Bukan senang nak senang...dan bukan susah nak susah. Segala impian yang mahu dikecapi perlu dilakukan dengan usaha dan tawakal. Ia tidak akan datang bergolek kecuali dengan izinNya.
Ketika aku menjalani terapi bermacam-macam manusia yang telah ku temui.Masing-masing dengan telatah yang berbeza. Ada insan yang kelihatan keadaannya tidak seberapa tetapi kesakitan yang ditampilkan seolah-oleh tak tertanggung, ada pula yang kelihatan separuh nyawa tetapi tenang menahan penderitaan. Walaupun begitu, kita tak seharusnya menilai seseorang secara terus melalui mata kasar kerana apa yang mereka rasakan tak mungkin dapat kita tahu kerana berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul.
Senaman otot dan renggangan kini telah menjadi rutin wajib walaupun telah menjalani pembedahan (ACL recon) ligamen reconstruction 2 tahun lepas. Ia bukan lagi satu kompromi untuk menidakkan senaman wajib yang disarankan setiap hari kerana diri sendiri yang akan terima akibatnya. Pembedahan lain mungkin akan menyusul sekiranya masalah rawan yang berlubang menyebabkan aku tidak dapat berjalan. Sepatutnya selepas pembedahan acl dengan senaman yang betul dan konsistan aku akan kembali pulih walau tidak seratus peratus tetapi setelah disahkan rawanku keretakkan dan berlubang (hanya dikesan ketika acl recon dijalankan) maka peluang untuk berlari semula kian tipis kerana hentakkan akan memudaratkan dan menyakitkan. Malah jalan penyelesaian adalah satu lagi siri pembedahan tetapi setakat ini doktor sarankan untuk 'memulihara' dan 'maintain' senaman kerana sebab-sebab yang tertentu.
Hal yang demikian menyebabkan aku terpaksa menerima suntikkan setiap tahun di lutut untuk melindungi rawan. Sehingga kini aku masih sembahyang duduk kerana tidak selesa menerima tekanan ketika sujud...dan ia menjadikan penggerakkan ku tidak bebas dari rasa sakit.
Makanan tambahan untuk menjaga perut dan usus selain memembuang toksid adakalanya kalau mengalami berak keras saya akan minum green fit insya' Allah selesai masalah. |
Aku akui ada rasa 'fed up' dengan rutin harianku dan adakalanya aku 'terlepas sengaja' senaman yang sepatutnya dilakukan. Kesakitan dan kelenguhan yang membelengu diri akibat banyak berjalan atau berdiri melakukan sesuatu kerja adakalanya mengecewakan diri sendiri. Kedua-dua tapak kaki pula telah keradangan dan perlu memakai insole ketika berkasut & berselipar atau sekurang-kurangnya berstokin di dalam rumah kerana terasa bisa. Ketika tidur pula harus memastikan kedudukkan kaki betul dan perlu sarung khas.(kadang kala terabai juga bila rasa tak berapa berkesan).
Paling mencabar mental aku apabila perlu berewang bersama keluarga mahupun saudara. Aku tak harap ada yang simpati tetapi cukup sekadar memahami.
Di tempat kerja juga adakala mengusik jiwaku. Walaupun aku sudah mendapat surat doktor dan pengesahan tentang keradangan tapak kakiku namun rasa malu membelengu diri ketika melapor diri dan keluar baris sedangkan kawan-kawan lain terus berbaris dan berdiri lama untuk amanat pagi pegawai dan nyanyian Negaraku.
Namun segala prasangka negatif saban hari ku tepis walaupun ada pertanyaan yang meragukan situasiku kerana aku percaya ramai lagi teman sekerja yang berhati mulia.

Aku Perlu ada kedegilan untuk memotivasikan diri melakukan sesuatu yang mulai muak untuk kita. Perlu buat u-turn dan gantikan rasa negatif kepada yang lebih positif. Bisikkan pada diri...ada beratus ribu manusia lagi disekeliling mahupun diluar sana yang lebih menderita. Terima semua ini sebagai ujian.Lakukan tugas sehabis baik tetapi di dalam lingkungan kemampuan kita asalkan ia tidak memudaratkan diri sendiri. Mengeluh dan mengadu padaNya andai hati terusik dek manusia-manusia yang tidak mengerti keadaan kita kerana sememangnya mereka hanyalah manusia biasa yang tak mungkin boleh membaca hati insan lain selainNya.Perlu kuat untuk berkata tidak pada sesuatu yang memudaratkan diri tetapi dilihat biasa untuk orang lain.
Entri ini sebenarnya ku tulis bukan untuk meluahkan apa yang aku lalui kerana aku sedar ada beribu-juta manusia di luar sana yang ujianNya jauh lebih mencabar dariku,
Tetapi untuk peringatan diri dan motivasi sesiapa yang mengalami situasi yang sama.
Pada diri sendiri...jangan asyik melihat pada sisi yang sakit itu. Rasakan kesan senaman ataupun usaha yang dilakukan untuk kesihatan diri sendiri. Mungkin kita tidak akan pulih sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya kita masih meletakkan senyuman dibibir kita biarpun rasa sakit itu tidak lekang membelengu setiap langkah kita yang tersadung.
Kitalah yang perlu membantu diri kita, kita tidak boleh mengharapkan orang lain untuk bersenam untuk kita. Memang dorongan orang sekeliling satu anjakkan tetapi sampai bila kita perlu mengharapkan dorongan orang lain sedangkan kita tidak bergerak? Ya memang wujud berbagai alasan dari situasi kehidupan kita tetapi kitalah yang harus mewujudkan ruang kita sendiri di antara masa dan situasi masing-masing. Tidak dinafikan aku sendiri pernah mengabaikan rutin ku. Apabila hampir tarikh appoitment doktor, baru kelam kabut buat 'workout'. Masa tu otot tak kuat dan doktor tengok akupun boring sebab di matanya sudah terbayang alasan-alasan yang bakal diberikan.

Jam 5.30 pagi merupakan waktu baru untuk aku berkayuh setempat. (Kepada yang berminat untuk senaman awal pagi jangan lupa untuk ambil sarapan ringan sekurang-kurangnya setengah jam sebelum senaman*minuman bijirin/jika sarapan berat kena tunggu 2 jam. Tanpa sarapan badan akan menghasilkan insulinnya sendiri dan ini boleh menyebabkan mudarat kesihatan seperti dietbetis*sumber dari ceramah 'kalau dah jodoh ustaz kazzim ) Sesuatu yang mencabar juga untuk memujuk hati yang merengek dari kesedapan tidur di permulaan kayuhan, namun setelah berkayuh rasa malas dan lemau itu beransur pergi berganti dengan keseronokkan, tv jadi teman dan adakalanya halwa telinga didendangkan pula dengan genre muzik kegemaranku.
So pada semua yang post surgery...atau apa sahaja masalah yang menyebabkan anda perlu membuat senaman khas sepanjang hayat jangan putus asa. Abaikan ketakutan pada rasa sakit itu setiap kali 'workout' selagi ia tidak memudaratkan. Lakukan senaman yang betul dan yang disarankan pakar ortopedik anda selain mencari ilmu berkaitan menerusi pelbagai media. Manfaatkan dan amalkan senaman ketika terapi sebelum ini. Seandainya keperluan senaman tidak lengkap cuba alternatif lain yang sesuai. Tidak perlu kita bina gymnasium di dalam rumah semata-mata nak bersenam silap haribulan jadi projek gajah putih.
Senaman mengikut kesesuaian kecederaan selepas sesuatu pembedahan sangat penting untuk proses pemulihan. Jadikan senaman seperti minuman kita, setiap hari perlu diambil. Lihat ia sebagai satu nikmat dan bukan beban. InsyaAllah sesuatu yang berat akan menjadi keringanan.Untuk peringatan diri sendiri juga...plz stay strong and...no malas-malas tau!
"Sakit itu kafarah dosa, bersyukur kerana Allah sedang menghapuskan dosa kalian; jangan merungut tapi bersyukur...ucapkan Alhamdullillah". -petikkan Tanyalah Ustaz.
Akhir sekali...lagu inggeris tunggang langgang ciptaanku untuk sesiapa yang rasa senasib...bayangkan saja Yuna yang nyanyi baru feel...hihih
recommended
I reckon that the pain is always there
I reckon that frustration is yours to live with
I reckon that you told me that you did all you can...
But I reckon its never been enough.
I reckon that frustration is yours to live with
I reckon that you told me that you did all you can...
But I reckon its never been enough.
So I
Recommended for you to be strong
And I recommended for you to stay strong
I recommended for you to have faith till eventually. ...
Recommended for you to be strong
And I recommended for you to stay strong
I recommended for you to have faith till eventually. ...
I recommend strongly to you, dont be sad, blaiming on everthing arounds you
Crying nonsense only keep you down
Hatred, frustration is a no, no plz...stay strong without grudges...
And I recommended strongly....
Crying nonsense only keep you down
Hatred, frustration is a no, no plz...stay strong without grudges...
And I recommended strongly....
For you to raise again, put a smile on your face and keep on going...keep on doing something good for you, something great for life
have faith
...cause God knows everything in you
dont be affraid just keep on faith
I recommended strongly all those positive element
To put youself back together
I reckon that you can...
teratakmolek :-)
...cause God knows everything in you
dont be affraid just keep on faith
I recommended strongly all those positive element
To put youself back together
I reckon that you can...
teratakmolek :-)
Jom buat happy dengan kek coklat kukus ni:
A
Serbuk koko 1 cawan
Minyak masak baru 1 cawan
Susu cair 1 cawan/sebarang brand
Susu pekat 1/2 cawan
Gula perang halus 1 cawan
Gula pasir halus 1/2 cawan
Gula pasir halus 1/2 cawan
B
Telur ayam 3 biji/pukul berasingan sampai ringan.
Setitis esen vanila jika mahu
C
Tepung naik sendiri 2 1/2 cawan
Cara masak:
Bahan A gaul rata dengan api kecil 1-3 minit
Bahan B dipukul/kacau hingga kembang.
Masukkan bahan B pada bahan A kacau rata. Masukkan bahan C sedikit demi sedikit. Kacau guna senduk sahaja sekadar sebati.
Kukusan lembab serata 50minit-1jam ++ /kenali pengkukus anda. |
Kukus adunan selama 45minit hingga 1jam ikut kelembapan yg diingini.lebih lama lebih tahan namun bergantung jenis pengkukus.sekiranya jenis pengkukus baru/stailess steel 40min sudah memadai bimbang hilang kelembapan.
Topping
2 sudu hingga 1/2 cawan serbuk koko
(Ikut selera)
2-4sudu susu pekat
1 sudu minyak masak
Gula secukup rasa
Susu cair sesuka hati nak pekat mana.
Satukan bahan ini dengan api kecil.kurang seminit apabila sebati bolehlah disejukkan dan topping atas kek yang sudah siap. Taburkan coklat rise, coklat chips atau kacang badam mengikut selera masing-masing.
Kini, walaupun agak mahal; saya menggunakan minyak masak brand smart balance untuk kukusan kek ini memandangkan ia mempengaruhi struktur kelembapan kek yang lebih lembab tetapi ringan selain baik untuk kesihatan jantung dan kolestrol.
Inilah pengkukus kegemaran saya yang dibeli arwah abah sejak lewat 70an. Walaupun tak canggih ia masih mampu menghasilkan kek lembab yang enak asalkan kena dengan cara dan resepinya. Jadi jangan takut untuk mencuba sekiranya berminat. Dengan kecanggihan pengkukus serba kini pastinya lebih mudah. Selamat mencuba!!!

Tips berkaitan:
Menariknya kek ini, kita tidak perlukan mixer atau mesin. Hanya guna senduk dan ratakan tepung sekadar sebati. |
*resepi ini berbeza sedikit dari entri awal kerana mengikut citarasa sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan