Banyak jiwa yang 'minta' dipenuhi sepanjang syawal ini. Tambahan pula kini aku telah memiliki 2 keluarga, mana yang terdaya dek meterial, masa dan tenaga akan cuba dilayani dengan niat untuk mengeratkan tali siratulrahim.
Terpaksa berjauhan seketika dengan Lola & cat famili bersama dengan 'penjaga tidak rasminya'. Macam tahu-tahu jer nak pergi jauh, manja Lola agak luarbiasa setiap kali aku mahu meninggalkannya untuk tempoh beberapa hari. Setiap kali terpaksa meninggalkan Lola, terpalit rasa sedih dan risau. Lola sudah menjadi sebahagian dari keluargaku. Hanya doa yang mampu kuselitkan agar Yang Maha Esa terus mengizinkan Aku meminjam Lola dariNya.
Ustaz Don (sumber gambar fb) |
Kelmarin sempat menonton Uztaz Don berkaitan bermusafir di hari raya. Walaupun apa yang dikatakan beliau pernah kudengar & amal, namun ada banyak lagi perkara di bawah tajuk yang sama belum kufahami dan kuketahui, dan rancangan sebegini memang banyak membantu. Terpegun dan kagum dengan kesungguhan Uztaz Don menyampaikan ilmu agar insan yg 'lambat tangkap' macam aku ni dapat faham. Kalau ada cikgu matematik macam nie masa aku sekolah menengah dulu tak adalah aku 'F' ! Har har har...(maaf yek cikgu-cikgu).
Apapun sebelum bermusafir layan gak Nujum Pak Belalang. Lagenda kisah lucu lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramli, Hashimah Yon dan Bat Latiff.
ini mengingatkan pada hari aku terserempak dengan kehadiran belalang singgah di cermin keretaku berlatarbelakangkan bendera yang tergantung di anjung teratak Molek.
Malaysia tanahairku
Selangor Darul Ehsan, tempatku dibesarkan...
|
Serangga belalang nie kerap juga kutemui di sekitar teratak molek walaupun ia sering makan dedaunan pokok bungaku, ia masih ditahap terkawal mungkin kehadiran burung dan katak yang kerap menjadikan ia sebagai punca rezeki sang burung juga malah si kucingpun rajin menangkapnya sebagai 'latihan berburu' & snek.
muda belia...
Penyamaran merupakan sebahagian sifat belalang untuk melindungi diri mahupun berburu...hampir tertipu aku!
Antara 'snap kegemaranku...!
22.12.2013 |
Info berkaitan: mentadak mentadu & cengkerik juga adalah sebahagian dari keluarga belalang; sumber internet.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan