Bila minda sarat pelbagai kisah mulalah melakar kisah lalu...pasti hanya Dia dan 'mereka' yang terlibat memahaminya namun bingkisan ini sekadar menterjemahkan tentang betapa minda adakalanya mempunyai kekuatan yang tidak terdaya untuk kita fahami malah kekuatan itu akan melemahkan sekiranya tiada redha di dalam hati kita terhadap ketentuanNya.
Kenangan adalah sebuah memori yang melekat dalam diri adakalanya ia beri senyuman ada waktu sebaliknya... yang pasti kita tak boleh lari dari diri kita. Kenangan boleh ditinggalkan tapi ada kenangan yang tak boleh dilupakan...dan aku kembali memetik kata-kata hikmah dari buku La Tahzan untuk memotivasikan diri....'kenangan adalah sesuatu yang terjauh, manfaatkan waktu saat kita mengharunginya....'
Minggu ini aku diberi rezeki olehNya 'terhubung/terserempak' dengan 2 orang sahabat lama dalam 2 era yang berbeza, dan 2 cara yang berbeza...
Rumah saemah... (sek.rendah) |
seorang dari era zaman sekolah rendah secara 'langsung' di sebuah stesen minyak dan seorang lagi secara maya (fb mesengger) merupakan sahabat dari era ' remaja&kesukananku. Kedua- dua insan ini 'agak istimewa' dari sudut sejarah lampauku sendiri. Namun sahabat dari era kesukananku telah 'membuatkan' lakaran mula menari-nari di minda mungkin kerana ada bicara maya tercetus di antara kami...
Terlalu banyak yang terbuku dan kerinduan seorang sahabat mula terjemah dalam bentuk ingatan yang sedia tersimpan.
Ya, memang aku teringin bersama bagai suatu ketika dulu,ingin memberi penjelasan tentang banyak perkara yang berlaku dan tidak terluah dek ketidakmatangan dan cara pemikiran mentah ketika di alam remaja. Kita semua bagai terperangkap dengan suasana dan harapan yang sepatutnya menguatkan kita bukan sebaliknya.
....Keinginan itu tersimpan di dalam hati kerana tanggungjawab dan peranan hidup tidak seperti dulu, namun bukan bermakna menghindarkan diri mahupun menyendiri, semuanya telah berlalu dan ditakdirkan...semoga kita akan saling maaf dan memaafkan di dalam doa dan ingatan kita.
Sesekali kesedihan menyapa melihat sebahagian perjalanan yang tidak seindah yang diimpikan,kewujudan yang seolah-olah lenyap...ia adalah sebuah perjuangan yang berakhir dengan sepi sekali, namun inilah dunia...tempat kita diduga dan belajar melalui perkara-perkara yang kita lalui.

setiap dari kita telah menggunakan cara dan laluan yang berbeza...andai kemudahan kita pada sesuatu menyenangkan keputusan atau cara, kita tidak boleh menyamakan kemudahan tersebut dengan insan lain.
...yang pastinya dekat di sudut hati aku akan sentiasa doakan kebahagiaan kalian dunia dan akhirat. Insya'Allah tiada terputus hubungan walau sekadar di alam maya atau melalui medium teknologi dengan niat bertemu dan berpisah kerana Allah S.W.T.
...sekurangnya ada senyuman di akhir kenangan....
#lakaran kenangan suka duka 1998, 5 bulan di mortdale, Australia (skuad Jaya98-#4womenIcry)
#semogakalianbahagiaduniadan akhirat
#salampenuhkasihsayang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan