Isnin, 19 Ogos 2013

Lola & Rueillia Sinplex(kini bunga rasmi telah ditukar 2024)

Pagi ini cuaca agak dingin. Seronok sebab mendapat cuti tahun hari ini. Hati berbelah bagi sama ada mahu melakukan jemuran di dalam atau di luar rumah kerana awan kelihatan mendung.


Pada masa yang sama sempat menjeling ke arah Lola yang sedang menikmati dedaunan pokok Rueillia Simplex yang menjadi kegemarannya. Mungkin ada nilai perubatan yang tinggi bagi seekor kucing. Selain Rueillia, Lola juga gemar mengunyah daun serai dan lalang.

Lola bermain di celah-celah tumbuhan Rueillia

Pernah juga aku beli 'rumput kucing' dalam satu jualan suatu ketika dahulu tetapi hanya menjadi perhiasan semata-mata kerana tidak dipedulikan Lola. 'Terbang' rm10...lebih baik aku beli makanan yang lain...getus hati kecilku. Tetapi penyesalan tiada gunanya kerana apa yang sudah dilakukan memang tidak boleh diubah tetapi kita boleh jadikannya sebagai pengajaran dan memperbaikinya mengikut keperluan dan situasi tertentu. Mungkin sebab Lola tidak biasa dengan tumbuhan tersebut. Tidak salah mencuba sesuatu dengan niat yang baik biarpun  adakalnya memberikan hasil yang mengecewakan kerana hanya Allah yang Maha mengetahui.


Seperkara yang seronok dengan tentang 'Rueillia Sinplex' ini adalah kerana ianya mudah ditanam dengan keratan batang. Bunganya akan berkembangan sekitar waktu pagi dan awal petang. Sekiranya diserang penyakit atau bena, cantas sahaja dan ia akan tumbuh semula dengan baik. Buat masa ini, aku memiliki bunga bewarna ungu pekat dan unggu cair/hampir pink. Jika lama ditanam ia juga mampu membiak melalui pendebungaan, kalau ia 'bertapak' di dalam pokok bunga pasuan kegemaran anda; lebih baik cabut sahaja kerana ia akan 'menguasaai' pasu tersebut. Akarnya juga agak kuat dan sukar dicabut jika ia sudah subur dan membesar di dalam pasu. Ia juga mampu membiak secara semula jadi di celah-celah tepian tar mahupun tanah yang berbatuan.Melalui pembacaan di internet, ia juga didapati dalam warna putih tetapi buat masa ini aku belum berpeluang untuk melihat atau memilikinya. Ramai juga peminat Rueilia ini kerana kebanyakkan saudara dan kawan-kawan yang datang pasti mahukan keratan batangnya untuk disemai. Paling seronok hasil semaian ku telah menghiasi kediaman kakak dan mertuanya di Felda Behrang, Perak.




Bunga ini juga telah dipilih sebagai bunga rasmi  Majlis Perbandaran Klang, malah Pemangku Yang DiPertua sendiri Mohd Ehsan bin Mukri telah bergotong-royong menanam pokok berkenaan di sekitar bandar Klang bersama-sama kakitanganya dalam sebuah kempen tanaman hijau.





Semakin popular di kawasan kejiranan...

Sekitar kejiranan Felda Sungai Behrang

Info berkaitan:


Sumber: Majlis Perbandaran Klang

TERKINI SETELAH MPK DI isytihar Majlis Bandaraya DiRaja Klang pada 5 Feb 2024, bunga rasmi yang diangkat sebagai bunga MBDK adalah bunga melur.



Nak kongsi resepi begedil!

4 biji kentang dibuang kulit, bersihkan dan direbus empuk. Tos. 
Bahan tumis:

A : 4 ulas bawang Kecil dimayang halus
Daun sup 4-5 batang dipotong kecil
2 ulas bawang putih ditumbuk halus
Isi ayam, daging ataupun udang dipotong kecil, garam secukup rasa

Lain-lain:

1 sudu besar tepung jagung
2 biji telur dipukul rata bersama garam
 secukup rasa

Cara-cara:

Lenyek kentang rebus bersama tepung jagung dan campurkan bahan tumisan. Masukkan garam secukup rasa. Bentukkan bulat-bulat dan tekan dengan telapak tangan. Celupkan kedalam bancuhan telur dan goreng dengan api sederhana. 

Lain-lain tips:

Jika membuat sup bolehlah merebus isi ayam dan kentang serentak untuk digunakan bagi membuat begerdil.

Jom Cuba! 











Tiada ulasan: