Kurang sihat hari ini...tetapi 'pemerapan' diri di dalam rumah adakalanya tidak begitu membantu. Perlu keluar seketika memandang indahnya alamNya ini.'Pakcik' pula baru selesai merapi rumput di taman kecilku. Mahir sungguh 'pakcik' memesin rumput walaupun bentuk geografi laman miniku ini agak berbatu-batu.
Upah 'pakcik' tak mahal,'pakcik' tak letak harga tetapi sebagai manusia, kita harus bertimbang rasa dengan tenaga 4 kerat orang lain. Kerja-kerja mesin rumput sebenarnya bukan hanya melibatkan tenaga, bahkan perbelanjaan dari segi petrol, tali pemotong dan maintainan mesin itu sendiri.Nampak macam mudah memesin rumput sambil melekat enjin dibelakang badan.Hakikatnya ia kerja berat. Aku masih ingat lagi 'tukang' buat rumah aku berkata tatkala melihat orang mesin rumput...'aku lagi sanggup angkat batu buat rumah daripada mesin rumput, aduiii sakit belakang!' Tersengih aku mendengarnya.
Kalau boleh aku mahu beri duit upah sebelum peluh 'pakcik kering', sesegera yang mungkin buat 'pakcik' mesin rumput, dan kalau sempat juga aku lebih gemar menghulur duit upah terlebih dahulu takut terlupa atau lewat sebab aku percaya kepada sifat amanah 'pakcik' tu...Kalau apa-apa terjadi ada 'pakcik' atau aku, aku telah niatkannya halal andai bayaran telah dibuat.
Arwah abah dulu pernah ambil upah mesin rumput nie. Mesin rumput 'backpack...' di sebahagian besar kawasan kampung ni takda 'can' nak guna mesin rumput tolak sebab semak dan kawasan banyak tak rata (melainkan padang sekolah)...belum lagi bab batu-batu terbang dan sebagainya. Kepada tukang mesin yang berpengalaman dan mahir, dia tahu bila masa nak 'rem' masa potong, bila nak guna pisau dan bila pula keadaannya guna tali...

...aku faham maksud abah, bayarlah tanpa lengah dengan kadar segera...tenaga orang bukan hak kita, bagi aku pula jika tiada duit jangan menyusahkan orang lain yang separuh nyawa cari rezeki...kerana seperti yang dinyatakan ia bukan sahaja melibatkan tenaga bahkan juga modal orang lain. Zaman arwah abah dulu mesin rumput Mitsubishinya beharga lebih RM800(kini lebih RM1000) agak besar juga untuk kami ketika itu...Walaupun agak mahal tetapi mesin keluaran Jepun itu berbaloi untuk dimiliki bukan sahaja lasak malah ia sesuai dan terletak di badan. Apapun ia juga terletak kepada empunya mesin yang menjaga sama ada cermat ataupun cincai.
Agak lama juga arwah menggunakannya, bak kata orang pakai sampai habis. Apabila arwah meninggal...mesin arwahpun bagai merajuk sama, beberapa minggu selepas arwah pergi, secara kebetulan mesin tersebut turut rosak.
Untuk menjaga tapak peninggalan arwah, abangku membeli mesin rumput 'cap 'ayam' buatan China sebab tak ada budget. Beza sungguh rasanya, ia agak berat dan ada perbezaan perasaan menggunakannya. Sangat terasa beban di bahu walaupun tak sampai 5 minit menggunakannya. Apapun kenalah dengan harganya, malangnya tak sampai dua tahun...sayonara..cau cin cauuu! Rosak. 2 kali baiki sekejab sahaja eloknya... menghabiskan beras ajer...
...sepanjang minggu ini nampaknya cuaca agak dingin di waktu petang walaupun agak panas di tengahari. Mungkin kepanasan tengahari merupakan sebab aku berpeluang merakam telatah rerama yang sukakan cahaya matahari.Agak lama juga arwah menggunakannya, bak kata orang pakai sampai habis. Apabila arwah meninggal...mesin arwahpun bagai merajuk sama, beberapa minggu selepas arwah pergi, secara kebetulan mesin tersebut turut rosak.
kelapa pandan mula berbuah... |
Untuk menjaga tapak peninggalan arwah, abangku membeli mesin rumput 'cap 'ayam' buatan China sebab tak ada budget. Beza sungguh rasanya, ia agak berat dan ada perbezaan perasaan menggunakannya. Sangat terasa beban di bahu walaupun tak sampai 5 minit menggunakannya. Apapun kenalah dengan harganya, malangnya tak sampai dua tahun...sayonara..cau cin cauuu! Rosak. 2 kali baiki sekejab sahaja eloknya... menghabiskan beras ajer...
'Pakcik' telah membereskan tugasnya dan aku pantas membuka pintu keluar. Walaupun dapat mc tetapi aku masih berupaya dan ber'mood' nak masak.
Sebelum itu aku mahu menghidu bau alam & bau wangi rumput yang baru dimesin. Kurang rasa pening kepala apabila aura semulajadi menyerap dalam diri. Diri rasa 'direjunivasi'...
... Sempat bertemu lagi spesis rerama nie... Aku memetik beberapa biji limau kasturi buat basuhan ikan sambil meninjau keadaan sekeliling.
Alhamdullillah mangga menjadi walaupun ia tidak selebat yang ku harapkan, aku juga tidak mahu terlalu berharap pada mangga-mangga tersebut kerana ia menjadi kegemaran 'manusia' yang matang dan tidak matang.
'hummingbird' singgah di pohon mangga ia agak lincah dan kecil. |
...aku cuba hilangkan rasa kempunan setiap kali mangga-manggaku gondol dirembat. Bak kata Dr.Hasanah ... bersangka baik. Insyaallah ada rezeki lain yang lebih baik dariNya. Pujukkan hati, Redhalah wahai hati.
nak peram belum cukup tua nanti jadi masak layu. |
Petang ini, aku nak masak sesuatu yang ringkas...seperti kebiasaannya & suami membuat satu permintaan...ikan goreng selar masak kicap.
Bahan: A) Separuh biji bawang besar (kuning) dipotong tegak, sebiji tomato saiz sederhana dipotang 6, 2 ulas bawang putih diketuk, cili hijau dibelah dua dan dibuang biji, halia besar kuku diketuk, 4 biji cili api, 5 biji lada hitam ditumbuk & taucu setengah sudu besar.
B) sesudu sos tiram dan sesenduk kecil kicap. C) daun ketumbar. 3 ekor ikan selar digoreng dan diasingkan terlebih dahulu. *tumis semua bahan A di atas sehingga wangi kemudian masukkan bahan B. Masak sehingga mendidih dan tambah air mengikut kepekatan yang diingini. Setelah selesai tuangkan ke atas ikan goreng tadi.
Taburkan daun ketumbar. Garam tidak perlu kerana taucu sedia masin. Siap!
Layan bayam juga...
1) Ketuk 2 ulas bawang putih, 1 biji bawang kecil buang kulit sahaja, kunyit besar kuku dipotong halus, 5 ekor ikan bilis. 2) Sekati bayam yang dipotong & dibersihkan. Panaskan secawan air dalam periuk, campak bahan 1 bersama sedikit garam sehingga mendidih.
Masukkan bayam dan biarkan separa layu....mudahnyerrr....
Isu semasa berkaitan:
Lagi-lagi geleri....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan