Lulu telah bersama kami genap setahun November lalu. Selsema lulu masih ada, namun percubaanku menggunakan makanan tambahan Transfer Factor menunjukkan kesan positif. Mungkin kerana selsema dan beberapa siri keuzuran Lulu sejak dia dijumpai menyebabkan proses penyembuhannya agak perlahan.
Kami hampir kehilangan Lulu beberapa ketika yang lalu apabila Lulu tiba-tiba tenat dan kehilangan selera makan. 2 hari lulu tidak mempedulikan makanan mahupun minuman dan lebih menyendiri. Si lala pula seakan memahami dan menjilat-jilat lulu dengan kasih sayang.
Najis lulu juga tidak kelihatan normal dan perutnya yang kempis mulai mengeras. Rawatan vet tidak mampu kuteruskan dan aku juga bimbang keadaan Lulu yang lemah tidak dapat menerima sebarang suntikkan. Ada pula doktor vet yg sarankan....pts...tidak!!! Apa yang kami mampu lakukan adalah memberi lulu kasih & sayang. Walaupun begitu, aku tidak mahu berserah sahaja. Jika lulu tidak makan keadaannya pasti bertambah teruk.

Rebus isi tongkol
Aku bimbang jika memandai-mandai buat rawatan sendiri keadaan lulu akan semakin parah.Tapi bila dah disarankan sesuatu yg tak mungkin kulakukan terpaksalah aku guna cara lain.Aku tidak berani memberi sembarangan ubat pada lulu...
Yang pastinya,buat ketika ini aku tak mahu lulu mati sebab turut kelaparan dek seleranya 'tela mati' terlebih dahulu.Aku merebus isi tongkol (kosong tanpa sebarang perisa) dan airnya kuberikan perlahan-lahan ke dalam mulut lulu sedikit demi sedikit menggunakan picagari tak berjarum yang kuperolehi dari 'vet gomen', Kampung Raja Uda . Aku juga menghancur lumatkan isi ikan untuk disuap kepada lulu bersama air.(dengan benda yg berbentuk macam picagari tu...tapi tanpa jarum)
Proses ini kulakukan lebih seminggu sebelum dan selepas pulang dari kerja.
Positif
Alhamdullillah setelah 10 hari lulu kembali aktif biarpun masih selsema. Lulu juga bermanja dengan kami seperti kebiasaannya dan mulai menjamah sendiri makanannya.
...sekadar ingatan buat ku dan semua, usahlah berputus-asa Insya'Allah dengan izinNya akan ada kesembuhan beserta doa dan usaha...jika tidakpun sekurang-kurangnya kita dapat memberikan kasih sayang kita sehingga di pengakhiran hayat mereka.....