prasangka buruk dan belajar untuk menerima ilmu baru dan mungkin cara yang berbeza, tunggu dan lihat, beri peluang dan masa. Jangan 'stress' dengan pandangan orang lain atau mudah jatuh hukum dipermulaan pandangan dan bersedia untuk menyatakan penolakkan jika dirasakan sesuatu itu tidak sesuai. Aku sanggup membuat pelaburan ini bukan semata-mata untuk diriku dan bayi tetapi demi orang terdekat juga. Bayi bakal diamanahkan sementara buat insan yang baru kami kenali. Semoga Allah melindungi dan mempermudahkan segala urusan kami mahupun mak bidan tersebut.
Bidan yang akan bersama kami dikenali sebagai 'mak'. Seorang wanita berasal dari Medan awal 50an. Beliau kelihatan sangat berpengalaman.
Anti bedung
Cuaca bahang dan panas menjadi kebiasaan bagi kami di kawasan ini menyebabkan aku tidak begitu tegar untuk membedung kemas bayiku.Malam itu, tak sampai 15 minit wajahnya yang kuning langsat sudah bertukar kepada merah kehitaman menahan panas dan ketidakselesaan. Tak sampai hati nak bedung lama-lama. Walaupun mak bidan akan memulakan tugasnya secara rasmi pada hari esok namun beliau tak kisah untuk mendapatkan bayiku yang sedang menangis ketika itu. Terus dibedungnya kemas dengan kain batik. Memang bayiku nampak comel. Beliau juga menegur agar tidak menghalakan kipas secara terus kepada bayi dan aku. Namun, Kami agak kasihan dengan bayi yang dibedung kemas sebegitu rupa pada cuaca yang agak panas ini. Namun aku relakan saja. Selepas itu bayi kembali menangis lewat malam. Aku mengambil keputusan untuk melonggarkan bedungan dan secara berperingkat akhirnya bedungan itu terpaksa dileraikan terus.. Baru bayi senyap dan bangun hanya jika ingin menyusu.
Peranan bermula...
Sebelum Subuh mak bidan yang hanya mahu dikenali sebagai 'mak' sudah mula bangun, bersiap untuk solat, memasak dan menyapu. Aku tidak mahu memberi arahan tentang tugas mengemas, cara dan susun atur rumah. Biarlah mak bidan buat ikut caranya agar tidak menyusahkan dan menyukarkan. Lagipun bukannya beliau akan bersama seumur hidup. Asalkan rumah bersapu dan jemuran diuruskan itu sudah cukup memadai. Namapun mak bidan takkan nak perah tenaga pada peranan yang bukan dalam skop kerjanya.
Air mandian bayi dan ibu juga disediakan mak bidan. Lebih kurang jam 7 am 'mak' sudah mempersiapkan bayi untuk mandi. Pertama kali bayi dimandikan mak bidan, bayi menangis sekuat hati. Aku lihat mak bidan mahir memandikan bayi dan tidak kekok membersihkan celah-celah kawasan daki yang perlu. Melihat pada cara pegangan dan basuhan, ternyata 'mak' ada 'skills/kepakaran' yang tinggi dalam bidang perbidanan.
Setelah bayi mandi, 'mak' akan membersihkan tali pusat bayi yang masih belum tanggal termasuk keperluan membuang kotoran dan keputihan di kawasan sulit bayi. Kata 'mak' jika tidak dibersihkan bayi akan kegatalan dan tidak selesa. 'Mak' gunakan cotton but bayi ketika membersihkan tali pusat dengan bahan yang diberikan oleh pihak hospital menurut 'mak' ia perlu dilakukan dengan hati-hati agar tali pusat hanya tertanggal ketika tiba waktunya...manakala keputihan dibersihkan pula dengan cotton but dan minyak bayi. Walaupun dengan hati-hati aku lihat cekap sahaja jari-jemari mak membersihkan kawasan berkaitan.
Bayi turut diurut dan ditunku bagi merenggangkan dan melenturkan tubuhnya. Tangisan bayi semakin kuat dek urutan seolah-olah memprotes. Nampak macam kesian sehingga ibu mertuaku tak sanggup melihatnya. Namun aku relakan saja demi kebaikkan bayiku, bukan aku tak 'terasa'...kerana aku yang melahirkan. Nampak macam 'kasar' tetapi aku percaya mak bidan tahu apa yang dilakukannya jika tidak pasti sudah 'sebakul' testemoni kekecewaan tersebar luas di internet... Selesai menguruskan bayi, bayi kembali dibedung kemas. Bab ini aku rasa kalut sikit sebab cuaca agak panas. Namun kerana baru selesai mandi aku anggap ia untuk melindungi kedinginan.
Cepat 'tangkap' suasana
Belumpun sampai tengahari bedung bayi dibuka mak bidan. Kasihan katanya kerana cuaca yang membahang. Biarlah berbedung sekejap-sekejap selepas mandi sahaja. Rumah yang menjadi tugasan 'mak' sebelum ini semuanya jenis kondo. Berangin dan dingin. Mak bidan juga sudah tidak menegur tentang penggunaan kipas kerana telah memahami suasana yang berlainan di sini untuk jangkawaktu yang singkat. Malah berasa kasihan untuk membedung bayiku. Lega rasanya. Sejak itu bayiku jarang dibedung kerana cuaca yang tidak mengizinkan. Bayiku hanya dibedung seketika selepas mandi pagi. Jika ada jiran-jiran melawat baru kubedung kerana mereka rasa pelik dan perlu melihat bayi dibedung. Itupun sementara kekalnya. Kulit bayiku yang kuning langsat akan bertukar gelap kemerah-merahan dek menahan kepanasan.
Sebelah petang pula bayi dimandikan seawal jam 4 petang.Setelah menguruskan mandian, urutan dan tunku bayi giliran 'mak bayi pula bersauna,bertangas, mandi herba, berurut(pagi),berbarut dan bertunku..'.hehehe! Semua sekali siap dalam jam 5 lebih atau 6petang(sebelum jam 7.00 malam). Ketika Maghrib aku diminta memangku dan sentiasa bersama bayi.
'Lari' pakej
Masuk hari ke2 aku perasan ada kekurangan 'servis' dari pakej yang aku ambil. Sebenarnya dari hari pertama dah perasan (bayar kate ko...kuikui)tetapi aku sangka mungkin servis tersebut belum dimulakan. Tetapi bila dah masuk hari ke2 ia masih tidak dimulakan aku rasa satu keperluan untuk bertanya pada 'mak' tetapi 'mak' kata petang tak ada mandian dan tunku tersebut. Mungkin pemahaman 'mak' terhadap pakej ini berbeza sebab aku tengok 'mak' macam 'blur' jer(tak fasih). Untuk kepastian aku menghubungi semula Puan Suzy berkaitan hal tersebut. Mujur segala salah faham terlerai dan aku mendapat hak yang sepatutnya. Sebagai ganti, Puan Suzi memberikan aku 2 sessi berurut. Terubat rasa kekurangan :) . Aku tidak menyalahkan 'mak' kerana dia mungkin keliru dengan berbagai pakej yang pernah dilakukannya. Oleh kerana itu, pengajarannya kepada pelanggan jangan bimbang untuk menyuarakan masalah atau kemusykilan demi kepentingan bersama selain menyimpan memori pakej yang kita minta di telefon bimbit dan sebagainya. Untuk penambahbaikkan kepada pihak Natalis Beauty saya cadangkan agar mak bidan diberikan salinan pakej yang diambil bagi mengelakkan kekeliruan.
Bersauna, bertangas,mandi herba, berbarut,bertunku dan berurut...begitulah seterusnya disebelah pagi & petang setiap hari (kecuali urut ibu hanya disebelah pagi). Urutan 'mak' memang terbaik lebih-lebih lagi aku memang suka urutan yang kuat disamping tunku di setiap inci tubuh. Rasa berkurangan bisa-bisa sendi. Tersangatlah 'best'.
Pihak Natalis Beauty menyediakan 1 barut ibu,namun ada 3 jenis lagi pemberian adik dan kakak. Semuanya jenis yang berbeza. Kagumnya aku sebab ia tak jadi masalah untuk 'mak' kerana semua jenis barut yang ada beliau mahir gunakan. Jadi aku 'joli' barut pagi dan petang berlainan. Setiap hari berbasuh dan tak perlu berlapik kain batik terlebih dahulu untuk elak barut kotor.
Walaupun rasa 'dimanja' dengan urutan dan sebagainya badan tak lari dari rasa keletihan kerana bayiku sangat kuat menyusu siang dan malam. Badan dan pinggang semakin sengal dek keaktifan penyusuan. Namun ianya sangat baik demi kesihatan bayi dan pengecutan rahim (sumber taklimat ibu-ibu di HTAR) Mujurlah aku ambil pakej urutan setiap hari sepanjang 14 hari ...dapat juga merenggangkan ketegangan urat saraf.
Jamu wangi
Bau jamu berasaskan manjakani, kunyit, gula merah dan sebagainya merupakan satu-satunya jamu dalaman yang disediakan oleh 'mak' tetapi aku terpaksa menolak pengambilannya kerana bayi ada sedikit kuning dan pendedahan bayi terhadap kunyit,lada dan halia tidak digalakkan doktor untuk jangkamasa terdekat. Sempat juga aku minta 'mak' sejuk bekukan jamu tersebut untuk kegunaan di masa akan datang. Salah seorang
jururawat klinik desa yang membuat lawatan juga tidak menafikan 'kehebatan' jamu tersebut cuma pengambilannya perlu dielakkan sehingga bayi benar-benar mendapat bacaan kuning di bawah 150. Sementara itu kami ikhtiarkan cara tradisional dengan memandikan bayi dengan air rebusan daun inai. Selama tiga hari berturut-turut juga 'mak' melayurkan daun sireh dan diletakkan pada perut bayi bagi tujuan penawar 'kuning'.
Alhamdullillah dengan izinNya selera bayi terhadap penyusuan sangat baik,malah bayi juga tiada masalah buang air besar. Bacaan kuning semakin menurun dari 206 - 176 -169. Walaubagaimanapun jururawat klinik desa masih menyarankan untuk ke Klinik Pandamaran bagi pemeriksaan dan pemantauan selagi bacaan tidak menurun ke 150.
Serasi bersama
Baru masuk 3 hari kami semakin serasi. Mak bidan ni sebenarnya pemalu sikit jadi kita kenalah ringan buka mulut agar mak selesa dengan tugas yang dilakukannya. Sempat juga aku temuduga 'mak' berkaitan pengalamannya dalam bidang perbidanan. Rasa bertuah pula dapat 'mak'. Rupanya di Medan, 'mak' sendiri merupakan bidan yang sangat aktif bukan setakat menjaga ibu dalam pantang malah telah menyambut ramai kelahiran di daerahnya. Di Medan juga, beliau mendapat pengajian/kursus perbidanan dari rumah sakit di sana dan perlu berdaftar bagi mendapat pengiktirafan. Kita biasa kenal atau jumpa ramai mak bidan yang menjaga ibu selepas pantang tetapi jarang sekali mengenali mak bidan kampung yang kebiasaannya menyambut kelahiran. Mungkin taraf hidup dan kos perubatan yang tinggi membuatkan ibu-ibu di daerah beliau lebih senang dengan cara tradisi selain keyakinan yang tinggi pada 'mak'. 'Mak' agak kagum dengan sistem kesihatan kita yang memantau perkembangan bakal ibu dan ibu-ibu baru melalui klinik desa. Beliau juga memuji kehadiran jururawat desa yang hadir secara percuma dari rumah ke rumah. Aku juga tidak melepaskan peluang untuk menimba ilmu dari mak selain tips berguna dalam mengendalikan bayi.
'Mak' juga biasa mencukur rambut bayi dan sering terlibat dalam majlis mencukur di tempatnya. Tujuannya ke Malaysia selain pendapatan yang lumayan adalah untuk menambahkan lagi ilmu perbidanan disamping mempelajari cara tradisi yang dimodenkan.
Masak sendiri
Masakkan 'mak' biasa-biasa sahaja. Selama 3-4 hari aku biarkan saja 'mak' masak untuk aku, tunggu dan lihat ...jujurnya aku tidak begitu teruja nak makan 'cara masakkannya',(maaf ya!) mungkin kerana perbezaan budaya. Tambahan pula kehadiran 'mak' tak sampai setahunpun di Malaysia. 'Mak' sendiri memohon maaf kerana tidak tahu masakkan pantang yang sesuai dengan tekak kami. Aku sedar dalam masakkan berpantang kita tidak boleh memilih sangat cuma nampaknya aku lebih selesa menyediakannya sendiri. Tetapi 'mak' ringan tangan di dapur. Jika aku memasak 'mak' akan membantu aku dalam penyediaan bahan dan sebagainya. Paling kesian, aku yang 'sepahkan' dapur 'mak' tukang kemas. ' Mak' tak bagi aku basuh periuk dan cucian. Jika kita nak minta 'mak' masak cara kitapun 'mak' sedia ikutkan cuma sebagai 'orang muda' adakalanya rasa kekok dan tak sampai hati nak bagi 'arahan' pada 'mak'.
Selepas ini saya cadangkan agar pihak Natalis Beauty memberi kursus kepada bidan-bidan mereka untuk masakkan berpantang selera malaysia kerana ia melibatkan pakej@servis yang ditawarkan. Ada juga perbezaan makanan yang 'boleh dan tidak' ketika berpantang misalnya menurut 'mak' segala jenis sayur boleh dimakan manakala jika ikut cara kita sayur yang menjalar dan sejuk tidak sesuai ketika berpantang. Serba salah apabila 'mak' tawarkan telur asin. Begitu juga dengan tapai ubi yang menurut 'mak' adalah sangat baik ketika berpantang tetapi bagi kita sebaliknya pula(kalau diikutkan hati tapai ubi tu 'favourite'!!). Mana yang ringkas sudah mampu kubuat sendiri lebih-lebih lagi sessi memanjakan badan dengan 'mak' menambahkan kecergasan seawal minggu pertama namun masih perlu berhati-hati. Sebenarnya aku tidaklah cerewet dalam masakkan sebaliknya sangat ringkas. Cukup dengan sayur yang dicelur,ulam dan ikan bakar asalkan ikan tersebut dibasuh dan direndam dengan perahan limau terlebih dahulu. Tidak mengapalah, yang penting bayi diuruskan 'mak' dengan begitu baik sekali (mandi, urut,tunku bayi) selain urutan dan tunku 'mak' yang memang tip top! Jadi dalam hal ini akupun tidak berapa kisah tentang hal masak-memasak.
Jika ambil pakej penuh, walaupun berbayar kita harus tahu apa yang diperlukan dan tidak diperlukan dalam beberapa situasi. Contohnya masuk hari ke 9 aku dah tak selesa bertangas...jadi aku 'let go' 3 hari sessi tersebut. Jika perasaan 'merana' itu dirasakan satu kemudaratan adalah lebi baik elakkan kerana penerimaan masing-masing adalah berbeza.
Walaupun tidak memenuhi kreteria dalam masakkan pantang, kekurangan itu berjaya 'mak' atasi dengan cara lain. 'Mak' sendiri tidak berkira ketika melakukan kerja-kerja asas di rumah. Bukan sahaja baju aku dan bayi 'mak' uruskan tetapi juga pakaian suami. Sepanjang 2 minggu bersama 'mak' membasuh pakaian kami dengan mesin basuh sebaliknya pakaian sendiri dengan cucian tangan. Kesian juga aku tengok, walaupun aku pelawa agar basuh sahaja sekali ke dalam mesin basuh 'mak' lebih selesa dengan caranya. Suatu pagi aku lihat mak baru selesai 'mengemop' lantai...tetapi dengan cara 'orang lama' tanpa mop (lap guna kain). Aku nak tunjuk jer mop yang ada mungkin mak tak pernah guna jadi aku biarrkan saja sebab makpun dah hampir selesai. Peranan 'mak' sebenarnya sama sahaja macam bidan-bidan yang lain cuma bezanya beliau tinggal bersama, mereka dibayar untuk skop tugas/pakej mereka janganlah kita mengambil kesempatan lebih dari itu kecuali jika mereka sendiri yang mahu melakukannya.
Bayi seronok
Setelah beberapa hari bersama 'mak', Bayi juga sudah tidak menangis ketika diurut dan dimandikan. Semakin selesa dan serasi bayi di dalam dakapan 'mak'. Tubuh bayi semakin segar dan angin juga mudah keluar dari badan si kecil apabila bertunku pagi dan petang. Aku tak jemu melihat cara 'mak' memandikan dan mengurut bayi. Aku harap sepeninggalan 'mak' nanti ilmu yang ditinggalkan dapat aku praktikan dengan baik.
Walaupun dengan kehadiran 'mak', bayi sentiasa bersamaku siang dan malam. Aku lebih selesa begini daripada menyerahkan bulat-bulat bayi kepada 'mak'. Bukan kerana tak percaya tetapi rasa tak sampai hati nak berenggang dengan anak tambahan pula bayiku kerap menyusu tak kira waktu, takkan sehari sepuluh kali mak bidan nak ketuk pintu bilik untuk 'sua' bayi padaku. Biarlah 'pampers' aku tukar sendiri ketika tidur bersama dan menyusu mengikut kehendaknya. Biarpun letih saat-saat ini terasa rugi untuk dilepaskan...
Tanggal tali pusat
Alhamdullillah genap hari ke-7 tali pusat bayi tertanggal bersaksikan kunjungan mak saudara suami (mak teh). Selepas ini tugas memandikan bayi akan lebih mudah. Tidak risau sekiranya ada tekanan pada lampin. Namun begitu, menurut 'mak' kita masih perlu berhalus di kawasan pusat dan masih perlu membersihkan kawasan berkaitan dengan lembut. Untuk membenamkan pusat yang terjojol, 'mak' membalut duit 5sen dengan tisu untuk ditindih di atas barut bayi di kawasan pusat untuk beberapa hari.
Cukur rambut
Demi sunnahmu ya Rasullullah kekasih Allah....
Kami mencukur rambut bayi dengan bantuan 'mak'. Kalau boleh suami tidak mahu bertangguh tentang hal ini. Lagipun alang-alang sudah ada 'mak' yang berkebolehan mencukur rambut bayi. Tenang sahaja bayi kami ketika 'mak' mencukur rambutnya hingga botak. Bagai dibelai untuk tidur. Tak nangis langsung!
Alhamdullillah segalanya selesai dengan baik. 'Mak' tak letak harga untuk khidmat mencukur rambut sebaliknya ikhlas seberapa upah dari kita.
(Suami membawa rambut bayi ke pejabat zakat untuk timbangan dan urusan seterusnya).
Lulur
Setiap kali sebelum membarut , tubuhku dilumur pilis ringan yang dicampur dengan beras tumbuk dan cengkur, tujuannya untuk membuang rasa bisa-bisa sendi dan tulang. Kapur bersama perahan limau nipis turut dilumur pada perut. Tetapi aku kecualikan kawasan pusat kerana terasa pedih/lecur setelah beberapa hari. Kulit dalam pusat ni sensitif sikit. Biarlah buncit sikit sebab tak sanggup menahan pedih tu!!!hahaha. Akan tetapi perutku semakin kempis dengan jayanya.
Masuk hari ke-7 juga aku dilulur 'mak'. Tujuannya untuk membuang 'karat' kulit. Rasa macam kena urutpun ada,memang 'best'. Teknik lulur ''mak' juga 'ala-ala' urut...cuma bahan/skrub lulur yg digunakan agak 'kasar' untuk kulit aku (macam kertas pasir! mungkin kerana kulitku yang sensitif) mujur luluran 'mak' 'best' kalau tidak dah lama aku 'lari'(wakaka). Rasanya kalau guna skrub Mary Kay atau Mustika Ratu lagi selesa... Tetapi rasa tak puas dilulur 'mak' buat kali pertama apabila bayi mula menangis minta susu. Segala pujuk rayu oleh si suami tidak berjaya bila bayi berkehendakkan susu yang teramat biarpun selepas bayi dimandikan tadi susu telah diberikan. Begitulah yang terjadi ketika berurut, tak senang hati dibuatnya. Adakalanya terpaksa menghentikan urutan atau menyambung tunku kemudian.
Akhirnya aku buat 'plan B' iaitu memerah susu badan ke dalam botol. Ternyata kaedah tersebut membantu, ketika aku sedang berurut dan bayi meragam susu, suami yang masih bercuti akan memberi susu kepada bayi. Mujur bayiku mudah menerima 'puting botol'dari papanya, maka sessi urutan tidak terhenti atau terganggu.
Bebas kuning
Setiap kali ada temujanji klinik, ' mak' akan mempersiapkan kami lebih awal. Ironinya, walaupun nampak terlalu awal tetapi kami 'siap' tepat dan sesuai pada masanya. Bijak betul 'mak' mengatur masa.
Alhamdullillah bayi telah bebas kuning. Setelah hampir 7 hari berusaha bacaan menurun kepada 121. Tidak perlu berulang ke klinik kesihatan selepas ini. Namun, cuaca panas menyebabkan ruam pada pipi bayi, adakalanya kami terpaksa memasang penghawa dingin untuk bayi (kadar perlahan). Sempat juga aku minta krim ruam untuk bayi di Klinik Kesihatan. Doktor juga tidak menggalakkan penggunaan bedak.
Kelebihan sauna dan bertunku
Sejak bersama ' mak' setiap hari aku bertunku. Jururawat desa yang membuat pemantauan berkala juga kagum dengan perkembangan tubuhku terutamanya rahim yang sudah mengecut dalam jangka waktu yang singkat. Tiada masalah untuk aku mengenakan seluar lamaku yang sebelum ini kusimpan macam 'tukun tiruan'. Air susu juga mudah kukumpulkan setiap kali bertunku.
Setiap pagi dan petang aku akan bersauna pula. Kadang-kadang rasa sayang nak keluar dari sauna tu sampai berpeluh-peluh. Tapi tak sampai 10 minitpun aku dah tak tahan tetapi puas hati bila 'peluh jahat' tu keluar. Mujur ada ruang basuhan yang sesuai dan 'peribadi' untuk menempatkan alat sauna ni.
Hari terakhir
Semalam merupakan hari terakhir 'mak' bersama kami. Cepat betul masa berlalu. Terasa macam semalam 'mak baru tiba. Namun baru hari ini /keesokkan pagi (25.11.15)puan Suzy dapat menjemput 'mak'. Bayi masih diuruskan 'mak' seperti biasa manakala semalam untuk hari ke-14 ini aku dilulur buat kali yang ke-2. Banyak ilmu baru yang kuperolehi kian hari bersama 'mak'. Terasa keldil diri ini dalam menguruskan bayi. Walaupun sepatutnya khidmat mak telah berakhir tetapi pagi ini sebelum dijemput pulang 'mak' sempat memandikan dan menunku bayi atas dasar kasih sayang. Dapur juga dibersihkan dan 'mak' turut mencuci cadar serta sarung bantal yang digunakan. Sebolehnya 'mak' mahu meninggalkan kediaman kami dalam keadaan yang bersih dan teratur. Rasa terharu pula dengan komitmen 'mak'. Sebelum pulang sempat aku memeluk erat 'mak' dan bersessi foto bersama bayi. Suami juga sempat membelikan 'mak' kismis dan kurma sebagai buah tangan untuk mak kerana melihat 'mak' gemarkan buah kurma@tamar. Terasa berat pulak nak 'melepaskan' 'mak'.
Puan Suzy tiba untuk menjemput mak lebih kurang jam 11am. Sebelum pulang sempat juga beliau menurunkan tips berkaitan tunku kepada ku. Terima kasih kepada Puan Suzy yang 'menitipkan' bidan yang berpengalaman untuk insan 'baru' sepertiku. Aku doakan usaha Puan Suzy akan berkembang dan berjaya kerana perkhidmatan seumpamanya sangat diperlukan untuk ibu-ibu masakini.
...Semoga Allah mendorongkan kami untuk menjadi ibu bapa yang baik....
Secara keseluruhannya aku berpuas hati dengan 'mak'. Walaupun waktu berpantang merupakan waktu 'rehat' untuk para ibu tetapi sebenarnya kita perlu mempersiapkan mental dan fizikal dalam sebuah 'perjuangan'. Memberikan bayi haknya (menyusu) dan menguruskan karenah 'kecilnya'. Terkenang pula ibu bapa kita sendiri, perjuangan mereka saat membesarkan kita. Walaupun mengupah 'confinement lady', adalah normal untuk kita tidak tidur lena, sakit badan dan sedikit 'stress' terutamanya ketika menyusu badan dan bayi pula kerap/kuat menyusu. Namun, kehadiran 'mak bidan' di sisi pada saat begini agak membantu dari segi fizikal dan emosi terutamanya jika anda adalah 'pasangan ibu bapa baru yang perlu berdikari' dalam situasi ini. Walaupun ibu bapa kita tinggal bersamapun rasanya tak salah untuk kita menyimpan wang bagi perkhidmatan 'mak bidan' seumpamanya ini terutama di awal masa berpantang. Sekurang-kurangnya kita tidak terlalu'membebankan' orang tua terutamanya jika ibu/mertua kita sendiri sudah uzur ataupun mempunyai 'aktiviti' hari emasnya sendiri. Sekurang-kurangnya juga kita telah rasa sihat untuk melakukan sebahagian dari perkara-perkara yang perlu dalam menguruskan diri dan bayi.Namun begitu tidak dinafikan kehadiran orang tua menyumbang ke arah sokongan moral kerana bersifat lebih peribadi. Ibu mertuaku sendiri berbesar hati membantu setelah pemergian mak bidan. Sekiranya kewangan tidak mengizinkan, dengan atau tanpa 'confinement lady' /orang tua, suami adalah insan utama memainkan peranan dalam membantu 'pengurusan' isteri dan bayi selain persediaan awal menimba ilmu melalui pembacaan mahupun pengalaman orang lain. Semoga segalanya dipermudahkanNya.
Hari pertama aku masih berada di HTAR, Alhamdullillah setelah bayi dan aku disahkan sihat kami keluar dari wad pada hari ke-2. (Setelah bayi kencing & berak). Tak sabar rasanya menunggu kehadiran mak bidan.
Puan Suzy menghantar bidannya pada hari ke 3 (malam) dan kiraan hari akan bermula keesokkan harinya. Aku memilih pakej bidan tinggal bersama selama 14 hari. Sebelum kehadiran mak bidan, aku dibantu oleh suami, adik dan ibu mertua. Mujur adik datang menunku tubuhku yang lemau.
Salam perkenalan
Memang pada permulaan rasa kekok kerana ada 'orang asing' bersama. Adakalanya rasa bimbang...adakah aku membuat keputusan yang betul untuk khidmat ini? Namun aku ketepikan segala prasangka buruk dan belajar untuk menerima ilmu baru dan mungkin cara yang berbeza, tunggu dan lihat, beri peluang dan masa. Jangan 'stress' dengan pandangan orang lain atau mudah jatuh hukum dipermulaan pandangan dan bersedia untuk menyatakan penolakkan jika dirasakan sesuatu itu tidak sesuai. Aku sanggup membuat pelaburan ini bukan semata-mata untuk diriku dan bayi tetapi demi orang terdekat juga. Bayi bakal diamanahkan sementara buat insan yang baru kami kenali. Semoga Allah melindungi dan mempermudahkan segala urusan kami mahupun mak bidan tersebut.
Bidan yang akan bersama kami dikenali sebagai 'mak'. Seorang wanita berasal dari Medan awal 50an. Beliau kelihatan sangat berpengalaman.
Anti bedung
Cuaca bahang dan panas menjadi kebiasaan bagi kami di kawasan ini menyebabkan aku tidak begitu tegar untuk membedung kemas bayiku.Malam itu, tak sampai 15 minit wajahnya yang kuning langsat sudah bertukar kepada merah kehitaman menahan panas dan ketidakselesaan. Tak sampai hati nak bedung lama-lama. Walaupun mak bidan akan memulakan tugasnya secara rasmi pada hari esok namun beliau tak kisah untuk mendapatkan bayiku yang sedang menangis ketika itu. Terus dibedungnya kemas dengan kain batik. Memang bayiku nampak comel. Beliau juga menegur agar tidak menghalakan kipas secara terus kepada bayi dan aku. Namun, Kami agak kasihan dengan bayi yang dibedung kemas sebegitu rupa pada cuaca yang agak panas ini. Namun aku relakan saja. Selepas itu bayi kembali menangis lewat malam. Aku mengambil keputusan untuk melonggarkan bedungan dan secara berperingkat akhirnya bedungan itu terpaksa dileraikan terus.. Baru bayi senyap dan bangun hanya jika ingin menyusu.
Peranan bermula...
Sebelum Subuh mak bidan yang hanya mahu dikenali sebagai 'mak' sudah mula bangun, bersiap untuk solat, memasak dan menyapu. Aku tidak mahu memberi arahan tentang tugas mengemas, cara dan susun atur rumah. Biarlah mak bidan buat ikut caranya agar tidak menyusahkan dan menyukarkan. Lagipun bukannya beliau akan bersama seumur hidup. Asalkan rumah bersapu dan jemuran diuruskan itu sudah cukup memadai. Namapun mak bidan takkan nak perah tenaga pada peranan yang bukan dalam skop kerjanya.
Air mandian bayi dan ibu juga disediakan mak bidan. Lebih kurang jam 7 am 'mak' sudah mempersiapkan bayi untuk mandi. Pertama kali bayi dimandikan mak bidan, bayi menangis sekuat hati. Aku lihat mak bidan mahir memandikan bayi dan tidak kekok membersihkan celah-celah kawasan daki yang perlu. Melihat pada cara pegangan dan basuhan, ternyata 'mak' ada 'skills/kepakaran' yang tinggi dalam bidang perbidanan.
Setelah bayi mandi, 'mak' akan membersihkan tali pusat bayi yang masih belum tanggal termasuk keperluan membuang kotoran dan keputihan di kawasan sulit bayi. Kata 'mak' jika tidak dibersihkan bayi akan kegatalan dan tidak selesa. 'Mak' gunakan cotton but bayi ketika membersihkan tali pusat dengan bahan yang diberikan oleh pihak hospital menurut 'mak' ia perlu dilakukan dengan hati-hati agar tali pusat hanya tertanggal ketika tiba waktunya...manakala keputihan dibersihkan pula dengan cotton but dan minyak bayi. Walaupun dengan hati-hati aku lihat cekap sahaja jari-jemari mak membersihkan kawasan berkaitan.
Bayi turut diurut dan ditunku bagi merenggangkan dan melenturkan tubuhnya. Tangisan bayi semakin kuat dek urutan seolah-olah memprotes. Nampak macam kesian sehingga ibu mertuaku tak sanggup melihatnya. Namun aku relakan saja demi kebaikkan bayiku, bukan aku tak 'terasa'...kerana aku yang melahirkan. Nampak macam 'kasar' tetapi aku percaya mak bidan tahu apa yang dilakukannya jika tidak pasti sudah 'sebakul' testemoni kekecewaan tersebar luas di internet... Selesai menguruskan bayi, bayi kembali dibedung kemas. Bab ini aku rasa kalut sikit sebab cuaca agak panas. Namun kerana baru selesai mandi aku anggap ia untuk melindungi kedinginan.
Cepat 'tangkap' suasana
Belumpun sampai tengahari bedung bayi dibuka mak bidan. Kasihan katanya kerana cuaca yang membahang. Biarlah berbedung sekejap-sekejap selepas mandi sahaja. Rumah yang menjadi tugasan 'mak' sebelum ini semuanya jenis kondo. Berangin dan dingin. Mak bidan juga sudah tidak menegur tentang penggunaan kipas kerana telah memahami suasana yang berlainan di sini untuk jangkawaktu yang singkat. Malah berasa kasihan untuk membedung bayiku. Lega rasanya. Sejak itu bayiku jarang dibedung kerana cuaca yang tidak mengizinkan. Bayiku hanya dibedung seketika selepas mandi pagi. Jika ada jiran-jiran melawat baru kubedung kerana mereka rasa pelik dan perlu melihat bayi dibedung. Itupun sementara kekalnya. Kulit bayiku yang kuning langsat akan bertukar gelap kemerah-merahan dek menahan kepanasan.
Sebelah petang pula bayi dimandikan seawal jam 4 petang.Setelah menguruskan mandian, urutan dan tunku bayi giliran 'mak bayi pula bersauna,bertangas, mandi herba, berurut(pagi),berbarut dan bertunku..'.hehehe! Semua sekali siap dalam jam 5 lebih atau 6petang(sebelum jam 7.00 malam). Ketika Maghrib aku diminta memangku dan sentiasa bersama bayi.
'Lari' pakej
Masuk hari ke2 aku perasan ada kekurangan 'servis' dari pakej yang aku ambil. Sebenarnya dari hari pertama dah perasan (bayar kate ko...kuikui)tetapi aku sangka mungkin servis tersebut belum dimulakan. Tetapi bila dah masuk hari ke2 ia masih tidak dimulakan aku rasa satu keperluan untuk bertanya pada 'mak' tetapi 'mak' kata petang tak ada mandian dan tunku tersebut. Mungkin pemahaman 'mak' terhadap pakej ini berbeza sebab aku tengok 'mak' macam 'blur' jer(tak fasih). Untuk kepastian aku menghubungi semula Puan Suzy berkaitan hal tersebut. Mujur segala salah faham terlerai dan aku mendapat hak yang sepatutnya. Sebagai ganti, Puan Suzi memberikan aku 2 sessi berurut. Terubat rasa kekurangan :) . Aku tidak menyalahkan 'mak' kerana dia mungkin keliru dengan berbagai pakej yang pernah dilakukannya. Oleh kerana itu, pengajarannya kepada pelanggan jangan bimbang untuk menyuarakan masalah atau kemusykilan demi kepentingan bersama selain menyimpan memori pakej yang kita minta di telefon bimbit dan sebagainya. Untuk penambahbaikkan kepada pihak Natalis Beauty saya cadangkan agar mak bidan diberikan salinan pakej yang diambil bagi mengelakkan kekeliruan.
Bersauna, bertangas,mandi herba, berbarut,bertunku dan berurut...begitulah seterusnya disebelah pagi & petang setiap hari (kecuali urut ibu hanya disebelah pagi). Urutan 'mak' memang terbaik lebih-lebih lagi aku memang suka urutan yang kuat disamping tunku di setiap inci tubuh. Rasa berkurangan bisa-bisa sendi. Tersangatlah 'best'.
Pihak Natalis Beauty menyediakan 1 barut ibu,namun ada 3 jenis lagi pemberian adik dan kakak. Semuanya jenis yang berbeza. Kagumnya aku sebab ia tak jadi masalah untuk 'mak' kerana semua jenis barut yang ada beliau mahir gunakan. Jadi aku 'joli' barut pagi dan petang berlainan. Setiap hari berbasuh dan tak perlu berlapik kain batik terlebih dahulu untuk elak barut kotor.
Walaupun rasa 'dimanja' dengan urutan dan sebagainya badan tak lari dari rasa keletihan kerana bayiku sangat kuat menyusu siang dan malam. Badan dan pinggang semakin sengal dek keaktifan penyusuan. Namun ianya sangat baik demi kesihatan bayi dan pengecutan rahim (sumber taklimat ibu-ibu di HTAR) Mujurlah aku ambil pakej urutan setiap hari sepanjang 14 hari ...dapat juga merenggangkan ketegangan urat saraf.
Jamu wangi
Bau jamu berasaskan manjakani, kunyit, gula merah dan sebagainya merupakan satu-satunya jamu dalaman yang disediakan oleh 'mak' tetapi aku terpaksa menolak pengambilannya kerana bayi ada sedikit kuning dan pendedahan bayi terhadap kunyit,lada dan halia tidak digalakkan doktor untuk jangkamasa terdekat. Sempat juga aku minta 'mak' sejuk bekukan jamu tersebut untuk kegunaan di masa akan datang. Salah seorang
jururawat klinik desa yang membuat lawatan juga tidak menafikan 'kehebatan' jamu tersebut cuma pengambilannya perlu dielakkan sehingga bayi benar-benar mendapat bacaan kuning di bawah 150. Sementara itu kami ikhtiarkan cara tradisional dengan memandikan bayi dengan air rebusan daun inai. Selama tiga hari berturut-turut juga 'mak' melayurkan daun sireh dan diletakkan pada perut bayi bagi tujuan penawar 'kuning'.
Jamu 'mak' di stok bekukan. |
Alhamdullillah dengan izinNya selera bayi terhadap penyusuan sangat baik,malah bayi juga tiada masalah buang air besar. Bacaan kuning semakin menurun dari 206 - 176 -169. Walaubagaimanapun jururawat klinik desa masih menyarankan untuk ke Klinik Pandamaran bagi pemeriksaan dan pemantauan selagi bacaan tidak menurun ke 150.
Serasi bersama
Baru masuk 3 hari kami semakin serasi. Mak bidan ni sebenarnya pemalu sikit jadi kita kenalah ringan buka mulut agar mak selesa dengan tugas yang dilakukannya. Sempat juga aku temuduga 'mak' berkaitan pengalamannya dalam bidang perbidanan. Rasa bertuah pula dapat 'mak'. Rupanya di Medan, 'mak' sendiri merupakan bidan yang sangat aktif bukan setakat menjaga ibu dalam pantang malah telah menyambut ramai kelahiran di daerahnya. Di Medan juga, beliau mendapat pengajian/kursus perbidanan dari rumah sakit di sana dan perlu berdaftar bagi mendapat pengiktirafan. Kita biasa kenal atau jumpa ramai mak bidan yang menjaga ibu selepas pantang tetapi jarang sekali mengenali mak bidan kampung yang kebiasaannya menyambut kelahiran. Mungkin taraf hidup dan kos perubatan yang tinggi membuatkan ibu-ibu di daerah beliau lebih senang dengan cara tradisi selain keyakinan yang tinggi pada 'mak'. 'Mak' agak kagum dengan sistem kesihatan kita yang memantau perkembangan bakal ibu dan ibu-ibu baru melalui klinik desa. Beliau juga memuji kehadiran jururawat desa yang hadir secara percuma dari rumah ke rumah. Aku juga tidak melepaskan peluang untuk menimba ilmu dari mak selain tips berguna dalam mengendalikan bayi.
'Mak' juga biasa mencukur rambut bayi dan sering terlibat dalam majlis mencukur di tempatnya. Tujuannya ke Malaysia selain pendapatan yang lumayan adalah untuk menambahkan lagi ilmu perbidanan disamping mempelajari cara tradisi yang dimodenkan.
Antara pakej yang ditawarkan oleh Natalis Beauty:- |
Harga setakat Nov 2015
Masak sendiri
Masakkan 'mak' biasa-biasa sahaja. Selama 3-4 hari aku biarkan saja 'mak' masak untuk aku, tunggu dan lihat ...jujurnya aku tidak begitu teruja nak makan 'cara masakkannya',(maaf ya!) mungkin kerana perbezaan budaya. Tambahan pula kehadiran 'mak' tak sampai setahunpun di Malaysia. 'Mak' sendiri memohon maaf kerana tidak tahu masakkan pantang yang sesuai dengan tekak kami. Aku sedar dalam masakkan berpantang kita tidak boleh memilih sangat cuma nampaknya aku lebih selesa menyediakannya sendiri. Tetapi 'mak' ringan tangan di dapur. Jika aku memasak 'mak' akan membantu aku dalam penyediaan bahan dan sebagainya. Paling kesian, aku yang 'sepahkan' dapur 'mak' tukang kemas. ' Mak' tak bagi aku basuh periuk dan cucian. Jika kita nak minta 'mak' masak cara kitapun 'mak' sedia ikutkan cuma sebagai 'orang muda' adakalanya rasa kekok dan tak sampai hati nak bagi 'arahan' pada 'mak'.
Bantu kurangkan sembelit selepas kelahiran: pengambilan buah-buahan dan jus oren. |
Selepas ini saya cadangkan agar pihak Natalis Beauty memberi kursus kepada bidan-bidan mereka untuk masakkan berpantang selera malaysia kerana ia melibatkan pakej@servis yang ditawarkan. Ada juga perbezaan makanan yang 'boleh dan tidak' ketika berpantang misalnya menurut 'mak' segala jenis sayur boleh dimakan manakala jika ikut cara kita sayur yang menjalar dan sejuk tidak sesuai ketika berpantang. Serba salah apabila 'mak' tawarkan telur asin. Begitu juga dengan tapai ubi yang menurut 'mak' adalah sangat baik ketika berpantang tetapi bagi kita sebaliknya pula(kalau diikutkan hati tapai ubi tu 'favourite'!!). Mana yang ringkas sudah mampu kubuat sendiri lebih-lebih lagi sessi memanjakan badan dengan 'mak' menambahkan kecergasan seawal minggu pertama namun masih perlu berhati-hati. Sebenarnya aku tidaklah cerewet dalam masakkan sebaliknya sangat ringkas. Cukup dengan sayur yang dicelur,ulam dan ikan bakar asalkan ikan tersebut dibasuh dan direndam dengan perahan limau terlebih dahulu. Tidak mengapalah, yang penting bayi diuruskan 'mak' dengan begitu baik sekali (mandi, urut,tunku bayi) selain urutan dan tunku 'mak' yang memang tip top! Jadi dalam hal ini akupun tidak berapa kisah tentang hal masak-memasak.
Jika ambil pakej penuh, walaupun berbayar kita harus tahu apa yang diperlukan dan tidak diperlukan dalam beberapa situasi. Contohnya masuk hari ke 9 aku dah tak selesa bertangas...jadi aku 'let go' 3 hari sessi tersebut. Jika perasaan 'merana' itu dirasakan satu kemudaratan adalah lebi baik elakkan kerana penerimaan masing-masing adalah berbeza.
Masakkan suami: siakap bakar bersama peria bening. |
Bayi seronok
Setelah beberapa hari bersama 'mak', Bayi juga sudah tidak menangis ketika diurut dan dimandikan. Semakin selesa dan serasi bayi di dalam dakapan 'mak'. Tubuh bayi semakin segar dan angin juga mudah keluar dari badan si kecil apabila bertunku pagi dan petang. Aku tak jemu melihat cara 'mak' memandikan dan mengurut bayi. Aku harap sepeninggalan 'mak' nanti ilmu yang ditinggalkan dapat aku praktikan dengan baik.
Walaupun dengan kehadiran 'mak', bayi sentiasa bersamaku siang dan malam. Aku lebih selesa begini daripada menyerahkan bulat-bulat bayi kepada 'mak'. Bukan kerana tak percaya tetapi rasa tak sampai hati nak berenggang dengan anak tambahan pula bayiku kerap menyusu tak kira waktu, takkan sehari sepuluh kali mak bidan nak ketuk pintu bilik untuk 'sua' bayi padaku. Biarlah 'pampers' aku tukar sendiri ketika tidur bersama dan menyusu mengikut kehendaknya. Biarpun letih saat-saat ini terasa rugi untuk dilepaskan...
Tanggal tali pusat
Alhamdullillah genap hari ke-7 tali pusat bayi tertanggal bersaksikan kunjungan mak saudara suami (mak teh). Selepas ini tugas memandikan bayi akan lebih mudah. Tidak risau sekiranya ada tekanan pada lampin. Namun begitu, menurut 'mak' kita masih perlu berhalus di kawasan pusat dan masih perlu membersihkan kawasan berkaitan dengan lembut. Untuk membenamkan pusat yang terjojol, 'mak' membalut duit 5sen dengan tisu untuk ditindih di atas barut bayi di kawasan pusat untuk beberapa hari.
Cukur rambut
Demi sunnahmu ya Rasullullah kekasih Allah....
Kami mencukur rambut bayi dengan bantuan 'mak'. Kalau boleh suami tidak mahu bertangguh tentang hal ini. Lagipun alang-alang sudah ada 'mak' yang berkebolehan mencukur rambut bayi. Tenang sahaja bayi kami ketika 'mak' mencukur rambutnya hingga botak. Bagai dibelai untuk tidur. Tak nangis langsung!
Alhamdullillah segalanya selesai dengan baik. 'Mak' tak letak harga untuk khidmat mencukur rambut sebaliknya ikhlas seberapa upah dari kita.
(Suami membawa rambut bayi ke pejabat zakat untuk timbangan dan urusan seterusnya).
Lulur
Setiap kali sebelum membarut , tubuhku dilumur pilis ringan yang dicampur dengan beras tumbuk dan cengkur, tujuannya untuk membuang rasa bisa-bisa sendi dan tulang. Kapur bersama perahan limau nipis turut dilumur pada perut. Tetapi aku kecualikan kawasan pusat kerana terasa pedih/lecur setelah beberapa hari. Kulit dalam pusat ni sensitif sikit. Biarlah buncit sikit sebab tak sanggup menahan pedih tu!!!hahaha. Akan tetapi perutku semakin kempis dengan jayanya.
Masuk hari ke-7 juga aku dilulur 'mak'. Tujuannya untuk membuang 'karat' kulit. Rasa macam kena urutpun ada,memang 'best'. Teknik lulur ''mak' juga 'ala-ala' urut...cuma bahan/skrub lulur yg digunakan agak 'kasar' untuk kulit aku (macam kertas pasir! mungkin kerana kulitku yang sensitif) mujur luluran 'mak' 'best' kalau tidak dah lama aku 'lari'(wakaka). Rasanya kalau guna skrub Mary Kay atau Mustika Ratu lagi selesa... Tetapi rasa tak puas dilulur 'mak' buat kali pertama apabila bayi mula menangis minta susu. Segala pujuk rayu oleh si suami tidak berjaya bila bayi berkehendakkan susu yang teramat biarpun selepas bayi dimandikan tadi susu telah diberikan. Begitulah yang terjadi ketika berurut, tak senang hati dibuatnya. Adakalanya terpaksa menghentikan urutan atau menyambung tunku kemudian.
Akhirnya aku buat 'plan B' iaitu memerah susu badan ke dalam botol. Ternyata kaedah tersebut membantu, ketika aku sedang berurut dan bayi meragam susu, suami yang masih bercuti akan memberi susu kepada bayi. Mujur bayiku mudah menerima 'puting botol'dari papanya, maka sessi urutan tidak terhenti atau terganggu.
Bebas kuning
Tanpa amalan jamu: pengambilan susu kambing, madu dan kurma masih ku amalkan untuk kesihatan dalaman. |
Setiap kali ada temujanji klinik, ' mak' akan mempersiapkan kami lebih awal. Ironinya, walaupun nampak terlalu awal tetapi kami 'siap' tepat dan sesuai pada masanya. Bijak betul 'mak' mengatur masa.
Alhamdullillah bayi telah bebas kuning. Setelah hampir 7 hari berusaha bacaan menurun kepada 121. Tidak perlu berulang ke klinik kesihatan selepas ini. Namun, cuaca panas menyebabkan ruam pada pipi bayi, adakalanya kami terpaksa memasang penghawa dingin untuk bayi (kadar perlahan). Sempat juga aku minta krim ruam untuk bayi di Klinik Kesihatan. Doktor juga tidak menggalakkan penggunaan bedak.
Kelebihan sauna dan bertunku
Sejak bersama ' mak' setiap hari aku bertunku. Jururawat desa yang membuat pemantauan berkala juga kagum dengan perkembangan tubuhku terutamanya rahim yang sudah mengecut dalam jangka waktu yang singkat. Tiada masalah untuk aku mengenakan seluar lamaku yang sebelum ini kusimpan macam 'tukun tiruan'. Air susu juga mudah kukumpulkan setiap kali bertunku.
Setiap pagi dan petang aku akan bersauna pula. Kadang-kadang rasa sayang nak keluar dari sauna tu sampai berpeluh-peluh. Tapi tak sampai 10 minitpun aku dah tak tahan tetapi puas hati bila 'peluh jahat' tu keluar. Mujur ada ruang basuhan yang sesuai dan 'peribadi' untuk menempatkan alat sauna ni.
Sedia uncang: selepas 'pemergian mak' nanti, serbuk mandian herba pemberian seorang rakan setugas (jijah) akan digunakan menghabiskan baki hari berpantang. |
Hari terakhir
Semalam merupakan hari terakhir 'mak' bersama kami. Cepat betul masa berlalu. Terasa macam semalam 'mak baru tiba. Namun baru hari ini /keesokkan pagi (25.11.15)puan Suzy dapat menjemput 'mak'. Bayi masih diuruskan 'mak' seperti biasa manakala semalam untuk hari ke-14 ini aku dilulur buat kali yang ke-2. Banyak ilmu baru yang kuperolehi kian hari bersama 'mak'. Terasa keldil diri ini dalam menguruskan bayi. Walaupun sepatutnya khidmat mak telah berakhir tetapi pagi ini sebelum dijemput pulang 'mak' sempat memandikan dan menunku bayi atas dasar kasih sayang. Dapur juga dibersihkan dan 'mak' turut mencuci cadar serta sarung bantal yang digunakan. Sebolehnya 'mak' mahu meninggalkan kediaman kami dalam keadaan yang bersih dan teratur. Rasa terharu pula dengan komitmen 'mak'. Sebelum pulang sempat aku memeluk erat 'mak' dan bersessi foto bersama bayi. Suami juga sempat membelikan 'mak' kismis dan kurma sebagai buah tangan untuk mak kerana melihat 'mak' gemarkan buah kurma@tamar. Terasa berat pulak nak 'melepaskan' 'mak'.
Puan Suzy tiba untuk menjemput mak lebih kurang jam 11am. Sebelum pulang sempat juga beliau menurunkan tips berkaitan tunku kepada ku. Terima kasih kepada Puan Suzy yang 'menitipkan' bidan yang berpengalaman untuk insan 'baru' sepertiku. Aku doakan usaha Puan Suzy akan berkembang dan berjaya kerana perkhidmatan seumpamanya sangat diperlukan untuk ibu-ibu masakini.
...Semoga Allah mendorongkan kami untuk menjadi ibu bapa yang baik....
Secara keseluruhannya aku berpuas hati dengan 'mak'. Walaupun waktu berpantang merupakan waktu 'rehat' untuk para ibu tetapi sebenarnya kita perlu mempersiapkan mental dan fizikal dalam sebuah 'perjuangan'. Memberikan bayi haknya (menyusu) dan menguruskan karenah 'kecilnya'. Terkenang pula ibu bapa kita sendiri, perjuangan mereka saat membesarkan kita. Walaupun mengupah 'confinement lady', adalah normal untuk kita tidak tidur lena, sakit badan dan sedikit 'stress' terutamanya ketika menyusu badan dan bayi pula kerap/kuat menyusu. Namun, kehadiran 'mak bidan' di sisi pada saat begini agak membantu dari segi fizikal dan emosi terutamanya jika anda adalah 'pasangan ibu bapa baru yang perlu berdikari' dalam situasi ini. Walaupun ibu bapa kita tinggal bersamapun rasanya tak salah untuk kita menyimpan wang bagi perkhidmatan 'mak bidan' seumpamanya ini terutama di awal masa berpantang. Sekurang-kurangnya kita tidak terlalu'membebankan' orang tua terutamanya jika ibu/mertua kita sendiri sudah uzur ataupun mempunyai 'aktiviti' hari emasnya sendiri. Sekurang-kurangnya juga kita telah rasa sihat untuk melakukan sebahagian dari perkara-perkara yang perlu dalam menguruskan diri dan bayi.Namun begitu tidak dinafikan kehadiran orang tua menyumbang ke arah sokongan moral kerana bersifat lebih peribadi. Ibu mertuaku sendiri berbesar hati membantu setelah pemergian mak bidan. Sekiranya kewangan tidak mengizinkan, dengan atau tanpa 'confinement lady' /orang tua, suami adalah insan utama memainkan peranan dalam membantu 'pengurusan' isteri dan bayi selain persediaan awal menimba ilmu melalui pembacaan mahupun pengalaman orang lain. Semoga segalanya dipermudahkanNya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan