Sabtu, 27 Februari 2016

Ketip kuku bayi

Sebelum kelahiran bayi, seperti kebiasaan ibu bapa yang lain aku akan  membuat pelbagai persediaan terutamanya
berkaitan  hal  pengurusan  bayi. Antara cabaran  utama bagiku dalam meguruskan bayi adalah memotong /mengetip kuku bayi. Aku sempat membeli ketip kuku bayi yang kudapati paling murahpun dalam RM10. Sebelum itu aku turut bertanyakan pengalaman  beberapa  sahabatku. Ada di antara  mereka  yang  menyarankan  agar  menggunakan pengetip kuku biasa sahaja kerana ia lebih mudah. Ada juga yang sarankan guna 'gigi' sendiri....pendek kata ada macam-macam  saranan.

Apapun  bila dah 'berbayi' dan menguruskan  bayi  sendiri baru aku sedar mana satu kaedah yang sesuai bergantung pada situasi dan kebolehan   kita. Pembelian ketip kuku bayi nampaknya  tidak  banyak  membantu  malah agak sukar pula untuk digunakan. Akhirnya  aku menggunakan   kepit kuku 'serong' kegemaranku.

Apabila  menggunakan  kepit kuku jenis pisau serong, penglihatan  akan lebih mudah.

Kuku  bayi agak cepat panjang. 2 kali seminggu juga aku perlu 'maintain'kan. Jangan  potong terlalu  pendek pulak, kesian  bayi kepedihan. Ketika mengetip kuku bayi kita juga jangan 'over confident ' bimbang terpotong jari-jemari  bayi yang comel tu. Sentiasalah berhati-hati  dan rehat sebentar jika rasa letih dek kerana mengawal kedudukkan  badan sendiri. Aktiviti  ni paling sesuai dilakukan  ketika bayi lena tidur.

Jika  tidak  yakin  dengan  pengetip kuku boleh juga gunting kuku bayi dengan gunting jenis nie.


Rabu, 17 Februari 2016

Sambal kicap


Nampak macam mudah tapi kalau tak kena gaya rasanya tak mencapai  selera yang diharapkan. Sambal kicap nie paling popular di Johor, pada mulanya aku pelik juga tengok 'orang' sana cicah dengan pisang goreng. Tapi bila aku cuba sendiri ternyata memang sedap lebih-lebih lagi rasa sambal kicapnya agak berlainan dari yang pernah aku rasa. Senang kata ada ummmppp!! :)

Meh nak kongsi sambal kicap 'my style' :
 Bersihkan,tos dan tumis seketika bahan-bahan tersebut dengan 1 sudu besar minyak masak (dalam seminit dua sahaja):


Tumis terlebih dahulu dengan sesudu minyak masak:
*segenggam cili api
*1-2 ulas bawang putih


Setelah menumis, kisar bahan-bahan * tersebut bersama 1 sudu kecil  asam jawa,1 senduk kicap@ikut suka kita perisakan dengan gula dan garam secukup rasa. Jika kicap  tersebut dah manis@masin tak perlulah tambah gula/garam.

Setelah dikisar halus perahkan  limau kasturi@limau nipis.

Siap!



Isnin, 1 Februari 2016

Hari pertama bayi di rumah pengasuh : Satu Perjuangan...


Biarpun aku masih bercuti,aku perlu menyerahkan bayiku ke rumah pengasuh untuk tempoh percubaan. Menurut insan yang berpengalaman ini untuk membiasakan bayi secara berdikit-dikit tetapi bagi aku ia adalah tempoh masa untuk membiasakan 2 hati...bayi dan ibu itu sendiri... sessi 'menyerahkan bayi' kepada pengasuh di peringkat ini bukanlah sesuatu yang menjadi keringanan untukku. Rasa sayu dan bersalah mula singgah di dalam hati setiap kali wajah suci bayi kutatap. Untuk minggu pertama ini aku hanya menghantar bayi separuh hari. Hari pertama bayiku tidak menyusu banyak di rumah pengasuh. Agak menyedihkan juga sebab apabila tiba kembali di rumahku  bayi sudah pandai merajuk. Sepanjang petang menyatakan kesedihannya dan menikmati susu badan bagai tiada lagi hari esok....


 *mengekalkan kelestarian stok susu sejak awal berpantang kini juga satu perjuangan.

