Dah lama tak buat entri berkaitan tumbuh-tumbuhan. Rasanya sejak beberapa minggu lalu masa dan keadaan tidak mengizinkan diri meluangkan banyak masa dengan pokok-pokok kesayanganku.Sarat sungguh komitmen dirasakan namun aku tetap memastikan agar tumbuhan-tumbuhan tersebut terjamin kelestariannya.
Mujur juga musim hujan maka alam telah menyiramkan serta membaja pokok-pokok secara semulajadi.
Baru beberapa hari ini aku kembali bermanja dengan tumbuh-tumbuhan kesayanganku. Kumbang kura-kura dan spesis belalang seolah-olah meraikan kehadiranku kali ini.
Aku mulakan aktiviti berkebun dengan azam dan semangat baru. Aku ingin kembali menyemai dan membiakkan beberapa tumbuhan yang kurasakan dapat menjana pendapatan sampingan.
Walaupun tidak ada niat untuk jadi kaya dengannya (kerana aku rasa harga yang bakal kutawarkan tidak berbaloi dengan tenaga yang kucurahkan). Cukup sekadar balik modal@tambahan tanah mahupun duit 'seronok-seronok' bagi pembelian semula baja dan sebagainya.
Aku juga tidak bermaksud untuk menjalankan aktiviti jualan ini sebagai sesuatu yang tegar buat masa ini, sebaliknya hanya membuat iklan melalui fb di kalangan sahabat handai sebagai mana yang sekali-sekala aku lakukan dengan mengiklankan menu-menu sarapan untuk rakan sepejabat sebagai hobi.
Sememangnya minatku dalam kedua-dua bidang ini tidak pernah luntur tetapi aku sedar apa yang menjadi keperluan utamaku ketika ini. Sempat juga aku buat tempat teduhan pokok-pokok bungaku yang terlalu terdedah dengan sinar matahari ataupun limpahan hujan yang keterlaluan.
Mujur rumah abang yang sulong agak dekat maka dapatlah aku 'cantumkan' jaring diantara rumahnya dengan rumahku.('of cos dengan izin ya!)Dah macam mini 'nursery' lah pulak...kikiki. Sesiapa yang tak ada kemahiran atau tak dapat nak tempah rumah orkid bolehlah guna cara ini ya tapi jangan lekat pada rumah jiran pula takut jadi gaduh...dirikan tiang atau apa-apa yang sesuai.
Mujur rumah abang yang sulong agak dekat maka dapatlah aku 'cantumkan' jaring diantara rumahnya dengan rumahku.('of cos dengan izin ya!)Dah macam mini 'nursery' lah pulak...kikiki. Sesiapa yang tak ada kemahiran atau tak dapat nak tempah rumah orkid bolehlah guna cara ini ya tapi jangan lekat pada rumah jiran pula takut jadi gaduh...dirikan tiang atau apa-apa yang sesuai.
Berbalik kepada tumbuhan hiasan di tempat redup sebenarnya aku ingin menanam pokok di dalam bilik air. Walaupun bilik air ku mempunyai tingkap namun ia sangat kurang cahaya matahari. Bosan pula melihat suasana bilik air yang suram. Mujur di laman teratak molekku terdapat beberapa pilihan tanaman yang sesuai. Tumbuhan seperti sireh puteri dan spesis paku pakis adalah antara tumbuh-tumbuhan yang menjadi pilihan untuk tanaman di tempat redup. Emmm, nak lagi jimat gunakan saja botol mineral terpakai untuk menempatkan tanaman tersebut!
19.09.2014
*pokok pertama yang berjaya dijual melalui kenalan di fb, rm5 sahaja...
Spesis orkid mini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan