Mmm...mana satu nak cerita dulu yek? Kedua-duanya adalah tumbuhan berlainan, pohon buah kasai adalah pohon kayu yang besar dan biasa terdapat di hutan mahupun perkampungan Asean, manakala daun kaduk pula merupakan tumbuhan renek dan biasa dijadikan sebagai salah satu hidangan ulam-ulaman dalam kerabu ulam. Namun sengaja ku gabungkan kisah tumbuhan ini di dalam entri kali ini kerana ia ada kaitan dengan keadaan isi rumahku ketika ini...
Tidak ramai antara kita yang kenal buah kasai. Sebenarnya banyak lagi buah-buahan tempatan yang kita tidak biasa dengar atau lihat. Kebanyakkan pokok-pokok berkenaan tumbuh secara semulajadi di dalam hutan kita yang kaya dengan pelbagai spesis tumbuhan.
|
pohon kasai yang rimbun dan sedang berputik |
Sebenarnya saya sendiri masih baru berkenalan dengan pokok kasai dan pertama kali seorang sahabat menghulurkan buah kasai aku berasa ragu untuk menikmatinya. Takut mabuk...sedangkan ia sebenarnya sejenis buah yang bernilai tinggi juga dan harga antara rm12 hingga 18 sekilogram.
buah kasai ini berbentuk bulat tetapi ada juga jenis yang rapuh dan bujur. |
Di tempat aku dibesarkan, aku biasa melihat pokok kasai di tanam oleh pihak berkuasa tempatan (MPK) sebagai pokok teduhan ataupun hiasan lanskap di Taman Pengkalan Batu serta di lokasi pejabat utamanya. Agak sukar juga nak mendapatkan buah kasai kerana pokoknya yang tinggi,namun begitu ketinggian pokok kasai juga bergantung pada keadaan persekitaran dan kesuburan pokok tersebut. Saya pernah terlihat ketika memandu pekerja taman (wanita) yang sanggup memanjat pokok tersebut untuk menikmati buah kasai.Rezeki bersama di tempat awam...satu amal jariah dari si penanam...Pokok kasai wajar didedahkan kepada generasi hari ini dan usaha PBT menjadikannya sebagai salah satu tumbuhan lanskap wajar dipuji dan disokong kerana secara tidak langsung ia membawa kepada kesinambungan pemuliharaannya. Tidak keterlaluan sekiranya ia diangkat sebagai salah satu dari pokok buah-buahan tempatan warisan nusantara. |
|
buah kasai |
Baru-baru ini tunang abangku memberi buah kasai padaku. Rasanya lebih manis dan besar sedikit dari yang pernah ku nikmati tidak lama dahulu.Tidak sangka ada juga yang menanam pohon besar istimewa ini.
Jenis di atas mudah dikopek...ketika masak kulit bewarna coklat.
Buah kasai yang ku makan sebelum ini mempunyai struktur kulit yang rapuh dan mudah dikopek/pecah tetapi agak berbeza pula buah kasai yang ku perolehi dari tunang abangku.
|
subur hidup di taman awam. Kalau begini punya rimbun, mudah sikit nak petik.Jangan sampai berebut dan tamak ye! (Taman Pengkalan Batu, Klang) |
Kulit buah kasai yang kunikmati hari ini agak keras dan hampir mustahil untuk dikopek, jadi aku hentakkan di antara kedua buah tersebut. Lucu juga melihat telatah rakan sekerja yang menghentak buah tersebut ke dinding untuk memecahkan kulitnya. Rakan sekerja lelaki pula ada yang cuba beradu tenaga untuk membuka buah kasai dengan telapak tangan masing-masing. Rasa buah kasai bergantung pada gred dan jenis. Ada yang buahnya kurang manis dan kecil sedikit tetapi yang ku dapat kali ini agak manis.Rasanya seperti kacukkan laici, rambutan dan buah bidara cuma isinya kenyal sedikit. Kunyahlah dengan lumat agar perut tak rasa senak jika memakannya dalam kuantiti yang banyak.
|
pandangan peribadiku tentang buah kasai pemberian tunang abangku: buah kasai gred A setakat ini, lebih besar dari ping pong, kulit keras macam simen, manis serta isi tebal. |
...apa pula kaitannya dengan daun kaduk?
Sebelum itu aku ingin kongsikan kisah daun kaduk sebagai penawar sakit tekakku. Batuk agak berlarutan dalam isi rumahku ketika ini sehingga ada ahli keluarga yang batuk sambil memegang kepala kerana menahan gegaran dan pening kepala. Bila jumpa doktor, kami mendapat ubat batuk seperti kebiasaannya. Namun batuk tak hilang juga. Aku teringat pembacaanku di dalam majalah laman tahun lepas tentang daun kaduk untuk masalah batuk. Lalu aku mengambil beberapa helaian daun muda dan kisar. Air daun kaduk ku tapis dan minum bersama ahli keluarga.
|
jus daun kaduk, jangan risau ia tak pahit langsung. |
Alhamdullillah batuk kami reda dan suhu badanku yang panas mulai turun. Kami amalkan untuk beberapa hari.
|
nampak macam sireh tetapi kaduk. Ia mudah ditanam dengan keratan batang dan mudah membiak, tanam pada skala kecil jika tiada masa menguruskannya. |
...tapi setelah batuk hampir reda...tekakku tiba-tiba rasa gatal dan mulai batuk semula sedangkan ahli keluarga yang lain semakin pulih....sebabnya?
Waktu tu aku sorang jer yang bedal buah kasai tu. Sebab yang lain tak berani. Jadi nasihat aku pada semua dan diriku sendiri janganlah makan buah kasai ketika batuk atau sakit tekak...sebab sifatnyerpun ala-ala rambutan gitu...elok-elok nak baik tambah mudarat pula...menderita sepanjang malam membuang kahak dan batuk gatal.Tiada kaitan buah kasai dan daun kaduk...cuma ia mempengaruhi proses pemulihan sakit tekakku sahaja...
Apapun aku tak pernah serik untuk menikmatinya di lain masa walaupun bagiku ia tidak sesedap rambutan atau laici. InsyaAllah, selepas tekakku betul-betul sembuh!
Lain-lain info berkaitan sifat/ gambar pohon buah kasai:
www.frim.gov.my
Permandangan sekitar Taman Pengkalan Batu, Jalan Tepi Sungai, Klang.
|
Sesuai untuk jogging & bawa anak-anak bermain di hujung minggu. |
|
Masjid yang tersergam indah di seberang Taman Pengkalan Batu. |
|
Kumbang kura-kura@ladybird |
|
Flora & fauna di Taman Pengkalan Batu. |
|
Permandangan tepian Pengkalan Batu dari Jambatan Kota, Klang. |
|
Jambatan Kota Klang. |
|
Lewat petang di Jambatan Kota: Ketika ini air Sungai Klang kelihatan bebas sampah dan sangat indah tatkala air pasang. Tidak mustahil sekiranya rasa tanggungjawab induvidu, industri, dan masyarakat seiring dengan peranan aggresif pihak berwajib, Sungai Klang pasti jadi indah dan bebas sampah. Semua pihak bertanggungjawab untuk meningkatkan tahap kebersihan di Bandar DiRaja yang tercinta ini. |
Moh cuba sambal tempe hijau nie, makan dengan nasi panas jer dah best!!
|
10 biji cili api, 2ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih dikisar.
Tempe 4 bungkus (saiz untuk yang berbalut daun pisang) @ 1 bungkus yang dalam plastik, segenggam ikan bilis digoreng bersama tempe yang dipotong dadu.Tos.
Tumis bahan kisar sehingga kering@naik bau, perisakan dengan garam dan gula secukup rasa serta masukkan bahan yang digoreng tadi. Gaul rata.
Sedia untuk dihidang. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan