Sememangnya apabila merancang majlis perkahwinan akan timbul pelbagai cabaran dan ujian. Adakalanya pasangan 'biasa-biasa' sahaja tetapi keharmornian bergoncang pula kerana mulut dan impian orang lain.
Istilah 'jaga tepi kain orang' sebenarnya
adalah sesuatu yang perlu jika ia digunakan untuk kebaikan, sebagai contoh mengambil-berat kehadiran 'orang lain/asing' di saat jiran tiada dirumah atau memberi nasihat terhadap kemungkaran yang terlihat di depan mata...
Tetapi masyarakat masih sinonim dengan 'pael' ambil berat tak bertempat. Lihat saja di majlis berbalas hantaran, jika sekadar membandingkan kecantikkan & kreativiti tidak mengapa tetapi siap serta dengan senyum sinis dan perbandingan jenama. Memenuhi undangan perkahwinan merupakan sebahagian tuntutan agama tetapi tidak lepas pula mengumpat perihal pelamin dan rasa masakkan...belum lagi hal cenderahati dan sebagainya. Paling sedih umpatan itu terpancul dikalangan orang yang sudah matang usianya, paling ngeri umpatan itu disebut dihadapan tetamu-tetamu lain sehingga ada yang turut serta menambah perisa. Sepatutnya majlis tersebut dipenuhi dengan rasa gembira...yang besar diraikan dan yang kecil disyukuri, hargai undangan tuan rumah yang bersusah payah membuat persediaan berbulan-bulan untuk tetamu. Sebenarnya masyarakat Melayu semakin terbuka tetapi pada masa yang sama ada juga yang masih tidak mahu mengabaikan sesuatu yang sedia maklum hanya syarat budaya...tanggapan...bukannya hukum agama.
Tidak dinafikan sebagai manusia biasa adakalanya kita 'nakal' dengan memenuhi undangan seraya memenuhi selera perut yang lapar (jimat makan tengahari). Maka tepat waktu makan tengahari berduyun-duyun juga manusia menyerbu majlis tersebut. Pernah satu ketika di sebuah majlis perkahwinan, nasi tetamu habis licin kecuali lauk pauk. Maka tuan rumahpun jadi kelam kabut menenangkan tetamu sambil memohon maaf. Selagi nasi baru belum siap wajah tuan rumah pucat lesu....hilang keceriaan wajah. Pakaian bapak dan mak pengantin yang tadi lip lap berkelip-kerlipan jadi pudar dek peluh. Nasi 'back-up' pula lembek dan antah. Ada sesetengah tetamu yang hadir mengadu lapar secara terang-terangan sedangkan bukannya tidak ada makanan lain seperti kuih muih,bubur, dan lauk pauk. Dalam hal ini sebagai tetamu yang juga merupakan ketua keluarga atau ibu bapa harus memujuk anak-anak, terangkan pada mereka bahawa ada rezeki lain untuk kita bukan turut serta menjadi kalut dan bimbang anak-anak 'mati' kebulur. Yang muda juga harus lebih sabar, salurkan rasa simpati pada tuan rumah dengan menerima seadanya. Jika situasi ini terjadi apa salahnya kita makan apa saja yang ada. Jika berkehendakkan juga nasi, selepas memenuhi majlis singgah saja ke mana-mana kedai. 'Duit salam kaut' jangan dijadikan sandaran sebagai ganti makan di majlis, ia adalah tanda ikhlas pemberian untuk pengantin/tuan rumah , begitu juga sebaliknya kepada tuan rumah yang memberi cenderahati...mengapa perlu dibeza-bezakan pemberian itu kepada yang bersalam 'isi' @ sebaliknya. Apabila 'duit salam' dijadikan ukuran maka semakin berkuranglah keikhlasan maka ada insan yang tidak berkemampuan atau 'rasa malu' dengan tangan kosong sanggup pula menipu dengan 'salam kaut palsu'(beri sampul kosong) demi menjaga hati tuan rumah ketika bersalam ...atau lebih 'buruk sangka lagi' teringin jugak nak cenderahati pengantin! Hahaha.
Istilah 'salam kaut' : wang pemberian induvidu sebagai hadiah perkahwinan kepada ibubapa atau pasangan pengantin.

Info grafik : sumber perkongsian FB |
Istilah 'salam kaut' : wang pemberian induvidu sebagai hadiah perkahwinan kepada ibubapa atau pasangan pengantin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan