Entri: catatan seorang bekas pelumba basikal kebangsaan ; persoalan yang belum lenyap....
Andai dapat ku putar waktu...
Kenangan adalah sesuatu yang terjauh, tak mungkin dapat dikembalikan semula...apa yang berlaku adalah ketentuanNya .Takdir adalah ketentuanNya namun sebagai manusia yang lemah kita masih boleh berusaha untuk memilih jalan yang lebih baik. Jika ditanya pada setiap orang tentang perkara dalam hidup mereka yang ingin diperbetulkan pasti terlalu banyak. Memang sudah terlambat untuk berpatah semula tetapi tidak salah rasanya kita mengutarakan sesuatu mengenainya untuk peringatan ataupun kebaikkan pihak lain biarpun kita sendiri tidak sempat melakukannya ketika itu. Bukan untuk berbangga diri atau membuka aib sendiri tetapi sebagai renungan bersama umat Islam agar kekilafan sebelum ini dapat diperbaikki.
Silam yang ditinggalkan...
Tulisan ku kali ini tercetus apabila seorang sahabat bertanyakan soalan cepu emas kepadaku. Soalannya lebih kurang begini...
'Awakkan bekas atlit kenapa tak masukkan lebih berkisar tentang pengalaman itu, awak rasa kalau awak masih aktif apa agaknya yang awak nak ubah tentang dunia sukan awak? Cara latihan? Lebih komitmen? kenapa tak 'onn' semula?apa awak buat bila dah tak aktif? Senang tak dapat kerja? Tak menyesalkan bersara muda dalam sukan? ... bertubi-tubi soalan hampir nak tergelak aku !
Soalan tersebut membuatkan saya tersenyum seketika...sebenarnya ianya bukanlah sesuatu yang mengujakan untuk ku ketengahkan.
Virus sendi
Tiada pencapaian yang membanggakan dapat ku kongsi, malah pengunduran secara 'paksa' di saat meningkat naik kerana virus sendi (cyclomegalovirus) serentak bersama demam kelenjar yang dikesan ketika menjalani latihan selama 6 bulan di Australia pada 1997 telah mengakibatkan 'kemurungan senyap' dalam diriku malah aku sering diserang igauan dan kekecewaan menghadapi nasib dunia sukanku. Setiap kali terjaga dari tidur ianya bagai baru semalaman berlaku. Ia berterusan bagi tempoh yang agak lama sehingga aku menghumban segala pingat-pingat yang pernah kuperolehi ke dalam tong sampah kerana tak sanggup menatapinya lagi.
Sekeping nota sebuah dorongan dari pakar pemakanan ISN Suhardi Alias ketika awal penglibatanku sekitar 1994/sukma Ipoh. |
Aku bukan pinta simpati.
*paralimpik singapura tendom
*duit poket di kedai basikal Singapura
Lantas ini sahajalah jawapan yang dapat ku berikan buat masa ini, panjang & lebar tapi tak lengkap sepenuhnya.!
Selepas pulih dari virus sendi sememangnya aku cuba bangkit semula. Memang agak sukar untuk memulakan sesuatu yang biasa dilakukan dengan mudah tetapi menjadi sangat sukar. Tempoh rehat hampir 2 tahun melenyapkan segala stamina dan kelasakkan yang pernah ku bina seawal remaja.
Anugerah Khas milo/mssm 1995
Jika dipermulaan kejayaanku ketika di alam persekolahan , aku tidak perlu risau tentang kerja, kejayaanku memenangi beberapa kejohanan kebangsaan mendayakan aku untuk menyara hidup sekadar makan dan mampu menghulur wang belanja dapur bagi membantu arwah abah dan mak pada ketika itu.Aku bukan dari keluarga yang berada....malah basikal pertamaku hanya basikal lumba diperbuat dari besi yang dibeli 'prelove' dari kedai basikal pondok tepi sungai klang.
tinggal kenangan...sapu bersih emas wanita, 3 pingat emas di perolehi....bukit pelindung berjaya ku tawan...dan adikku juga berjaya membawa 2 pingat gangsa ketika ini.
...Aku mula 'bangkit' setelah ke Singapura kerana diminta rakas bekas persaingan(pelumba singapura) berlatih sebagai sparing partner paralimpik buta (temdem@kemudi pelumba basikal kembar)Singapura sekitar lewat 90an. Aku terlalu muda ketika itu dan bertindak terburu-buru ketika menerima tawaran tersebut sedangkan tiada duit ditangan. Walaupun begitu abah sempat menghulurkan rm100 walaupun tidak kupinta. Tiada janji pasti tentang apa yang bakal kuperolehi atau bentuk 'upah'@kemudahan yang bakal kuterima di Singapura, yang aku tahu adalah aku inginkan landasan untuk memulakan penglibatanku dalam arena lumba basikal. Ketika itu juga staminaku mulai kembali sedikit demi sedikit dan ia melonjakkan semangatku semula dengan harapan setelah menimba pengalaman dan kejayaan yang diburu di sana. Rupa-rupanya ketika tiba di sana aku perlu 'membantu' kedai basikal juga bagi memperolehi 'elaun rm800 dollar sing'. Memang tiada pilihan, nak makan apa kat sana tanpa elaun? . Aku akan berlatih seawal pagi dan bekerja pada jam 10am. Walaupun agak mencabar perjuangan kuteruskan juga. 'Bos' aku juga layan aku dengan baik walaupun agak cerewet sikit. Mujur aku ada pengalaman bekerja dengan Ng Joo Ngan (kedai basikal berprestasi tinggi di Damansara) Aku mahu abah berasa bangga dengan kekuatan (mental) baru anaknya ini, kerana airmatanya pernah tumpah bila mengenang segala yang terpaksa kulalui dikala sangkaannya aku mampu meniti kejayaan.
Walaupun baru pertama kali menaiki basikal kembar/tendam dan mengemudi insan tanpa penglihatan aku rasa sangat teruja. Pada mulanya aku agak kekok kerana terpaksa mengawal gear mengikut kemampuan 'pasangan'. Komunikasi dan persefahaman sangat penting dan ia berbeza dengan berbasikal secara induvidu.
Selain itu juga cabaran lain adalah perbezaan lalu lintas di Singapura terutamanya ketika berada di lampu isyarat. Namun, kerana 'berdaya paksa' pada diri, aku pantas belajar dari kesilapan dan pemerhatian.
penyertaan pertama sukan sea 1995...ketika berusia 17 tahun.
(...kerana rasa cinta pada arena lumba basikal, ku tinggalkan kerja sebagai kerani di sebuah institusi pendidikkan swasta iaitu Systematik Klang untuk ke Singapura pada usia awal 20an...)
* Allah lebih sayangkan dia...
Kita hanya merancang Allah juga yang menentukan..akan tetapi genap sebulan aku di Singapura arwah abah kembali kerahmatullah, 3 hari sebelum itu aku sempat berbicara dengan arwah yang mengharapkan kegembiraanku.Walaupun sukar di Singapura aku kuatkan hati untuk abah...namun pemergiannya merentap hatiku, aku redha tetapi pada masa yang sama segala impianku dalam arena lumba basikal seolah-olah hilang kemudi.
Aku redha dengan pemergian arwah tetapi mungkin ketika itu aku terlalu mentah dan jiwaku terlalu muda untuk meneruskan impian kesukananku tanpanya.
Allah itu maha pengasih lagi Maha Penyayang & perjalananku pulang dari Singapura untuk menatap wajah suci arwah buat kali yang terakhir telah dipermudahkanNya. Aku berjaya menaiki bas terakhir malam itu dari Singapura ke Kuala Lumpur. Setiba di Kuala Lumpur Pakcu dan pakcik Mat menjemput aku dengan kereta. Aku bersyukur dengan kehadiran pakcik-pakcikku yang sangat prihatin itu....
* perjuangan...
*Ng Joo Ngan
Aku juga pernah bekerja dengan Ng Jo Ngan di premis Basikalnya sebelum bekerja di Systematik Klang (salah seorang dari jurulatih Kebangsaan) dan menerimanya walaupun jauh kerana beliau berbesar hati menawarkan tempat tinggal di rumah sewanya. Agak berisiko juga...bayangkan sahaja aku terpaksa berbasikal dari Damansara ke Rumah sewa di Sg.Besi K.Lmelalui lebuhraya dan hampir-hampir dirempuh kereta. Namun, memandangkan selalu terlewat kerana menaiki bas awam yang tidak menentu aku kuatkan hati meredah lebuhraya tersebut.
* rezeki
Terlalu banyak pengalaman kerja sebelum & selepas itu dan berkat kesabaran akhirnya Allah memberikan aku rezeki di kampung halamanku sendiri sebagai 'house keeping' di sebuah hotel 4 bintang. Setelah beberapa bulan aku berpeluang menyertai temuduga umum di sebuah agensi pihak berkuasa tempatan dan diterima sebagai penjawat awam bertaraf tetap setelah 5 tahun berjawatan kontrak. Oleh kerana sejarahku dalam bidang sukan, aku diberi perhatian ketika itu.
...aku bersyukur Allah masih memberikan aku rezeki sebegini walaupun aku sering kilaf dalam kehidupanku.
*sebuah pengertian untuk diri...
....aku akui, aku bukan muslimah yang baik; aku sedang berusaha untuk jadi lebih baik biarpun ia memang sukar bagiku. Jadi, sekiranya ada yang bertanya atau mahu tahu apa yang akan aku lakukan sekiranya aku masih dalam arena lumba basikal? Komitment lebih? Latihan lebih? Tumpuan 150 peratus? ...saman seorang pelumba yang cemburu sehingga menfitnahku ? Berasa kecewa dengan negara kerana meminggirkan aku? ....siapa aku untuk menuntut keistimewaan dengan sumbangan kecil ini?...sebenarnya tiada jawapan yang layak ku nyatakan kerana itulah yang terbaik dapat keluar dariku pada usia dan situasi tersebut. Aku juga tidak boleh mengubah takdir yang menentukan aku diserang virus sendi dan kematangan hari ini membuatkan aku lebih tenang dan redha biarpun ia menamatkan dunia sukan lumba basikal kompetetifku.
* Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....
Tak mungkin dapat diubah waktu arena ke'sukananku' walau sekadar imiginasi, apa yang aku terlepas pandang ketika jiwa remajaku adalah menjadi atlit yang sentiasa mendidik diri dengan ilmuNya dan kuat berbekalkan redhaNya. Dengan ini, aku akan lebih terbimbing di kala berjauhan dari keluarga...aku akan menjadi lebih tabah menghadapi dugaanNya malah lebih kuat dalam menghadapi cabaran.
...memperkukuhkan rohani & jasmani dan mengenakan pakaian muslimah lantas membuktikan Islam itu indah dan bukan mengongkong wanita bersukan dan mampu pergi jauh di arena antarabangsa di atas tiket warga Malaysia.
...mereka cipta/design jersi tanpa rasa ragu dan segan untuk memakainya di kala latihan dan pertandingan.
...semoga Allah mengampuni kelalaianku dan memberi aku kekuatan pada hari ini untuk terus berusaha memperbaiki diri.
Petikan seorang penyair dari buku Jangan bersedih:
'Masa lalu biarlah berlalu,
Dan harapan belum menjadi kenyataan,
Maka manfaatkanlah waktu,
Saat kau sedang menjalaninya....'
sumber: Perkongsian FB |
Walaupun begitu, aku harap kita tidak mudah jatuh hukum pada atlit muslimah, sebaliknya bimbing dan beri mereka ruang serta dorongan melihat alternatif yang ada bukan semata-mata mengutuk dan mengadili tanpa teguran yang betul.
Aku juga berharap ada pereka2 fesyen yang bersungguh-sungguh mereka cipta pakaian sukan muslim yang berkualiti serta canggih untuk atlet2 kita...
Aku juga harap ada penaja yang serius memberi pilihan sebegini....
Sekadar berkongsi...untuk tekanan atlet...
-sentiasa mengadu pada Allah di saat kesukaran
-bersyukur atas kemenangan mahupun kekalahan
-jangan biarkan tekanan makan diri...sebahagian dari atlit menjadi harapan org tua, persatuan dan sebagainya, fokus pada diri untuk melakukan yang terbaik bukan kerana takut menghampakan orang lain.
-berdisplin dalam latihan juga solat.
-sentiasa berusaha menambah ilmu agama & ilmu kesukanan.
-berightirfar & jangan putus asa dengan rahmatNya.
-no satu bukan kewajipan dan no.2,3,4,5 what so ever even lastm...bukan kekalahan...itu semua adalah proses kita mengenali kemampuan diri bukan kelemahan diri semata-mata...
*kerinduan dititipkan doa....semoga kalian bahagia di dinia&akhirat
*rindu pada geng jaya 98, geng PLBS & Zalina Pahang yang sering menceriakan suasana dengan sifat baik hati & happy go luckynya. Semoga success semuanya dan syabas buat PLBS yang merupakan persatuan yg berkaliber ketika itu di bawah naungan Arwah Dato Miskun Sutero, Amrun Misnuh, Ahmad Mohayen serta isterinya yang banyak memberikan sokongan moral, 'ayah' sekeluarga & seantero rakan seperjuangan era 90an serta yang pernah menjadi jurulatih jangka singkat &panjang iaitu arwah abah, uncle Morgan (pemandu MPPJ ketika itu)jurulatih hashim '(gelaran ayah',) Abdul Mutalib Mydin,velentin sotnikov serta jurulatih Australia martin vinnicombe yang pernah memberi bimbingan padu...maaf kpd yg tertinggal.
YAKEB : YAYASAN KEBAJIKAN ATLET KEBANGSAAN
Akhir sekali untuk atlet dan bekas atlit kebangsaan yang sekurang-kurangnya pernah bertanding di Sukan Sea daftarlah dengan YAKEB, akupun baru tahu perihal Yakeb melalui internet dan baru berdaftar tahun lepas walaupun ia telah lama ditubuhkan. Rugi juga sebab masa masuk wad seminggu 'operat' kaki...'time'tu belum daftar kalau tak mungkin Wakil Yakeb datang melawat dan dapat sumbangan @ insuran Yakeb, maklum sahajalah sampai sekarang masih kena g pakar huhuhuhu....kikikiki (gurau jer). Untuk tahu lebih lanjut tentang Yakeb singgahlah ke laman webnyer:
Akhir kata kepada badan sukan yang pernah memiliki atlet berpotensi tetapi terpaksa berehat panjang...semoga mereka tidak dipinggirkan. Dengan sokongan yang betul saya percaya mereka sebenarnya masih mampu berjaya malah mungkin lebih kuat lagi..jika tidak anda mungkin mensia-siakan sebutir lagi mutiara yang tertimbus dek pasir....dan aku bukan lagi sebahagian dari mutiara itu kerana kini aku jauh tenggelam retak berkecai dipersada sukan antarabangsa.
Tahniah tak terhingga buat Fatehah/azizul dan atlet yang telah menjejak kayuhan di arena dunia&olimpik. Sangat kagum dengan pencapaian kalian dan semoga terus suksess mengharumkan nama negara!
Juga buat semua atlit tidak kira acara, bangsa dan agama yang membawa satu bendera, aku sentiasa menyokong komitmen kalian dengan doa dan harapan! MALAYSIA BOLEH!!!!
Sejenak renungan bersama....
"Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan mengutus 4 malaikat,
Malaikat pertama akan mengambil selera makannya...
Malaikat ke 2 akan mengambil rezekinya..
Malaikat ke 3 akan mengambil kecantikkan/ketampanannya (pucat)...
Malaikat ke 4 akan mengambil dosanya...
Apabila sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambanya kembali sihat, Allah akan menyuruh malaikat pertama, kedua dan ketiga untuk mengembalikan apa yang telah diambil oleh mereka; akan tetapi Allah tidak menyuruh malaikat ke 4 mengembalikan dosa tersebut.
SubhanAllah, begitu baik kasih & sayangnya Allah terhadap hamba-hambaNya.
MAKA janganlah bersangka buruk terhadap Allah tatkala sakit, bersyukurlah & ucapkanlah Alhamdullillah atasnya sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapusan dari segala dosa..."
Berkaitan... :
26.09.2014
Mendapat berita ibu kepada saudara Aminuddin (pengerusi operasi Yakeb ketika ini) telah kembali ke Rahmatullah, kepada muslim marilah kita sedekahkan Al-Fatihah semoga roh nya dicucuri rahmat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan