Rabu, 14 Ogos 2013

Sedih

Kesedihan dalam hidup itu perlu, kerana ia mendekatkan kita padaNya. Waktu kita bersedih hati kita sering merintih,  tidak ada sesiapapun faham, tidak ada saudara,kekasih,suami mahupun isteri yang memberi dorongan atau menyedari kedukaan kita...tetapi Dia Maha Mengetahui, di kala itu kita sedar betapa keldil dan tiada daya upayanya kita.

Tak guna merintih, membentak mengharapkan insan lain mengerti...adakalanya hati kita hanya akan menjadi tambah sakit, kita hanya menambah rasa hampa dan kecewa untuk diri sendiri. Kita bersedih seolah-olah tiada keindahan lain di dalam dunia ini sedangkan sebelum ini banyak perkara baik yang pernah singgah dalam hidup kita, apabila datang kekecewaan hanya keburukkan yang sering bermain di dalam minda kita.

Kekuatan ada pada diri kita sendiri dan ia akan terbina bila mana hati kita ikhlas padaNya, walaupun keikhlasan manusia itu adakalanya bersifat sementara biarlah Dia yang menilaikan.

Menangislah sepuasnya ketika berhadapan denganNya walau 5 kali seharipun andai perasaan sedih itu dirasakan tidak terbendung, mengadulah sebanyak mungkin akan apa yang terbuku dihatimu walau hakikatNya Dia Maha Mengetahui... yang pasti dalam setiap dalam kedukaan dan kekecewaan  jangan sesekali berputus-asa dengan rahmatNya kerana Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

 Hilangkan sedih hati dengan zikir...



"Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan mengadap Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan pengabadian mengenali Allah dan ketulusan berhubung denganNya...." FB tanyalah ustaz.












''Tatkala hujan membasahi bumi
Bersama rahmatNya membasuh jiwa insan
Damai bersama dingin subuh
Mengintai tidur yang lena

...dan malam pun melintas
sayu mengiring embun
Menjeling jiwa diulit mimpi, bertarik nafas diselubungi kapas
...dan malam akan kembali
Walau seribu jiwa susut melayang.''








"...dan selepas hujan...
...ada ceriteranya yang tersendiri..."

"....burung mula menyanyi..."
*teman setia, si bulat kini dah pandai merayau.
*bunga bendi tidak kurang menariknya

"Sang bunga sabar menunggu simbahan mentari..."


*kuntum bunga raya

*orkid

*spesis keladi


"Dan selepas hujan...
Alam turut berseloka
Menyambut bayu yang berbisik
Mencuit sisi hati..."






*orkid

*belum berjaya snap humming bird dari dekat...

*musa ornata



"Dan bila hujan berhenti...
Lantai bumi berkaca-kaca
Membias cahaya baru
Dengan ceritera baharu..."

"pastinya labi-labi sedang bergembira..."

*queen of torn


 *hidupan kecil turut menikmati rezeki selepas hujan

*Selepas hujan...05.09.13 snap! 5.30pm




*Laman basah selepas hujan...segar menyejukkan suasana.




"...dan selepas hujan,
Moga mentari memancarkan sinaran kasihnya
Membuka kuntum-kuntum bunga-bungaan
Mekar menghiasi alam maya..."

- domolitosslm

























Tiada ulasan: