'Pembangunan telah nenyempitkan ruang permainan mereka'...adakalanya aku berangan-angan alangkah indahnya kalau setiap daerah ada hutan simpan kecilnya sendiri. Sekurang-kurangnya 'mereka' ada tempat alternatif untuk terus hidup secara semulajadi.
Aku agak, setiap kali hutan di'bereskan' untuk tujuan pembangunan mungkin banyak haiwan dan reptilia terpenyek dek jentolak, semuanya bertempeliaran lari tanpa punya hak untuk menyelamatkan telur atau generasi kecil yang tidak tahu bertahtih lagi.
Kali ke 2 terserempak dengan labi-labi melintas di jalan raya , sebelah cengkerangnya ada kesan terkopak dilanggar kenderaan. |
Apabila perumahan mula diduduki mula timbul adegan memanggil bomba tanpa kebakaran disebabkan ular atau biawak 'menceroboh' masuk di kawasan yang bukan asing bagi reptilia ini cuma suasananya yang agak berlainan. Lorong-lorong paip kumbahan dijadikan pengganti tempat si sawa tidur manakala siling rumah menjadi tempat si musang menaruh rindu pada lubang-lubang pokok mahupun gua-gua kecil. Adakalanya risau juga dengan keselamatan diri & keluarga....
Siling rumahku sendiri pernah dijadikan ruang permainan kejar-kejar sesama 'mereka', malah musang juga biasa ku lihat menyusuri wayar-wayar elektrik di tengah malam. Dalam kebimbangan wujud juga rasa kasihan....bagaimana & dimana mereka berlindung.
Bagi si labi-labi yang menjadi 'warga' bandar pula tiada tempat menyelam lumpur buat si labi-labi kerana parit-parit berkonkrit...maka merayaulah ia hingga adakalanya dilanggar dan terbalik di atas jalan raya.
Siling rumahku sendiri pernah dijadikan ruang permainan kejar-kejar sesama 'mereka', malah musang juga biasa ku lihat menyusuri wayar-wayar elektrik di tengah malam. Dalam kebimbangan wujud juga rasa kasihan....bagaimana & dimana mereka berlindung.
Bagi si labi-labi yang menjadi 'warga' bandar pula tiada tempat menyelam lumpur buat si labi-labi kerana parit-parit berkonkrit...maka merayaulah ia hingga adakalanya dilanggar dan terbalik di atas jalan raya.
sementara kawasan ini masih wujud: semoga bahagia di tempat baru, maafkan aku andai terpaksa memisahkan mu dari keluarga mu untuk menyelamatkan nyawamu... |
Di kawasan kejirananku sendiri, Burung wak wak dan biawak pula tak lagi segan silu menonjolkan diri bersama keluarganya sambil memakan sisa-sisa nasi yang terbuang persis ayam kampung.
Jika tiada sisa makanan di atas tanah mereka kian bijak menyelongkar bungkusan sampah kerana kawasan mencari makanan yang semakin terhad.
...belum lagi si ular dan kisah si iguana, lutung ataupun monyet...mungkin ada di kalangan kita yang simpati atau tak kisah ataupun lebih sadis lagi meracun dan menyediakan perangkap telur berjarum yang akan mematikan biawak-biawak ini secara perlahan dan tersiksa...lutung-lutung pula berkeliaran dan membimbangkan kawasan kejiranan. Tak lama dulu ada kes beruk mencederakan bayi. Ia mengancam ketenteraman kita dan pada masa yang sama manusia terpaksa melupuskan haiwan tersebut demi keselamatan. Kemajuan yang tidak seimbang tanpa disedari turut membimbing manusia menjadi semakin kejam dalam sengaja ataupun ketidak sengajaan...dalam perlu dan keterpaksaan?
Jika tiada sisa makanan di atas tanah mereka kian bijak menyelongkar bungkusan sampah kerana kawasan mencari makanan yang semakin terhad.
...belum lagi si ular dan kisah si iguana, lutung ataupun monyet...mungkin ada di kalangan kita yang simpati atau tak kisah ataupun lebih sadis lagi meracun dan menyediakan perangkap telur berjarum yang akan mematikan biawak-biawak ini secara perlahan dan tersiksa...lutung-lutung pula berkeliaran dan membimbangkan kawasan kejiranan. Tak lama dulu ada kes beruk mencederakan bayi. Ia mengancam ketenteraman kita dan pada masa yang sama manusia terpaksa melupuskan haiwan tersebut demi keselamatan. Kemajuan yang tidak seimbang tanpa disedari turut membimbing manusia menjadi semakin kejam dalam sengaja ataupun ketidak sengajaan...dalam perlu dan keterpaksaan?
dah macam 'biawak buaya'... |
Aku tidak 'menolak' pembangunan tetapi mengharapkan keindahan pembangunan itu seiring dengan hak makluk lain.
Sekiranya wujud hutan simpan kecil setiap daerah mungkin beberapa bulan sebelum tempat itu diteroka pihak-pihak berkaitan boleh membuat perangkap sekerap mungkin agar dapat menyelamatkan & memindahkan haiwan-haiwan ini setakat yang terdaya ke kawasan hutan simpan@wetland mini yang diwujudkan di setiap daerah seperti mana yang dilakukan ketika pembinaan ampangan.
Kawasan sedemikian juga boleh dijadikan tempat penyelidikkan tempatan malahan juga pendidikkan untuk lawatan pelajar-pelajar bagi mendedahkan tentang habitat setempat dengan lebih efektif. Ini akan menarik minat golongan pelajar selain lebih prihatin dan memahami kepentingan daripadanya seterusnya menghargai kepentingan alam semulajadi dan sejauh mana ia mempengaruhi kehidupan kita.
...Sekiranya kita terjumpa labi-labi dijalanan maka ada tempat sesuai untuk dilepaskan. Selain itu juga kita dapat mengimbangi pembangunan dan kawasan hijau dan memiliki kawasan semulajadinya yang tersendiri dengan memulihara dan mengekalkan kelangsungan hidup dan habitat semulajadi.
Tetamu laman ini semakin mudah terlihat disekitar teratakku |
Antara contoh pemuliharaan ecosistem yang hebat adalah di bandar yang membangun ialah Qunli Stromwater Park di Harbin, China. Ia bukan sahaja memulihara bahkan menjadi tempat pengumpulan habitat asal di mana ia memainkan peranan dalam menyumbang ke arah pengurangan pencemaran air dan mengatasi pelbagai masalah berkaitan akibat banjir kilat dan hakisan. Ia juga telah dibangunkan sebagai pusat pelancongan teknologi hijau dengan kaedah tradisional dan boleh menjadi ikon dalam mewujudkan wetland mini di daerah-daerah yang semakin padu dengan pembangunan.
Walaupun agak mencabar untuk dilaksanakan di bandar lama seperti di Klang tetapi ia tidak mustahil diusahakan dengan perancangan yang kreatif dan inovatif.
Walaupun agak mencabar untuk dilaksanakan di bandar lama seperti di Klang tetapi ia tidak mustahil diusahakan dengan perancangan yang kreatif dan inovatif.
Walaupun demikian tidak dinafikan negara kita juga semakin peka dalam kepentingan pemuliharaan ecosistem dan usaha mewujudkan wetland di Putrajaya merupakan usaha murni ke arah kelasterian alam di samping meningkatkan sosio ekonomi dan kesihatan awam kerana kehadiran wetland mampu membantu menyerap toksid. Putrajaya merupakan salah satu contoh pembangunan baru yang terancang bukan sahaja moden tetapi seiring dengan lanskap hijau yang padat dan tersusun.
Selain itu, kita juga rasa bertuah kerana negara memiliki hutan simpan seperti Royal Belum (Perak)Meliau Basin di Sabah dan Taman Negara, Pahang. Pada Mei 2013 Hutan-hutan tertua negara ini telah diabadikan sebagai tema setem oleh Pos Malaysia bagi menyokong usaha pemuliharaan khazanah hutan negara.
Tarikkan pelancong bukan setakat kecanggihan teknologi malah eco sistem semulajadi sesuatu tempat itu juga sebenarnya bernilai tinggi.Pelancong mahukan keaslian semulajadi@produk Malaysia yang tersendiri. Sebagai contoh pengalaman saya ketika menaiki bot pelancong menyusuri Sungai Melaka, terdapat pelbagai binaan di sepanjang susur sungai tetapi yang menakjubkan saya apabila tiba di kawasan pokok bakau pelancong barat lebih tertarik dan berebut-rebut untuk mengambil gambar biawak yang bangga mengapungkan dirinya. 'Malaysian's Komodo!!' Salah seorang dari mereka berteriak sambil tak putus membuat rakaman video. Lucu juga sebab biawak tu taklah sebesar yang ada di kawasan rumahku tetapi di sini dia pula jadi Star!
diari berkaitan...
biawak tempatan-mungkinkah ia akan mengganas bila sumber makanan semakin sukar terutamanya di kawasan yang mulai padat dengan penempatan manusia? |
Besarlah harapan aku yang kerdil kuasa ini agar ada peraturan tegas berkaitan penerokaan atau pembangunan sesuatu kawasan. Sebagai contoh sekiranya sesuatu kawasan 'bersemak atau berhutan kecil yang dikenal pasti dihuni oleh sebilangan haiwan iaitu liar, monyet dan sebagainya pemaju perumahan harus ada 'connection' dengan perhilitan atau badan berkaitan. Harus menjadi salah satu syarat sebelum sesuatu pembangunan dilakukan ada badan berkaitan sama ada dari kerajaan atau badan ngo untuk memantau kawasan berkenaan dan mengenal pasti spesis-spesis yang ada beberapa bulan/tahun sebelum pembangunan dijalankan, perangkap haiwan perlu dipasang untuk memindahkan sebanyak mungkin haiwan-haiwan ini ke lokasi yang mendayakan kelestarian mereka. Bayangkan kawasan dipinggir bandar yang masih memiliki sebahagian hutan kecil yang dihuni monyet-monyet dibangunkan....mereka akan bertaburan dan menjadi sebahagian dari penghuni perumahan yang asalnya memang tempat mereka. Belum lagi spesis ular dan sebagainya. Agak menyedihkan keadaan mereka yang akhirnya memberi kesan negatif kepada manusia sendiri.
Badak air wetland:sepintas lawatan alam
semoga diperbanyakkan lagi penaja peraduan yang menawarkan hadiah berupa teknologi/produk hijau oleh agensi swasta mahupun kerajaan bagi memberi galakkan kepada rakyat.
Rujukkan setem :malaysiainsider.com & www.utusan.com
Bandar Harbin: Laman impiana Ogos 2013/padat dengan maklumat berkaitan.
diari berkaitan...
Kawasan tadahan sebegini boleh dimajukan dan diperindahkan sebagai mini buffer zone |
Rabu, 11.09.2013 BH |
Santai pancaindera di kaki Gunung Ledang...
Spesis tumbuhan periuk kera |
Kejernihan sungai yang memukau |
Pakis kebiru-biruan
Tumbuhan herba: selada putih |
Tumbuhan herba: tapak sulaiman |
Gunung Ledang, JTM |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan