Salam semua....
Sudah lama saya ingin membuat bebola ayam sendiri. Lebih-lebih lagi untuk dimasukkan ke dalam hidangan sup mahupun pasta. Membuat sendiri bebola ayam@daging akan menjadikan masakkan kita lebih 'ori' dan sihat. Kalau nak jimat masa bolehlah buat banyak-banyak sebagai stok di peti sejuk beku.
Asasnya kalau nak buat cuma perlu ada
-isi ayam yang dicincang halus
-1 sudu besar tepung jagung untuk 2@3 isi dada ayam.
Garam secukupnya.
-isi ayam yang dicincang halus
-1 sudu besar tepung jagung untuk 2@3 isi dada ayam.
Garam secukupnya.
Selain itu...
Sebiji bawang holand(sederhana besar) dipotong dadu kecil@cincang
Lada hitam secukup rasa
2 biji bawang putih ditumbuk halus
1/5 capsicum dipotong dadu@cincang (kecil)
Serbuk mix herbs
Sebiji bawang holand(sederhana besar) dipotong dadu kecil@cincang
Lada hitam secukup rasa
2 biji bawang putih ditumbuk halus
1/5 capsicum dipotong dadu@cincang (kecil)
Serbuk mix herbs
Bahan-bahan tersebut dicampurkan sebati dan dibentuk bulat. (Basahkan tangan untuk memudahkan proses ini).
Bila dah 'dibebolakan' bolehlah rebus ke dalam air yang mendidih sehingga empuk, tos dan Siap!
Lain-lain tips berkaitan:
#bebola ayam akan empuk sepenuhnya apabila ia mulai timbul, jika ragu-ragu bolehlah cuba ambil satu dan belah 2, merebus terlalu lama akan menyebabkan bebola tersebut hancur...tempoh masa empuk bergantung kepada saiz berbola yang kita hasilkan, makin kecil semakin cepat ia timbul.
#Kalau nak lebih 'kaw' lagi bolehlah diperisakan campuran isi ayam tersebut sebelum 'membolakannya' dengan lain-lain bahan iaitu serbuk lada hitam@lada putih, bawang holand@bawang besar kuning(rasanya lebih ringan daripada bawang merah), capsicum,cili, lobak dan daun selasih,daun sup,daun ketumbar ataupun 'mix dry herbs'(sedia di pasaran)serta bermacam-macam lagi mengikut selera masing-masing.
#bebola ayam yang disimpan di dalam peti beku hendaklah dibiarkan pada suhu bilik terlebih dahulu sebelum dimasak@digunakan.
#simpan lebihan stok/rebusan air bebola ayam tadi untuk kegunaan lain-lain masakkan (sebagai contoh sup,pasta,nasi ayam, sayur bening dan tambahan pelbagai masakkan lain).
Berikut adalah antara masakkanku yang pernah dan sempat aku 'rakamkan' dalam memvariasikan hidangan bebola ayam tadi:
grill |
sup : gunakan air stok/rebusan berbola, 1.didihkan 2.tutup api , 3. masukkan sayur dan bebola ayam(yang telah tersedia rebus) sehingga sayur empuk sendiri agar tidak hilang zat. 4, tambahkan daun sup dan garam secukup rasa. |
Bebola ayam tomato : kuah speggeti/rujuk entri resepi speggetti saya sebelum ini. |
speggetti : gaulkan bersama minyak zaitun |
Hidangan berbeku@BBQ : selang-selikan bersama bawang holand@kuning dan capsicum Pelbagai masakkan lain dari bebola ayam ini akan saya kongsikan lagi di masa-masa yang akan datang di entri ini jika berkesempatan :
23 Disember 2014
Tumis bersama bawang putih yang ditumbuk halus dan sesudu besar butter (4 biji bebola turut dihancurkan bagi tujuan 'kriuk-kriuk').
Tambahkan bebola butter di dalam hidangan pasta
Atau juga...
Bebola ayam bersama keju dan sos pasta
Nasi goreng bebola ayam
Sup ayam : resepi boleh rujuk pada entri 'sup masam, masin, pedas'.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan