Isnin, 26 Ogos 2013

Rujuk-rujuk dapat ilmu...


Semalam merupakan waktu yang seronok buat aku 'bertaman'. Agak lama juga tidak mengulit bunga-bungaan sejak Aidilfitri. Rumput-rumpai ini gemuk bergembira di celah-celah tanaman yang menanti dibelai.


Pokok bendi merajuk kerana aku tak sempat nak petik hasilnya yang kini sudah tua-tua belaka. Tidak mengapa, hasilnya akan kusemai semula sebagai benih tanpa rasa jemu.


Walaupun agak sedih dengan nasib yang menimpa si bendi, sedikit sebanyak kehampaan itu terubat apabila pokok tembikai susuku telah berhasil. cilik betul saiznya, maklumlah benihnya ku semai daripada buah tembikai susu yang kubeli beberapa bulan lalu.


Aku yakin walaupun bersaiz kecil tetapi ia sudah sedia dimakan memandangkan pada baunya yang wangi dan telah terpisah dari tangkainya.Inilah pertama kali aku merasa hasil buah tembikai susuku sendiri.Happy betul...lebih happy kerana ia tanpa sebarang baja kimia!

Sarapan ku pagi ini bukan saja beserta buah tembikai susu, malah buah mulberi yang tumbuh subur di laman cilikku.


Pokok ini kuperolehi dari ibu mertua kakakku. Walaupun cuaca di sana juga panas tetapi kedinginan dari kawasan bersungai jernih di sana menyebabkan mulbery gemuk-gemuk belaka biarpun tanpa pembajaan. Di Klang ia juga mampu tumbuh subur biarpun saiznya tampak berbeza namun ianya cukup menggembirakan hatiku.


Buah mulberi ini agak masam kecuali jika kita memakannya ketika warnanya merah 'merun', masam-masam manis.

putik buah mulberi

Burung kecil juga sangat menyukai mulbery, sambil-sambil manikmati mulberi sempat juga burung tu bedal sang beluncas! Makan besar nampaknyer. Baru kenyang...lauk ada, buahpun ada...


Perkongsian laman dengan sang burung tidak merugikan aku kerana mulberi mudah berbuah.


Sifatnya yang seperti pokok bunga raya juga membuatkan ianya mudah ditanam dengan keratan batang yang matang.


Melalui pembacaanku dari majalah Laman, vitamin C yang ada pada mulberi lebih kaya dari buah oren!


Oh, bercakap mengenai majalah, Majalah Laman merupakan rujukkan yang sangat baik bagi mereka yang gemar bertaman terutamanya yang mendambarkan majalah berkonsepkan tanaman & lanskap berbahasa Melayu. Ia benar-benar berbaloi kerana terdapat pelbagai tips berkaitan.


Orkid pasuanku tidak berapa menjadi menjelang syawal, tidak seperti tahun lepas ia bagai meletup-letup di dalam pasu, mungkin juga bulan lalu aku baru membuat rombakkan secara besar-besaran kerana orkidku mula menunjukkan tanda-tanda pasif dek kerana terlalu sarat dengan akar-akar yang tidak diperlukan menyebabkan tumbuhbesarnya terencat mengapung air.
Mungkin sebulan dua selepas ini ia akan kembali subur.

Mujur benih dari bunga-bunga marigold dan zinnia pemberian makcikku dari Banting telah menjadi dan mekar menyerikan suasana.



Warnanya yang terang sememangnya menambat hati malah cara penanamannya juga agak ringkas, hanya perlu taburkan benihnya dari bunganya yang kering....dan tak sampai seminggu anak pokok mula kelihatan!


Kawanku juga pernah meminta kuntuman bunga-bunga zinnia untuk dijadikan deko pada hiasan sireh junjungnya. Jimat!







Zinnia sebenarnya ada pelbagai warna selain merah, Walaupun umurnya tak panjang namun ianya memang berbaloi dan mudah disemai semula.


Pastikan ia mendapat air yang mencukupi serta cahaya matahari yang penuh.


Ketika hari ke 2 syawal aku sempat mengunjungi rumah 'achik Banting'. Pokok bunganya gemuk-gemuk belaka. Walaupun baru beberapa tahun tinggal di situ setelah suaminya pencen, namun hasil tangan achik yang kreatif sangat mengujakan aku seolah-olah  beliau telah tinggal di situ berbelas tahun lamanya.Rugi rasanya tidak merakamkan suasana dan hasil tangan achik. Insyaallah di lain masa saya akan merakamkannya.

Banyak perkara berkaitan tanaman kurujuk dari achik, malah achik juga tak lokek berkongsi malah kami seronok berbual mengenainya sedang ahli keluarga yang lain menyerbu nasi tomato ayam masak merah achik.

Kelihatan juga orkid yang pernah kuberikan pada achik kelihatan sangat subur. Menjadi betul air tangan achik. Achik turut berkongsi  petuanya denganku. Terkejut aku apabila achik memberitahu padaku bahawa achik membuat baja sendiri dengan lebihan sayur ataupun kangkung! Tiada baja komersial yang pernah digunakan semata-mata 'handmade'!

Antara petua membuat baja yang acik berikan adalah:

Kangkung mentah atau lebihan sayur dicincang (2-4 genggam)
Secawan yogard
Secawan gula merah
Secawan air
Sesudu kapur

Campurkan di dalam satu bekas dan peram ditempat dingin (suhu bilik)
Perlu dibuka tempat tutup 1 kali sehari untuk melepaskan gasnya sehingga semua reput dan sebati.
Tapis airnya dan ambil lebih kurang setengah cawan untuk campuran sebaldi air dan disiramkan pada pokok 2-3 kali sebulan. Boleh juga dibuat dalam kaedah semburan.

Saya telah mencuba kaedah ini dan ternyata sangat berkesan.

*...buat achik terima kasih atas perkongsian minat ini Semoga Allah memberikan rezeki & pahala berpanjangan terhadap kemurahan hatimu...


Moh cuci mata...koleksi Inspirasi dari flora achik:

















Tiada ulasan: