Musim hujan ni saya masih seronok membelek taman. Apabila bertugas petang dapatlah kukerjakan rumpai yang bermaharajalela di dalam pasu bungaku mahupun sekitar laman. Cepat betul rumpai naik, segar dek hujan.
Orkid mini : masih boleh diselamatkan...
Walaupun tak dapat berada lama di laman ia cukup memuaskan hati. Mulalah mengangkat pasu berbunga yang tewas dek hujan, ada yang lencun, membusuk dan rosak.
Ros jepun
...sebahagian rj dan orkid mini ku lencun termasuk dengan aku sekali. Mana- mana pokok yang lasak ku biarkan di tempat asal. Tempat teduhan yang pernah ku usahakan sebelum ini ternyata banyak membantu melindungi bunga-bunga yang baru berputik.
Teduhan D.I.Y
Sudah lebih seminggu anugerah hujan ini menyebabkan aku tidak perlu membuat siraman kecuali berterusan menadah tempayan air hujan untuk kegunaan membasuh lantai anjung. Aku percaya pencinta bunga masing-masing pernah melakukan apa yang aku lakukan, memindah dan mencari lokasi baru yang sesuai tatkala hujan merosakkan sebahagian bunga kesayangan sehingga 'menangkap' pinggang. Kalau pinggang tu ada suara dah menjerit dia, otak dah beritahu sakit tetapi telinga pulak buat-buat tak dengar! Hehe...Segan juga bila ada jiran yang memandang...
Melihat bunga rj@ros jepun mula berkembangan buat hati berseri, walaupun hujan mempercepatkan keindahan bunga yang berkembang dan jalan mula berlopak disebabkan kenderaan yang lalu-lalang sehingga mencacatkan permandangan serta mengundang takungan air; namun aku amat bersyukur kepadaNya kerana 'tempias' alam yang kuterima tidak sehebat dugaan warga lain di bahagian timur tanahair.
Tatkala hujan lebat kawasan ini menjadi 'kolam'.
Insaf berbaur sedih melihat viral di laman web/fb berkaitan banjir besar yang berlaku di sana sehingga air melewati bumbung rumah! Pasti banyak harta benda yang musnah dan tidak terkecuali mata pencarian dan pekerjaan turut terjejas. Anggota keselamatan pula mengalami kesukaran untuk menyalurkan bantuan. Mereka turut merisikokan keselamatan sendiri demi membantu insan lain.
Saya harap di masa-masa akan datang akan diperhebatkan dan ditempatkan skuad khas yang lengkap dengan bot dan sebagainya bagi persediaan banjir besar kerana kekerapan yang berlaku saban tahun.
....doakan mereka semua tabah dan dipermudahkan urusan serta dilindungi dari marabahaya...
ilustrasi pusat bantuan bencana alam yang dilengkapi anggota peyelamat dan keperluan asas. |
Saya harap di masa-masa akan datang akan diperhebatkan dan ditempatkan skuad khas yang lengkap dengan bot dan sebagainya bagi persediaan banjir besar kerana kekerapan yang berlaku saban tahun.
....doakan mereka semua tabah dan dipermudahkan urusan serta dilindungi dari marabahaya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan