Iberet
Pengambilan asid folik dan zat besi masih digalakkan pada fasa ini biarpun kepentingannya lebih terarah ketika sebelum/merancang kehamilan dan memasuki trismeter ke 2. Aku langsung tak mampu nak telan sebarang asid folik dan pil zat besi yang diberikan kerana alahan kehamilan. Doktor mengesyorkan pil farmasi Iberet. Ianya berjaya kuamalkan selama 2-3 bulan...namun bila dah masuk usia kandungan 8 bulan ni, ia mula rasa kembang di tekak, perut memulas-mulas nak muntah. Untuk elakkan kekurangan zat aku mengambil langkah mencari sumber semulajadi daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan buah delima. Ternyata pengambilan buah delima meningkatkan bacaan HB walaupun Iberet sudah tak mampu ku amalkan secara konsistan. Aku suka delima yang warna merah berbanding pink sebab ianya lebih manis dan bijinya mudah dikunyah.
UjianNya...
Kurang sebulan 'due date', kami diuji dengan kesihatan suami. Suami terpaksa menjalani pembedahan kecil di kepala akibat sejenis bisul. 3 hari suami di wad...3 hari juga aku berulang-alik hospital. Saat mencabar adalah ketika mendapatkan parkir dan memandu dalam keadaan perut 'mengeras'. Segelintir kawan-kawanku bimbangkan keadaan aku yang sarat namun aku gagahkan diri. Aku pujuk 'baby' agar kuat dan bersabar...'kita mesti jaga papa dulu...'Walaupun kepenatan dan bisa seluruh sendi aku bahagia dapat berada disamping suami. Ketika zaman 'cinta monyet' Aku pernah berkata bahawa aku tidak mahu terlalu menyanyangi seseorang kerana kekecewaan dan 'kehilangan' itu terlalu menyakitkan untuk ditanggung...aku rasa serik, namun setelah Allah menitipkan dia sebagai Jodohku aku takut aku akan kerugian...kerugian kerana tidak cukup untuk menyanyanginya selagi hayatku dikandung badan. Keadaan ini membuatkan aku semakin menghargai kehadirannya dalam hidupku. Walaupun ada waktu sukar dan senang...suka dan duka, sakit dan menyakiti...kami tidak sempurna namun ia sudah cukup buat aku menjawab alasan untuk terus setia disampingnya kerana Dia.
Ya Allah empunya hati ...janganlah Kau balikkan hati kami kearah kehancuran, sesungguhnya Kau pemberi Rahmat...Ya Fatah...bukakanlah hati kami agar sentiasa dekat padaMu'.
dia separuh jiwaku...
Aku sering berdikari tetapi apabila ketiadaan suami aku dapat merasakan 'sisi' berdikariku hanya separuh dari jiwaku. Adakalanya kami macam 'belangkas' kerana suami agak 'mengongkong' sedikit dan apabila aku pulang ke rumah tanpanya ada kesepian di situ. Apabila aku melihat luka pada rawatan suami tiada lain yang kuharapkan selain kesembuhan dariNya. Agak dalam isi kulit kepala yang terpaksa dikorek oleh doktor. Ketika pembedahan dijalankan tiba-tiba nama suamiku diumumkan. Aku perlu membuat satu keputusan dan memberi persetujuan tentang keadaan suami.Menurut doktor ianya bukan bisul biasa kerana tisu-tisu disekitarnya telah rosak dan perlu dibuang. Dan prosedur itu perlu mendapat persetujuan waris. Mujur Allah gerakkan hati aku untuk terus menunggu sepanjang 3 jam pembedahan berlangsung sedangkan jururawat pelatih mengesyorkan aku berehat di katil suami kerana kehamilanku jika tidak siapa pula nak tandatangan persetujuan keizinan tersebut.
Doa rakan-rakan
Kebetulan pembedahan suami berlangsung pada hari Jumaat dan semasa majlis bacaan yasin mingguan di tempat kerja, mereka turut menyelitkan doa selamat untuk pembedahan suami. Hati rasa terharu dengan ingatan mereka. Hanya doa yang mampu kubalas untuk kebaikkan mereka, semoga memperolehi keberkatan dan sentiasa dilindungiNya.
Rawatan susulan
Setelah pembedahan suami perlu mencuci lukanya setiap hari bagi mengelakkan kerosakkan tisu dan membersihkan nanah. Aku sedar kesakitan yang perlu ditanggungnya. Doktor pakar memberikan cuti sakit selama 2 minggu sebelum temujanji seterusnya. Hanya isgtirfar dan doa dapatku pautkan di dalam hati. Aku harus kuat bagi memberi motivasi padanya.
KK pandamaran : tutup Ahad
Cucian luka pertama dilakukan di HTAR dan setelah keluar wad doktor sarankan agar cucian dilakukan di klinik kesihatan kerana beranggapan kelengkapan ujian cucian di Klinik 1 Malaysia kurang lengkap. Kami tiba seawal 8 pagi di klinik Pandamaran. Rupanya hari Ahad Klinik Pandamaran tidak beroperasi maka kami ke Klinik Botanik. Baru aku teringat adik ada membawa anaknya untuk ujian darah di Klinik Botanik pada hari minggu. Kami orang ke 3 tiba di Klinik Botanik. Pesakit dari Meru juga turut ke situ. Ketika melakukan cucian luka, jururawat bertugas memaklumkan rawatan mencuci luka pada hari biasa bermula jam 10pagi di Pandamaran. Terima kasih atas makluman tu. Tidaklah kami terkejar-kejar nanti.
Keesokkan harinya kami mendapatkan rawatan di Klinik Pandamaran(ikut ic). Setelah membuat rawatan di situ jururawat tersebut mensarankan pula agar membuat cucian di Klinik 1 Malaysia...mmm macam kena tolak sana sini kan....tapi kami tak kisah sebab klinik 1 Malaysia tu lebih hampir dengan rumah kami. Pertama kali terjumpa Klinik 1 Malaysia nie beberapa bulan lalu masa sesat cari Klinik Desa setempat, tak perlulah kami tercari-cari lagi lokasi tersebut. Ada hikmah disebalik 'sesat' tu...syukur sangat!
krim yang disyorkan jururawat untuk membantu pertumbuhan isi dan tisu dalaman. |
Seterusnya dan kini ...suami menjalani cucian susulan di Klinik 1 Malaysia berhampiran. Jururawat melihat luka suami yang agak dalam sambil berpendapat bahawa cucian lebih baik dilakukan di Klinik Kesihatan (KK Pandamaran) tetapi apabila melihat pada cucian dan ubatan yang digunakan sebelum ini di Pandamaran, jururawat mendapati ianya sama sahaja dengan apa yang digunakan di Klinik satu Malaysia. Maka beliaupun tak kisah jika rawatan diteruskan di situ sambil mengesyorkan krim farmasi yang juga pernah dinyatakan oleh jururawat di KK Pandamaran sebelum ini untuk membantu penyembuhan yang lebih efektif. Jururawat tersebut ringan mulut dan pandai berseloroh, balutan juga agak kemas. Encik suamipun tak begitu 'menderita' nak tahan sakit walaupun bisa masih terasa.
Berpantang
Nampaknya sebelum aku berpantang, suami yang perlu 'berpantang' terlebih dahulu. Makanan perlu dijaga agar luka dari pembedahan tersebut segera pulih. Setiap kali terjaga dari tidur aku akan memeriksa balutan kepala suami bimbang jika ia terbuka atau terdedah ketika tidak sedar. Doktor maklum pertumbuhan isi akan memakan masa.
Suami meneruskan pengambilan pati ikan haruan yang sebelum ini disumbangkan oleh kakak untuk membantu proses penyembuhan, Insya'Allah. |
2 minggu pertama ini setiap hari luka perlu dicuci di klinik kesihatan sebelum kembali berjumpa doktor pakar. Melihat pada keadaan luka suami, ada perkembangan positif terutamanya setelah menggunakan krim duoderm hydroactive tersebut. Aku pesan pada suami, 'walaupun aku diwadkan jika bersalin nanti... tolong jangan tinggal jadual cuci luka demi kebaikkan kita bersama. Susah senang kita harus menghadapi dan menanganinya. Selagi mampu kita buat bersama tanpa menyusahkan orang lain. Insya'Allah dipermudahkanNya.
'Tribute' buat suami....
Hampir 12 hari luka suami masih tidak sembuh sepenuhnya. Namun tisu-tisu lembut mulai tumbuh. Peluh di kepala menyebabkan ketidakselesaan. Adakalanya aku akan menukar lilitan kepala dengan kain lampin kering kerana bimbang kelembapan akan menyebabkan bakteria yang seantero dengannya. Kepala juga perlu dicuci sekali-sekala dengan berhati-hati kerana adakalanya mula rasa gatal kerana kehadiran kelumumur.Walaupun dalam ketidakselesaan, sebagaimana kasih suami pada ibunya...begitu jugalah sifat ambil beratnya terhadap aku dan kandunganku. Dalam diam suami akan berkemas untuk persiapan bayi dan kehadiran 'mak bidan'. Adakalanya aku geram sebab suami melakukan kerja-kerja tersebut kerana jika beliau berpeluh pasti luka pembedahan itu akan terkesan.
Si lola (brutal tetapi banyak berjasa)
Kesan dari kecederaan lutut (acl recon dan patella injury)
Saat menunggu penghujung hari (due date) keradangan tumit kiri dan kanan semakin ketara kesan dari kecederaan/pembedahan lututku beberapa tahun lalu. Ianya amat menyakitkan ketika cuba berjalan setelah bangun pagi dan di sebelah malam. Lutut semakin menanggung beban kerana pergerakkan yang tidak sempurna adakalanya menyebabkan betis tegang. Mujur aku tidak mengalami bengkak kaki akibat pembawaan kehamilan jika tidak pasti pergerakkan akan bertambah sukar.Ketika ini yang terbaik dapat kulakukan adalah senaman renggangan. Penggunaan 'acuan' kaki yang pernah kuperolehi dari HTAR nampaknya tidak banyak membantu. Hanya isgtirfar yang mampu kulafazkan. Semoga kesakitan ini menjadi penghapus dosa...
Pergerakkan bayi...
Bayi nampaknya agak aktif dan rajin memberi 'response' terhadap sentuhan. Adakala papanya 'mengusap' dan bermain-main denganya. Pergerakkan bayi agak ketara seolah-olah turut berkomunikasi dengan kami. Bayi juga seolah-olah mengerti situasi kami dan tidak 'nakal' di dalam kandungan.
Minggu depan temujanji klinik desa semakin kerap...daripada 2 minggu sekali kepada seminggu sekali. Jika tiba 'due date' dan masih tiada tanda-tanda bersalin aku diminta untuk melaporkan diri ke hospital.
Minggu ini juga aku perlu scan kandungan. Alhamdullillah dari pemeriksaan klinik desa kepala bayi berada di posisi yang sepatutnya. Apapun scan perlu dibuat untuk memastikan kedudukkan yang lebih jelas selain rujukkan untuk doktor. Jururawat di klinik desa juga mengingatkan tentang tanda-tanda kelahiran serta kepentingan untuk bersalin di hospital.
Sokongan rakan-rakan,saudara mara, adik dan kakak.
Alhamdullillah rakan-rakan sekerja terutamanya yang telah berpengalaman tidak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman malah tanpa jemu memberi jawapan terhadap persoalan yang terpancul dariku. Ada di antara mereka juga yang mengajar cara senaman ibu hamil dan kedudukkan ketika bersalin. Pelbagai petua dan kaedah yang turut dikongsi. Saudara (makcik & pakcik) baik dari sebelah ibuku mahupun mertuaku turut memberi sokongan dan 'khidmat nasihat' selain doa dan pengharapan.
Adik beradik perempuanku yang terlebih dahulu bergelar ibu turut menjadi rujukkan berharga buatku selain pelbagai info dari pembacaan. Hanya Allah yang dapat membalasnya semoga segala urusan kalian dipermudahkanNya .
Hikmah disebaliknya...
Apapun aku bersyukur di atas segala ujian ini dan percaya hikmah disebalik semua ini. Kita hanya mampu merancang Allah juga yang menentukan. Ia memberi kelegaan kepada kami kerana persediaan awal juga dilakukan dan kesannya jika berlaku sesuatu tidaklah terlalu menjadi kebimbangan. Iaitu persedian barangan bakal ibu & bayi, persediaan tempahan mak bidan...persediaan susun atur rumah & bilik, kewangan sebelum dan selepas berpantang (bayaran asuhan ketika mulai bekerja huhuhu)...segalanya perlu dilakukan peringkat demi peringkat tanpa pengabaian. Sebagai contoh apabila aku merancang dan menempah 'confinement lady'...ada 'suara' yang menyatakan ia satu pembaziran kerana dilihat bayaranya tidak 'setimpal'...aku sedar siapa diriku, hanya orang biasa berpendapatan biasa-biasa. Pendapat mereka ada benarnya; "lebih baik panggil bidan kampung, jimat. Suamikan ada boleh ambil & hantar". Namun begitu syukur Allah berikan aku tekad untuk terus menempah perkhidmatan 'confinement lady'...Allah berikan aku rezeki untuk 'menabung'...kerana di saat sebegini kami memang memerlukan pembantu bukan sekadar penyokong. Kehadiran anak pertama bukanlah sesuatu yang menjadi kebiasaan bagi kami. Walaupun terpaksa berkorban ringgit ia adalah yang terbaik dapat dilakukan. Adakalanya aku rasa macam nak berhenti kerja untuk memberi tumpuan penuh pada keluarga, aku tidak mengharapkan sebarang bentuk kemewahan tetapi cukup dengan seorang suami yang bertanggungjawab. Tetapi keadaan meterial tidak mengizinkan,buat ketika ini aku harus bekerja demi menyokong pendapatan dan komitmen lain...Baby menunggu izinNya pada bila-bila masa dari sekarang untuk celik di dunia yang penuh dugaan ini...Ya Muhaimin ya Allah...semoga kita sentiasa di dalam perlindunganNya.
Mak bidan :
Kebetulan bidan kampung(cik Biah) yang mahu kutempah untuk berpantang sebelum ini juga mempunyai anak yang sedang menunggu hari. Itulah sebabnya aku tekad menempah 'confiment lady' dari Natalis Beauty sejak usia kandungan memasuki 6 bulan. Walaupun hanya mampu membayar untuk 2 minggu sekurang-kurangnya ada pakej lengkap jagaan bayi, urutan, bertunku...dan urusan masak makan minum berpantang. Kebetulan suami juga perlu 'menjaga' dirinya kerana masih dalam rawatan. Sambil itu, aku akan menmanfaatkan waktu tersebut untuk belajar melalui penglihatan bagi mengharungi saki baki hari dalam berpantang. Insya'Allah jika tiada aral, khidmat cik Biah akan kugunakan untuk penutup pantang nanti.
Rezeki dariNya
'Istiqomah dalam ibadah sedekah walaupun seringgit sehari/seminggu/sebulan... dan yakin Allah akan membalasnya bekali-kali ganda dalam pelbagai bentuk rezeki...'
'Kehadiran bayi membawa rezeki yang dititipkanNya maka usahlah kita bimbang akan menjadi 'papa@miskin' kerananya.'
*sumber intipati ceramah yang pernah diikuti....
Terima kasih Yakeb!
Bulan ini aku mendapat berita dari YAKEB bahawa cek bernilai rm500.00 ringgit akan dimasukkan dalam akaunku (sumbangan insuran kelompok Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan kerana pernah diwadkan tahun ini).Walaupun tuntutan agak lambat namun syukur sekali lagi kehadratNya, urusan dengan Yakeb pula agak ringkas; hanya perlu menyerahkan@pos surat/sebarang dokumen berkaitan yang membuktikan pemohon diwadkan dan segalanya diuruskan. Terima kasih kerana urusan yang mudah dan praktikal! Mungkin bagi sesetengah orang jumlah rm500 tidak sebesar mana tetapi ia tetap bermakna bagi kami. Dapatlah wang digunakan untuk menampung keperluan & kekurangan yang lain.
Kepada Dia kita pasti akan kembali...
Aku merancang untuk mendapatkan khidmat bidan cik Biah yang biasa mengurut badanku untuk penutup pantang....namun Allah lebih sayangkan anak mak bidan tersebut...seorang ibu muda berusia dalam pertengahan 30an yang berjuang untuk anak ke4nya. Arwah dijemputNya setelah mengalami pendarahan pada usia kandungan 8 bulan manakala bidan kampung tersebut perlu ke luar daerah bagi menjaga cucunya selama 2 bulan. Semoga Allah memcucuri rahmatNya ke atas roh arwah dan dan dikurniakan syahid akhirat. Semoga Allah juga memberi ketabahan kepada keluarganya....
Perkongsian entri kali ini moga memberi manfaat kepada bakal ibu bapa. Buatlah persediaan dalam apa jua situasi agar kita lebih bersedia menerima sebarang kemungkinan yang lain. Jangan tunggu di saat-saat akhir terutamanya ketika nak menyambut 'insan baru' dalam hidup kita. Waktu berlalu pantas tanpa kita sedari Kita hanya merancang Allah juga yang menentukan. Perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita, maka syukuri nikmatNya dan belajar untuk menerima keadaan yang ditentukanNya kerana segala yang berlaku ada hikmahNya. HikmahNya mungkin bukan pada masa yang terdekat tetapi dikemudian hari.