Antara tempat yang membuat ku teruja berkaitan dekorasi adalah Ikea.
Susun aturnya dan baranganya agak menarik biarpun ada sesetengah barangan yang harganya agak tidak masuk akal.
Susun aturnya dan baranganya agak menarik biarpun ada sesetengah barangan yang harganya agak tidak masuk akal.
'rm630 jer....' |
Mungkin dari sudut pandang seni sesetengah induvidu ia agak berbaloi untuk dimiliki.
Paling aku suka adalah susun atur 'rumah kecil' di permulaan pameran, ianya sangat kreatif dan memiliki ciri-ciri idaman; praktikal dan realistik!
Jika berkemampuan, sememangnya aku mahu kediamanku disusun atur begitu...huhuhu.
Apapun, kehadiranku dengan budget yang terhad di sini semata-mata untuk membeli tempat gantung sudip dan sudu selain menjamu mata dengan susun atur pameran yang kreatif dan bergaya.
...dalam pemerhatian...mmm |
Penggosok habuk yang praktikal dan 'best'! |
Dengan kos tidak lebih dari RM 15 ringgit ianya agak berbaloi mendapatkan penggantung sudu untuk dapurku yang cilik.
Itulah yang menariknya ikea, turut menawarkan produk mampu milik selain barangan yang eksklusif.
Itulah yang menariknya ikea, turut menawarkan produk mampu milik selain barangan yang eksklusif.
Parkir kereta juga percuma asalkan ada pembelian dilakukan dan perlu beredar dalam masa 15minit selepas bayaran dibuat...jika tidak, terpaksalah bayar juga...
Tiada yang mengecewakan aku walaupun harga perabot idamanku berada diluar kemampuan ketika ini...
agak2 'Sesak nafas' dengan harga perabot impian boleh 'pekena CPR' Ikea style:)
Dalam keasyikkan menjamu mata, sebagai manusia biasa adakalanya keinginan kita melebihi kemampuan. Oleh itu saya ingin mengingatkan diri saya juga untuk bersabar dan berbelanja dengan berhemah.
Kepada yang berpendapatan rendah atau sederhana seperti saya jangan mudah putus asa atau mudah terbeban dengan hutang semata-mata untuk mendapatkan sesuatu yang boleh diusahakan secara berdikit-dikit, terutamanya barangan yang bukan perkara utama dalam keperluan kita.
Saya sendiri mengambil masa beberapa tahun untuk membeli barangan yang diidamkan. Pasti ramai antara kita juga semakin bijak menilai dan membuat keputusan dalam memenuhi keperluan hidup yang semakin meningkat dan adakalanya timbul sentuhan kreatif untuk menjadikan sesuatu yang murah tampak lebih bergaya dan bermanfaat.
Perkongsian deko dariku :
Terdapat beberapa barangan yang saya beli dari Ikea sejak 3 tahun ini, walaupun bukan barangan mewah tetapi bukan sahaja cantik tetapi sangat mesra ruang dan membantu keperluan dapur dan kediamanku yang comel.
Aku juga tidak menafikan, ada perasaan ingin kembali ke Ikea bukan sahaja kerana dekorasinya yang menarik tetapi kerana produk-produk 'do it yourself' yang ada di situ.
Diari deko ikea
Inspirasi berdikit-dikit :
Sekitar awal tahun 2015:-
Jun 2015 :
Antara 'magic' yang aku temui di ikea:
Pertengahan tahun 2017:

Pelita lilin Ikea dijadikan sebahagian dekorasiku selain tujuan 'kecemasan'. |
Terdapat beberapa barangan yang saya beli dari Ikea sejak 3 tahun ini, walaupun bukan barangan mewah tetapi bukan sahaja cantik tetapi sangat mesra ruang dan membantu keperluan dapur dan kediamanku yang comel.
Keseluruhan rak lekat dinding & cermin hiasan yang beharga < RM160 |
Rak pertama dibeli sekitar tahun 2011, ada tawaran istimewa ketika itu & harga keseluruhan set kurang dari RM50! |
Aku juga tidak menafikan, ada perasaan ingin kembali ke Ikea bukan sahaja kerana dekorasinya yang menarik tetapi kerana produk-produk 'do it yourself' yang ada di situ.
Diari deko ikea
Inspirasi berdikit-dikit :
set penyangkut langsir 2 panel kurang rm20
Jam dinding Ikea bernilai rm2.50 pemberian abang sulongku masih berfungsi sehingga hari ini setelah hampir 5 bulan dengan hanya 1unit bateri AA (berjenama). Sangat berbaloi! |
Sekitar awal tahun 2015:-
3 set (boleh cerai) rm117
Kami jadikan ruang penempatan tuala, kain batik dan kain pelikat kegunaan tetamu.
harga kurang rm150. Warna menarik pelbagai guna. Kami tempatkan ubat-ubatan.
Jun 2015 :
mini kabinet d.i.y : rm dalam seratus dua puluh lebih. Tak ingat harga tepat.
sesuai ditempatkan bawah para. Harga set lengkap di bawah rm100/rak bakul rm10-rm20 shj(pilihan berbagai saiz) dan rangka lebih kurang rm60. Kelemahan pembelian adalah agak keliru semasa nak cari bahagian-bahagian yang perlu disatukan sehingga aku tak tahu nak ambil bahagian yang boleh melancarkan tarikkan bakul tersebut.
0gos 2015...
Mood melukis datang lagi...nak tempah frame agak mahal...saiz kertas lukisan A2.
Mujur ada 'budget frame ikea' : SAXNAS RM19.90/1 unit.
Pemasangan agak mudah, kertas latar putih sedia ada hanya tinggal diterbalikkan saja!
Inspirasi April 2016:
Terkini kami mendapatkan 2 unit almari kallax untuk dijadikan kabinet dapur. Agak berbaloi sebab bila servey kabinet pasang siap tambahan memerlukan 'ribu-riban' rm juga...
Dengan modal tak sampai seribu kami akhirnya berjaya menjadikan dapur kami tampak 'mewah' dan luas (16x8kps)... si lolapun tak puas 'menengok'...
Akan tetapi jika guna kabinet nie....
bermain warna dengan aksesori ataupun peralatan dapur untuk menaikkan seri jika menggunakan kabinet serba putih. |
Bekas telus pandang 'meluaskan' ruang kelihatan ceria dengan penutup bewarna-warni.
susun pinggan mangkuk yang kerap digunakan dengan cara yang mudah dikeluarkanm |
Antara 'magic' yang aku temui di ikea:
bucu kaca yang tajam dapat diatasi dengan tapak tangan hitam ni... |
Masih berfungsi setelah 9 tahun dimiliki...harga dalam rm49 ketika itu... |
bekas simpan plastik yg berbaloi dimiliki |
Pertengahan tahun 2017:
Memaksimakan penggunaan almari Kallax: buntu nak simpan toto kat mana? ini antara penyelesaiannya!
Kerusi ni hanya rm35 setiap satu. Senang nak simpan untuk menjimatkan penggunaan ruang. |
makan bersantai...
Seperkara yang membuatkan aku sedih sikit adalah kerana tempat makan 'budget' selepas kaunter bayaran hanya menyediakan meja bulat tanpa tempat duduk. Kelihatan pelanggan berdiri sambil menikmati 'roti kepit sosej' bersama air 'free refil' yang menjadi tarikkan di situ.
Harga makanan segera di situ sangat berbaloi terutamanya yang membawa keluarga dan saudara mara, sejak tiada kerusi disediakan, aku tidak lagi makan di situ memandangkan meja makan berkerusi di bahagian luar agak terhad. Hampa juga kerana aku gemarkan hidangannya yang ringkas.
Makan berdiri sebenarnya banyak membawa keburukkan dan kita arus peka akan hal ini. Semoga Ikea 'mengembalikan' nikmat duduk di situ!
*seperkara lagi, surau agak sempit dan terpaksa bersesak terutamanya untuk solat Asar & Magrib.
*seperkara lagi, surau agak sempit dan terpaksa bersesak terutamanya untuk solat Asar & Magrib.
Yang nie best:
Apapun...selain itu inilah perasaanku terhadap Ikea, tajuknye...I Like!!!
Lagi Inspirasi... tajuk koleksi: resume part time Ikea artis...hua hua huar!
Life :
Hitam putih:
Dah habis lukis nak kongsi resepi 'ayam tumis kuah kuning' ala rendang.
Bahan
Setengah ekor ayam dipotong 6, bersihkan dan tumis separuh masak dengan setengah cawan minyak setelah digaul dengan sedikit lada hitam dan serbuk kunyit. Angkat tepi.
Bahan lain dikisar dan tumis menggunakan lebihan minyak ayam tadi:
Serai 4 batang (2 kisar, 2 ketuk)
Cili api 10 biji
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 3-4 ulas
Halia dan kunyit hidup besar separuh kelingking
Sedikit lengkuas
Setelah tumisan naik bau masukkan sebiji cili besar (tumbuk kasar)
Sehelai daun kunyit dimayang
3 helai daun limau purut yang dimayang
Asam keping (sekeping)
2 sudu kerisik
Masukkan Ayam yang telah digoreng tadi
2-3 cawan air dan sedikit santan mengikut citarasa
Masak hingga mendidih dan perisakan dengan garam.siap!
Kalau nak jadikan rendang kurangkan air dan lebihkan saja santan dan kerisik!