Ahad, 29 September 2013

Diari kucing: bulu kucing gugur...




Sejak akhir-akhir ini bulu Lola mulai gugur, dari bahagian punggungnya ke kepala ada tanda-tanda kebotakkan. Ketika melayari beberapa blog ada yang mengesyorkan makanan tambahan (brewers yeast).




Tak banyak perubahan yang ditunjukkan setelah hampir sebulan diberikan brewers yeast, mungkin ada perkara lain yang menyebabkan perkara tersebut atau ia terlalu awal untuk dipersalahkan.

Kehadiran makhluk kecil
Aku mula menyedari kehadiran kutu pada Lola dan mula spray frontline spray pada leher Lola sekali dua sambil menyelak bulu pada leher Lola.


Alhamdullillah kutu-kutu tersebut 'menemui ajalnya'. Adakalanya aku sarungkan tangan dengan plastik merah dan merata-ratakan pada kulit bawah leher Lola. Spray kutu nie tak bole banyak-banyak takut kucing pula yang 'jalan...'
Aku cuba menukar menu yang lebih berkhasiat tetapi nampaknya Lola tetap mahukan prodiet makeral yang dinikmatinya sejak kecil. Kucing-kucing yang lain tak kisah sangat malah gembira kalau dapat ikan. Lola pula ikan depan mata dia jilat sedikit sahaja lepas itu tinggal. Kami makanpun Lola tak pernah kacau walaupun bau ikan goreng menusuk-nusuk ke hidung!


Masalah kutu dah selasai...hampir seminggu kemudian (hari ini), keguguran bulu Lola belum ada kesudahan. Kali ini bahagian perut Lola pula kebotakkan. Ikhtiar rawatan sendiri nampaknya tidak mendatangkan hasil terhadap masalah bulu lola. Kebetulan hari ini aku sendiri tak sihat jadi selain berjumpa doktor di Klinik Pandamaran, Lola ku bawa sekali untuk menerima rawatan di Kampung Raja Uda, Port Klang. 

Lola suka dapat aircon kereta pada masa yang sama merengek-rengek....


Ramai juga 'tuan kucing' membawa kucing pada hari ini. Sebahagian dari mereka sudah menjadi 'pelanggan di sini sejak bertahun-tahun lamanya sehingga mereka mengenali kucing belaan di veterinar itu sendiri yang 'membesar' di situ.

Oyen si kucing veterinar
Selingan kisah 'pencinta kucing & dunia kucingnya'...


Makcik tua & kucingnya:  Kebanyakkan tuan punya kucing di sini agak peramah, masing-masing seronok menceritakan telatah kucing masing-masing. Sesekali mereka 'menegur sapa' Lola ku. Setibanya di Jabatan haiwan juga aku mula terkenang seorang wanita yang berbasikal ke sini bersama bakul pasar yang diikat dengan tali rapia. Aku kagum dengan seorang wanita tua lewat 50an yang berbasikal hampir 5 kilometer(dari Jalan Yadi Klang) semata-mata membawa kucingnya yang kecacingan. Bau anak-anak kucing tersebut agak busuk, tetapi aku faham keadaan wanita itu yang menjaga 18 ekor kucing sehabis dayanya. Sesekali beliau hampir menitiskan air mata mengenang nasib kucing-kucingnya.

Jika orang lain tidak faham mungkin mereka menganggap beliau tidak pandai jaga kucing atau mengada-ngada  tetapi aku terharu dengan kesanggupan dan ketabahan wanita tua itu.

Kasih sayangnya bertingkat-tingkat pada makhluk Allah itu walaupun kudratnya susut hari demi hari. Semoga Allah mempermudahkan urusan beliau dan diberi rezeki yang melimpah ruah. Selain itu juga ada sepasang suami isteri yang membawa kucing kurap berulat. Rupa-rupanya kucing tersebut baru dikutip dari sebuah restoran, kerana tak sampai hati dengan nasib kucing yang ditolak tanpa diberi makanan kerana 'kejijikkan', pasangan berhati mulia itu lantas membawa kucing tersebut ke sini...macam-macam kenangan dan ingatan terbuai-buai tatkala aku disini. Pengorbanan aku terlalu kecil dibandingkan hati-hati mereka yang mulia itu.


Lola menggamit kenangan si kenalan baru :Sambil menanti giliran, aku sempat berbual dengan 'tuan puan' kucing yang lain. Sebenarnya banyak ilmu baru yang boleh dikongsi dari pengalaman masing-masing. Salah seorang dari 'puan' kucing agak emosi melihat Lola. Katanya Lola mirip kucingnya yang baru mati.


Kesan panadol

Sebelah kaki kucingnya terpaksa dipotong di sebuah klinik swasta kerana 'didajal' seseorang, teringat pula aku pada kucing PH yang kehilangan 2 kaki. Rm 600 terbang kerana pembedahan itu. Kakak tersebut bukanlah orang senang tetapi kerana kasihan beliau sanggup berkorban wang ringgit. Aku harap suatu hari ada veterinar 'gomen' yang boleh mengendalikan pembedahan sedemikian kerana kos vet swasta agak mahal...Namun, agak menyedihkan lagi apabila tidak lama selepas itu kucing tersebut mati, bukan kerana pembedahan tetapi kerana panadol! Menurut beliau, kucing tersebut mengalami demam yang panjang, jadi salah seorang dari ahli keluarga mereka telah memberikan panodol dengan niat membantu kucing tersebut. Tidak mereka sangka dengan tindakkan tersebut mulut kucing tersebut bertukar biru dan sebaik sahaja dibawa ke veterinar,  doktor tersebut sudah menjangka punca keadaan kucing tersebut! Doktor tersebut melarang keras penggunaan panadol terhadap kucing. Memang mereka agak kesal tetapi nasi sudah menjadi bubur. Sedih juga dengan kisah mereka, apapun sekurang-kurangnya aku dapat menyampaikan kisah ini agar kita lebih berhati-hati dengan ubat yang kita mahu berikan pada kucing-kucing kita.



Makanan tambahan untuk lola

Apabila giliran Lola tiba, aku & hby menceritakan masalah Lola. Doktor veterinar tersebut agak peramah dan telah memberi penjelasan yang sangat jelas. 'Kembang hidung' bila doktor vet puji yang Lola tak ada kutu. Apapun doktor mensyakki mungkin Lola diserang kutu dibawah kulitnya di mana serangan tersebut tidak boleh dirawat dengan spray sahaja dan perlu diberi suntikkan. Doktor vet juga mengesyorkan agar Lola diberi minum Scoot Emulsion (ori/putih) untuk memulihkan kembali kecantikkan bulu Lola. Petua itu juga boleh digunakan pada kucing-kucing lain sebagai makanan tambahan.



Punca keguguran bulu
Selain itu doktor vet tersebut menerangkan punca-punca keguguran bulu kucing, selain pemakanan, kutu mahupun jangkitan penyakit kulit, meng'kasi' kucing juga boleh mengakibatkan keguguran bulu. Ia adalah sintom biasa sekiranya kucing dimandulkan dan untuk pemulihan scoot emulsion disyorkan kerana kandungan dan kelikatan yang sesuai untuk kucing.

Lola banyak tidur selepas mendapat rawatan. Doktor vet menasihatkan supaya Lola  tidak  dimandikan dalam tempoh seminggu kerana menerima suntikkan disyakki diserang jenis kutu di dalam kulit.


Gunakan scoot emulsion dalam dos 2ml hingga 3ml seminggu(jangan terlalu kerap,hanya bila bulu bermasalah) Dari segi pemakanan pula disyorkan sekiranya mahu memberi makanan kering pada kucing pastikan lebal nutrisi pada makanan tersebut turut mengandungi nutrisi yang baik untuk bulu selain gunakan sikat yang sesuai untuk 'grooming' kucing mengikut jenis bulu.

Aku juga mendapatkan sejenis minyak untuk bulu kucing di jabatan haiwan tersebut dengan kos RM5 sahaja. Kadang- kala aku guna minyak tu untuk urut dan lumur pada kucing.



makanan tambahan yang didapati dari jabatan haiwan.



*Alhamdullillah  selepas  beberapa  minggu  lola menunjukkan perkembangan yang positif.


sikat yang sesuai untuk spesis kucing kampung terutamanya yang berbulu pendek. Ia turut digunakan oleh vet yang aku kunjungi. Mudah didapati di kedai-kedai runcit mamak.










Lain-lain info:
Vet jabatan haiwan (gomen) Klang
Jalan Haiwan, Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang.
Waktu urusan isnin, selasa & khamis
(Pagi 8-12 tgh)
Jumaat
(8-11 pagi)




:) harapan ku semoga suatu hari Jabatan haiwan 'gomen' turut dibuka di sekitar Kampung Delek, Jalan Yadi mahupun Sungai Udang, Klang serta diperbanyakkan lagi diseluruh negara terutamanya di kawasan kampung-kampung. Namun begitu aku sangat bersyukur dengan kewujudan Jabatan Haiwan di Kampung Raja Uda.

Lola sabar menanti giliran walaupun banyak merengek di dalam kereta. Ada 'kebotakkan di perutnya.



Aksi lola, Tempat lola suka lepak:

Kotak impian...



Celah-celah tumbuhan
       
Kerusi merahku dah jadi 'hak milik lola!'

Lena atas meja...

'Pengsan' bawah meja...

Atas almari

Main nyorok-nyorok dalam almari.

                                   
Bila tukar cadar.....






Diari kucing gelandangan
Kempen me snap: kongsi kasih sayangmu dengan kucing jalanan...(mari like page PH kelab fotografi haiwan jalanan)



Bertuah mendapat kasih sayang tuan punya kedai 'selera warisan' , Pulau Indah.




Mengejar lalat sebagai snek, Taman Aneka.

Pandangan simpati
Si 'dua muka' yang cantik, kucing warung 
Tidurlah wahai permaisuri...sangat kurus walau tinggal di kedai makan&takut pada manusia.Terus lari tatkala makanan diletakkan disebelahnya. Mungkin terkejut.

Pasti ramai yang tak selesa dengan situasi ini, namun kelaparan membuatkan kucing ini mendesak...cara penyelesaiannya: sedekahlah sebahagian laukmu dan umpan  ke luar kedai di tempat yang selamat.


Biru matanya: kucing gerai, anehnya walaupun lapar ia lebih memilih donat berbanding isi ayam goreng sebagai keutamaan...mungkin ia mengalami kebengkakkan gusi atau sakit gigi menyebabkan ia memilih makanan yang lebih lembut.




'The Great Survivor Of Highway Cat'.



...you may not give me shelter, from comfort satin nor warm blanket...you may not give  food, to full my stomach every night and day...but you can give me some moment of your time, to show me love from your big shine eyes,  give me cuddles or at less some soft touch of kindness...give me spaces and hopes, because the world is meant for me too.


Hentian lebuhraya, Rawang.


Tabah benar kucing-kucing lebuhraya ini. Setengah tempat perhentian agak sibuk dengan kenderaan. Sesungguhnya Allah telah menjanjijikan rezeki pada setiap yang bernyawa di muka bumi ini...



'...mohon jangan halau saya, banyak lagi kerusi kosong...'

- kucing gerai, 24.10.2013



Sekitar Januari 2014:


Ini si kembang, kucing gelandangan yang aktif bersuara nyaring. Walaupun si kembang bermulut bising tetapi ia agak sopan.  Kembang akan tunggu di birai pintu, sekiranya tuan rumah tak izin masuk, si kembang segera keluar.Syukur atas sifat sebahagian penghuni pelbagai kaum di sini yang tidak lokek berkongsi rezeki & kasih-sayang. 











2 ulasan:

Qeela berkata...

Comelnyeee!! Qeela pon suke kucing! :) Sian Lola, hope die cpt okay..

http://ourrandomrainbow.blogspot.com/

teratak molek berkata...

Tq...dia ok tapi masih dalam proses penyembuhan.