Ahad, 28 Disember 2014

Kucing tak lalu makan...




Lulu telah bersama kami genap setahun November lalu. Selsema lulu masih ada, namun percubaanku menggunakan makanan tambahan Transfer Factor menunjukkan kesan positif. Mungkin kerana selsema dan beberapa siri keuzuran Lulu sejak dia dijumpai menyebabkan proses penyembuhannya agak perlahan.

Kami hampir kehilangan Lulu beberapa ketika yang lalu apabila Lulu tiba-tiba tenat dan kehilangan selera makan. 2 hari lulu tidak mempedulikan makanan mahupun minuman dan lebih menyendiri. Si lala pula seakan memahami dan menjilat-jilat lulu dengan kasih sayang.

Najis lulu juga tidak kelihatan normal dan perutnya yang kempis mulai mengeras. Rawatan vet tidak mampu kuteruskan dan aku juga bimbang keadaan Lulu yang lemah tidak dapat menerima sebarang suntikkan. Ada pula doktor vet yg sarankan....pts...tidak!!! Apa yang kami mampu lakukan adalah memberi lulu kasih & sayang. Walaupun begitu,  aku tidak mahu berserah sahaja. Jika lulu tidak makan keadaannya pasti bertambah teruk.

Rebus isi tongkol

Aku bimbang jika memandai-mandai buat rawatan sendiri keadaan   lulu akan semakin parah.Tapi bila dah disarankan sesuatu yg tak mungkin kulakukan terpaksalah aku guna cara lain.Aku tidak berani memberi sembarangan ubat pada lulu...

Yang pastinya,buat ketika ini aku tak mahu lulu mati sebab turut kelaparan dek seleranya 'tela mati' terlebih dahulu.Aku merebus isi tongkol (kosong tanpa sebarang perisa) dan airnya kuberikan perlahan-lahan ke dalam mulut lulu sedikit demi sedikit menggunakan picagari tak berjarum yang kuperolehi dari 'vet gomen', Kampung Raja Uda . Aku juga menghancur lumatkan isi ikan untuk disuap kepada lulu bersama air.(dengan benda yg berbentuk macam picagari tu...tapi tanpa jarum)

Proses ini kulakukan lebih seminggu sebelum dan selepas pulang dari kerja.

Positif

Alhamdullillah setelah 10 hari lulu kembali aktif biarpun masih selsema. Lulu juga  bermanja dengan kami seperti kebiasaannya dan mulai menjamah sendiri makanannya.

...sekadar ingatan buat ku dan semua, usahlah berputus-asa Insya'Allah dengan izinNya akan ada kesembuhan beserta doa dan usaha...jika tidakpun sekurang-kurangnya kita dapat memberikan kasih sayang kita sehingga di pengakhiran hayat mereka.....



Sabtu, 27 Disember 2014

Kucing betina: Lola, lulu & lala

3 ekor kucing betina yang telah menjadi sebahagian dari hidupku. Adakalanya rasa sedih kerana 'jantina' mereka mudah disisihkan dan ditinggalkan dijalanan...aku tekad tidak akan membuang mereka biarpun terpaksa meng'kasi' kan mereka. Memang banyak pendapat dan pandangan masyarakat tentang tindakkan ini, namun sebagai insan yang sangat sederhana pengetahuan agama, aku merujuk kepada fatwa kebangsaan yang telah dikeluarkan dan tidak mahu mempertikaikan apa-apa jua yang berkaitan dengannya kerana aku percaya ia adalah yang terbaik.
Untuk meng'kasi' haiwan, kita perlu memastikan suntikkan vaksin diambil terlebih dahulu mengikut jadual yang disarankan. Haiwan juga perlu sihat dan bebas penyakit. Kos kucing betina mahal sedikit berbanding kucing jantan...dan perhatian harus diberikan selepas pembedahan dijalankan agar proses penyembuhan sempurna.
Malang buat lulu yang tegar selsema masih tidak dapat ku vaksinkan setakat ini. Insya'Allah kalau ada rezeki lebih 'mama' akan dapatkan makanan tambahan 'tranfer factor' yang diwar-warkan sangat berkesan untuk meningkatkan  sistem imun haiwan mahupun manusia. Aku telah mencuba set percubaan (oder on9 dari fb wan norhasniza) sebelum ini dan ia menunjukkan hasil yang positif biarpun lulu tidak sembuh sepenuhnya.



Lebih setahun lola masih tidak dapat menerima kehadiran lulu&lala,namun ia bukan alasan untuk aku 'membuang @memilih diantara mereka. Mereka kami jaga berasingan...ilustrasi ini menyatukan mereka di dalam satu lukisan.

Jumaat, 26 Disember 2014

Handphone Subang




Cuti am hari ini tak dapat nak belek pokok sebab menemani abe membeli telifon bimbit di Subang Jaya Seksyen 15, 4B.

Selepas tengahari kawasan ini semakin sibuk biarpun cuti am sempena krismas.

Premis-premis di sini semakin terkenal dengan telefon bimbit yang dikatakan lebih murah berbanding dengan pasaran biasa, malah baru tadi aku mendapatkan casing note 2 berharga rm4.90 di sebuah premis casing. Sayang sekali design casing yang cantik-cantik untuk GNote hanya pada GNote 3 ke atas. Tidak mengapalah, kalau casing yang aku beli ini sekitar Klang@Shah Alam harganya mencecah rm30.



Kami ke premis Xperia kerana cik abe mahu mendapatkan handphone Sony. Tak sangka rupa-rupanya kena naik 'first floor'. Lututku yang sengal ini tiba-tiba rasa 'kuat' sebab tengok cik abe yang exited & bersemangat. Selain Sony pelbagai jenama telipon boleh didapati di sini. Sekarang dah hampir 1jam,  cik abe  'tetiba' jadi 'tabah' dalam penantian! Heheh.

Berbaris U


Dipendekkan cerita, beza harga untuk telefon bimbit Sony T2 yang telah di'survey' sebelum ini adalah RM150 hingga RM200...siap F.O.C power bank, aku sendiri 'terjebak untuk membeli power bank berjenama Loca/6600 dengan nilai RM50..lebihan RM tu dapatlah digunakan untuk membeli aksesori lain iaitu 'casing'  dan sebagainya yang berkaitan.

pelanggan datang & pergi....


Kepada sesiapa yang berminat datang ketika cuti dinasihatkan datang awal@ambil cuti masa bekerja lebih praktikal kalau tidak kenalah jadi 'tabah' ketika beratur ye!





*yang bagusnya premis ini turut menyediakan kemudahan tandas, maka penantian tidaklah begitu menyiksakan! 







Rabu, 24 Disember 2014

Rj dan orkid mini lencun dek hujan

Musim hujan ni saya masih seronok membelek taman. Apabila bertugas petang dapatlah kukerjakan rumpai yang bermaharajalela di dalam pasu bungaku mahupun sekitar laman. Cepat betul rumpai naik, segar dek hujan. 

Orkid mini : masih boleh diselamatkan...

Walaupun tak dapat berada lama di laman ia cukup memuaskan hati. Mulalah mengangkat pasu berbunga yang tewas dek hujan, ada yang lencun, membusuk dan rosak.

Ros jepun

...sebahagian rj dan orkid mini ku lencun termasuk dengan aku sekali. Mana- mana pokok yang lasak ku biarkan di tempat asal. Tempat teduhan yang pernah ku usahakan sebelum ini ternyata banyak membantu melindungi bunga-bunga yang baru berputik.

Teduhan D.I.Y

Sudah lebih seminggu anugerah hujan ini menyebabkan aku tidak perlu membuat siraman kecuali berterusan menadah tempayan air hujan  untuk kegunaan membasuh lantai anjung. Aku percaya pencinta bunga masing-masing pernah melakukan apa yang aku lakukan, memindah dan mencari lokasi baru yang sesuai tatkala hujan merosakkan sebahagian bunga kesayangan sehingga 'menangkap' pinggang. Kalau pinggang tu ada suara dah menjerit dia, otak dah beritahu sakit tetapi telinga pulak buat-buat tak dengar! Hehe...Segan juga bila ada jiran yang memandang...



Melihat bunga rj@ros jepun mula berkembangan buat hati berseri, walaupun hujan mempercepatkan keindahan bunga yang berkembang dan jalan mula berlopak disebabkan kenderaan yang lalu-lalang sehingga mencacatkan permandangan serta mengundang takungan air; namun aku amat bersyukur kepadaNya kerana 'tempias' alam yang kuterima tidak sehebat dugaan warga lain di bahagian timur tanahair.


Tatkala hujan lebat kawasan ini menjadi 'kolam'.



Insaf berbaur sedih melihat viral di laman web/fb berkaitan banjir besar yang berlaku di sana sehingga air melewati bumbung rumah! Pasti banyak harta benda yang musnah dan tidak terkecuali mata pencarian dan pekerjaan turut terjejas. Anggota keselamatan pula mengalami kesukaran untuk menyalurkan bantuan. Mereka turut merisikokan keselamatan sendiri demi membantu insan lain.

ilustrasi pusat bantuan bencana alam yang dilengkapi anggota peyelamat dan keperluan asas. 


Saya harap di masa-masa akan datang akan diperhebatkan dan ditempatkan skuad khas yang lengkap dengan bot dan sebagainya bagi persediaan banjir besar kerana kekerapan yang berlaku saban tahun.

....doakan mereka semua tabah dan dipermudahkan urusan serta dilindungi dari marabahaya...

Isnin, 22 Disember 2014

Setengah bawang jadi 3 ulas

Tanam sekerat bawang dapat 3 ulas. Rezeki dariNya pasti berlipat ganda jika diusahakan.


Semai bawang ni nampak remeh tetapi ada waktu yang tidak tak disangka stok bawang kehabisan, bila jenguk di laman ada tanam bawang rasa lega yang amat!

Bawang sekadar keperluan dapur tak perlu skala tanah yang luas, kita boleh tumpangkan ia di pasu-pasu bunga juga.


Biasanya saya tanam sebiji terus ke tanah dan Insya'Allah ia akan bercambah.


        Sekerat bawang bercambah tiga....

Secara kebetulan aku potong kepada 2 bahagian bawang kerana ingin menggunakan sebahagian sahaja manakala sebahagiannya ku biarkan di atas para. Setelah beberapa hari aku dapati ia bercambah 3. Mmmm cara jimat bawang...guna sambil tanam, maka selepas ini aku akan tinggalkan beberapa bahagian bawang yg sedang kugunakan untuk tanaman. Pastikan kita tanam bahagian keratan di bawah ya!

Nak tahu bila boleh tuai? 

...apabila dedaunnya mulai layu dan kecoklatan...kalau 'emergency' sebelum layupun boleh walaupun kurang matang.

Terus tanam ke tanah...tumpang pada semaian kunyit. ..hehehe

#rehatkan potongan bebawang pada suhu bilik sehingga bercambah dan kering sedikat kerana potongan bawang yang terdedah akan busuk dek hujan@air yang berlebihan.




Lain-lain tanaman dapur yang 'sedang naik'...

Kacang botol dan kacang panjang. 
Benih kacang panjang kuambil dari kacang panjang yang kubeli di pasar untuk masakan, sebahagiannya telah matang dan kuasingkan manakala benih kacang botol merupakan pemberian seorang kawan yang baik budi!

Elakkan pembaziran...

Sayur kacang panjang yang telah tua@tidak sempat dimasak masih boleh dimanfaatkan...


Semai benih yang sedia ada.



Ahad, 21 Disember 2014

Bebola ayam 'homemade' ...this is my handmade! :)

Salam semua....

Sudah lama saya ingin membuat bebola ayam sendiri. Lebih-lebih lagi untuk dimasukkan ke dalam hidangan sup mahupun pasta. Membuat sendiri bebola ayam@daging akan menjadikan masakkan kita lebih 'ori' dan sihat. Kalau nak jimat masa bolehlah buat banyak-banyak sebagai stok di peti sejuk beku.

Asasnya kalau nak buat cuma perlu ada
-isi ayam yang dicincang halus
-1 sudu besar tepung jagung untuk 2@3 isi dada ayam.
Garam secukupnya.

Selain itu...
Sebiji bawang holand(sederhana besar) dipotong dadu kecil@cincang
Lada hitam secukup rasa
2 biji bawang putih ditumbuk halus
1/5 capsicum dipotong dadu@cincang (kecil)
Serbuk mix herbs

Ala-ala bergedil juga...





Bahan-bahan tersebut dicampurkan sebati dan dibentuk bulat. (Basahkan tangan untuk memudahkan proses ini).
Bila dah 'dibebolakan' bolehlah rebus ke dalam air yang mendidih sehingga empuk, tos dan Siap!

Lain-lain tips berkaitan:

#bebola ayam akan empuk sepenuhnya apabila ia mulai timbul, jika ragu-ragu bolehlah cuba ambil satu dan belah 2, merebus terlalu lama akan menyebabkan bebola tersebut hancur...tempoh masa empuk bergantung kepada saiz berbola yang kita hasilkan, makin kecil semakin cepat ia timbul.

#Kalau nak lebih 'kaw' lagi bolehlah diperisakan campuran isi ayam tersebut sebelum 'membolakannya' dengan lain-lain bahan iaitu serbuk lada hitam@lada putih,  bawang holand@bawang besar kuning(rasanya lebih ringan daripada bawang merah), capsicum,cili, lobak dan daun selasih,daun sup,daun ketumbar ataupun 'mix dry herbs'(sedia di pasaran)serta bermacam-macam lagi mengikut selera masing-masing.

#bebola ayam yang disimpan di dalam peti beku hendaklah dibiarkan pada suhu bilik terlebih dahulu sebelum dimasak@digunakan.

#simpan lebihan stok/rebusan air bebola ayam tadi untuk kegunaan lain-lain masakkan (sebagai contoh sup,pasta,nasi ayam, sayur bening dan tambahan pelbagai masakkan lain).

Berikut adalah antara masakkanku yang pernah dan sempat aku  'rakamkan' dalam memvariasikan hidangan bebola ayam tadi:

grill



sup : gunakan air stok/rebusan berbola, 1.didihkan 2.tutup api , 3. masukkan sayur dan bebola ayam(yang telah tersedia rebus) sehingga sayur empuk sendiri agar tidak hilang zat. 4, tambahkan daun sup dan garam secukup rasa.



Bebola ayam tomato : kuah speggeti/rujuk entri resepi speggetti saya sebelum ini.


speggetti : gaulkan bersama minyak zaitun



Hidangan berbeku@BBQ : selang-selikan bersama bawang holand@kuning dan capsicum


Pelbagai masakkan lain dari bebola ayam ini akan saya kongsikan lagi di masa-masa yang akan datang di entri ini jika berkesempatan :


23 Disember 2014
Tumis bersama bawang putih yang ditumbuk halus dan sesudu besar butter (4 biji bebola turut dihancurkan bagi tujuan 'kriuk-kriuk').

Tambahkan bebola butter di dalam hidangan pasta

Atau juga...



Bebola ayam bersama keju dan sos pasta


Nasi goreng bebola ayam


Sup ayam : resepi boleh rujuk pada entri 'sup masam, masin, pedas'.





Rabu, 17 Disember 2014

Bila mula rasa ''give up'' berblog

Lama tak menulis...beberapa kali terfikir nak lupuskan sahaja blog ini...bukan kerana trafik rendah@pun pengetahuan yang sikit perihal gadget maya a.k.a terkial-kial walaupun banyak bacaan yang dirujuk , akupun tak kisah perihal itu kerana tujuan awal pertama mula masih menjadi keutamaanku...tetapi kerana sentap apabila terjumpa beberapa gambar milikku (walaupun sekadar gambar bunga-bungaan namun gambar dan carian nama blog telah digunakan secara tak bertanggungjawab dalam sesetengah web yang tak beretika.Tetapi itulah laman maya...jaringan terlalu luas namun aku tidak teragak-agak untuk mengambil tindakkan melalui undang-undang dan tindakkan pertamaku adalah dengan menulis email kepada web tersebut untuk berhenti menggunakan apa jua sumber dari blogku yang tak berapa popularpun sebagai amaran awal. Aku juga rasa sedikit malu kerana mendapati terdapat satu komenku yang di 'remove' oleh blogger lain pada entri blog mereka, walaupun komen tersebut tidak 'merbahaya'. Aku sedikit terkilan bukan sebab marah tetapi kerana termalu sendiri... terasa diri ini syok sendiri@apa pula kata pembaca lain adakah aku 'berkata biadap'@tak semengah....tidak, aku sendiri tidak sukakan komen yang seantero dengannya maka tidak wajar juga untuk aku bersifat demikian. Aku anggap semua ini sebagai iktibar dan perlu menyuburkan semula sikap positif dalam diri, mungkin kerana komen tersebut tidak sesuai ataupun terjawab jawapan yang tak sama dengan soalan a.k.a timbul salah fahamku dengan topik yang mereka bincangkan walaupun sebenarnya aku sekadar singgah dan mengambil saranan blogger lain agar tidak hanya 'blog walking', aku minta maaf kerana kekurangan diri...rasanya mungkin aku terlalu 'lurus' bab tersebut dan 'kata-kata orang dulu-dulu' supaya jangan suka menyampuk ada juga kebenarannya sehingga kini. Aku anggap ia sebagai satu proses pembelajaran dan harap ada blogger-blogger lain dapat memberi teguran membina kepada diri yang hanya bermula dari zero ini...Disember hampir di penghujungnya...maka untuk menaikkan lagi rasa positif aku harus memperbaiki pelbagai kesilapan lalu, bila menoleh pada entri lama terasa keldil diri ini. Walaupun demikian, sempena Disember yang bakal berakhir juga, 'watermark' di gambar-gambarku tidak lagi menggunakan nama domolitosslm sebaliknya akan ku gunakan sebagai Teratak Molek.
Sementelaah itu...aku tak harus 'chicken out' sekarang...fuh!