Merialisasikan kecukupan stok selagi terdaya dan diizinNya merupakan satu detik yang tidak kurang lelahnya. Sebagaimana ibu-ibu lain, aku ingin memberikan susu yang terbaik untuk bayiku.... Untuk sebuah perasaan...ianya adalah sesuatu yang sukar.Aku sedar ini baru permulaan. Aku bersyukur kerana Allah mempermudahkan urusan aku dengan 'memberi ku' pasangan pengasuh yang memiliki keluarga yang penyayang, tetapi naluri seorang ibu yang baru melahirkan...menjaga siang dan berjaga malam menyusu serta merangkul bayinya saban waktu tatkala bayi 'sedih' dan lapar...memandikan dan membelai tiap inci tubuhnya yang comel. Kini di usia hampir 3 bulan aku terpaksa melepaskannya dan merasai 'kesedihan' ibu-ibu bekerja yang melepaskan sementara tanggungjawab dan amanah kepada wanita/keluarga lain... Mungkin ada yang beranggapan aku terlalu 'tegas dan kejam' memandikan bayiku seawal subuh sedangkan pengasuh boleh memandikannya. Ada yang kata 'kan ko dah bayar...' bayaran menjaga bayi sebenarnya bagi aku memang'terlalu' mahal serta tak ternilai dan RM300 yang diberikan 'adalah terlalu murah' jika dibandingkan dengan harga sebuah amanah dan risiko yang diambil oleh seorang pengasuh. Bagi aku pengasuh yang amanah dan penyayang seangkatan dengan pekerjaan yang diangkat mulia seperti guru dan doktor. Memandikan bayi seawal pagi bukan bermakna aku tidak percaya kepada pengasuh tetapi aku mahu merasai ikatan antara ibu dan anak itu. Ia adalah cara aku memberikan kasih sayang padanya diawal hari sebelum ke tempat kerja. Inilah Peluang untuk aku membelai dan membelek tiap inci kulitnya dengan kasih sayang biarpun aku sedar ini adalah kenangan yang hanya aku akan ingati manakala bayi 'akan melupakan' detik-detik ini seraya usianya yang kian meningkat. Alhamdullillah bayiku kini selesa mandi awal. Jam 5 pagi matanya sudah celik. Seawal jam 4-5 pagi aku akan meletakkan bayi di bilik lain dan menyusukannya,tidak terus mengejutkan bayi untuk bangun mandi . Perubahan cahaya,suhu/kipas dan tempat akan memudahkan bayi bangun nanti. Sementara itu, aku sendiri mandi bak persiapan ke alam pekerjaan,biar bayi hadam susu dulu bimbang muntah jika terus dimandikan awal waktu begini. Tempat mandi bayi dan pakaiannya juga kusediakan ketika ini dan barulah kembali kepada bayi. Lampu bilik dihidupkan dan bayiku diberi peluang seketika menggeliat dan bangun tanpa paksaan yang ketara. Selesai mandi bayi akan aku susukan kembali sebelum menghantarnya ke rumah pengasuh.Bayiku kembali lena setelah dimandikan dan siap berpakaian,sempat pula bayi mengeluarkan tawanya diiringi sebuah senyuman yang mencuri hati.Tatkala inilah 'perjuangan' perasaan kembali bermula dan mata tiba-tiba rasa pedih...macam ada habuk tebal melekat di birai mata,dada bagai dipukul-pukul dan kaki seolah-olah terumbang-ambing di atas rakit yang dibawa arus... Ketika ini rasa macam nak letak jawatan 24jam....
 

tatkala airmata bergenang Lola berhanti makan dan 'mula menegurku' seolah-olah berkongsi perasaan.
Semoga Allah tabahkan aku dan semua ibu bapa mengharungi hari-hari seterusnya....

Minggu ke 3 :cara kami pujuk bayi meragam 'lawan tidur'.

Bayi semakin  serasi di rumah  pengasuh. Aku bersyukur kerana bayi tidak menangis setiap kali serahan  dilakukan. Masuk usia 3 bulan bayiku mempunyai ragam baru. Setiap kali ambil di rumah pengasuh bayi tidak mahu tidur biarpun sebelum ini keluarga pengasuhku rajin melayaninya. Sesetengah orang kata jaga bayi ni mudah...pastikan tak lapar,tak sakit dan pampers 'cantik' gerenti bayi ok...tapi untuk memastikan semua itu bukanlah sesuatu yang mudah. Semakin bayi membesar lain pula cabarannya. Bayiku sudah aktif berborak malah 'melawan' rasa mengantuk seolah-olah   tidur itu satu kerugian.  Bila nak tertidur bayi mula mengamuk dan menangis sehinggakan nak tukar pamperspun susah kerana setiap kali baring bayi akan menangis kuat kerana tidak mahu 'tertidur' tatkala berbaring. Bukan mudah nak mententeramkannya sampai rujuk  petua di utube serta 'pakcik google'pun gagal. Buai enjut dan dukung dodoipun tak berjaya sehigga aku hilang idea apabila tangisannya makin kuat. Yang kelakarnya pengasuh sebelah rumah siap datang menjengah di tingkap sebab bimbang akan tangisannya yang kuat (teringat aku pada kata-kata adik iparku...jangan nanti maknya (aku) tiba-tiba sahaja ada kat pagar rumah pengasuh/waktu baru-baru hantar sebab bimbangkan bayi-nampaknya sebaliknya yang berlaku...kikiki)Akirnya suami mencadangkan agar kami masukkan bayi dalam carrier sebab dah tak larat nak dukung dan berjalan dalam rumah kerana lewat petang. Nampaknya ia berkesan untuk bayiku kerana bayi mula leka seolah-olah sedang dibawa jalan-jalan akhirnya tertidur. Mungkin bayi 'tuntut' dari kami untuk membawanya 'jalan-jalan' setelah seharian tidak kelihatan. Lain bayi mungkin lain pula cara pujuknya...banyak  sebenarnya cara memujuk bayi cuma kita perlu terus mencuba sehingga bertemu 'jodoh' yang sesuai untuk mententeramkan bayi kita.

Aku akan pastikan bayi disusukan sebelum kerumah pengasuh agar bayi memperolehi susu badan yang segar setiap pagi. Rasa tekad untuk memandikan bayi awal pagi semakin dirasakan sesuatu yang tepat memandangkan aku masuk kerja awal. Pengasuhpun tidak begitu berkira kerana perlu menerima  kehadiran  bayiku seawal 630pagi. Jika aku mandikan bayi maka kurang sikit bebanan beliau kerana beliau mungkin nak buat kerja rumah yang lain awal-awal pagi.Pernah juga aku terlewat dan tak sempat mandikan bayi. Rasa sangat bersalah sebab terlambat. Kali ini memang aku tekad untuk mengabaikan rasa mengantuk. Melawan nafsu tidur walaipun setelah beberapa kali bangun sepanjang malam untuk menyusukan bayi. Ini juga merupakan satu perjuangan, dan ia menyebabkan aku lebih berdisiplin untuk mandi awal pagi sebelum subuh dan memandikan bayi pula selepas itu.

Benarlah kata suami& teman-teman terdahulu...permulaan  itu memang satu kesukaran ...satu perjuangan tatkala 'melepaskan' bayi kepada insan lain...masuk minggu ke3 emosiku semakin stabil lebih-lebih  kerana memiliki keluarga pengasuh  yang penyayang. Cuma kerinduan dan ingatan itu tak pernah reda walau di mana aku berada...masih kuat bertandang dalam mainan jiwa. Mungkin ini yang dikatakan naluri seorang ibu. Hidup satu perjalanan  yang sementara tetapi terlalu banyak ilmu yang ada disekitarnya...belajar dan belajar dari setiap kesilapan.

...kuatkan hati dan jiwa...zikir adalah penyembuhnya...

Bertemu dan berpisah kita kerana Allah.

Survey pusat asuhan bayi sekitar Jalan Sungai Udang,Klang : 3 bulan

Alhamdullillah akhirnya kami telah mendapat pengasuh untuk bayi kami. Bukan mudah nak dapat induvidu dan tempat yang sesuai. Maklumlah menjaga bayi bukan urusan mudah,tak semua pusat jagaan menerima jagaan bayi mungkin kerana faktor risiko dan sumber tenaga kerja terlatih, Jika adapun kena booking awal.Sebelum ini kami ada juga survey pusat asuhan sekitar kejiranan kami. Pada awalnya nak hantar di pusat jagaan bayi jabatan yang hanya melibatkan kos jagaan RM120. Agak murah mungkin kerana bersabsidi tetapi dek kerana faktor tugas yang melibatkan shiff dan lokasi, hasrat itu kami batalkan. Biarlah mahal sedikit asalkan sesuai dengan perjalanan kerja dan sebagainya. Pilihan seterusnya sebelum ini adalah pusat jagaan Al-Zahrah di Jalan Hassan Off Sg. Udang. Ini adalah kerana adikku pernah menghantar bayinya di situ 6 tahun dulu. Kosnya dalam RM250,sekarang kos mesti dah naik. Biarpun ramai yang hantar ke situ, aku dapati pengurusannya cekap dan kanak-kanak agak ceria dan meriah. Malangnya ketika aku lihat web mereka,pusat jagaan mereka kini hanya menerima kanak-kanak yang berusia 8 bulan. Oleh kerana tak yakin dengan web tersebut aku terus menghubungi pusat jagaan tersebut memandangkan beberapa tahun lalu adikku pernah menggunakan khidmat mereka. Kecewa juga bila dimaklumkan mereka hanya menerima kanak-kanak yang sudah boleh mula berjalan...mmm lainlah jika bayiku sudah boleh berjalan ketika umur 3 bulan nie mungkin ada harapan...kikiki Rasa 'blur' sekejab bila Al-Zahrah dah tak terima jagaan bayi. Aku cuba pula menghubungi taska di belakang Masjid binaan Demak di Sungai Udang. Dapat info dari laman web mereka akan tetapi kedua-dua no.telefon yang dinyatakan gagal dihubungi...aduss... Akhirnya melalui web juga aku berjaya menghubungi Taska Comel Intelek di Amazing Height Sungai Udang. Mereka menerima jagaan bayi dan bayaran dikenakan adalah RM380(tertelan juga air liur)tetapi tidak mengapalah,bukan mudah nak jaga bayi,nak bayar pekerja lagi....yang bagusnya tiada deposit manakala duit booking RM50. Rasa lega sangat. Ketika hampir 'booking'di Pusat tersebut, 'kakak' sebelah pula rasa simpati dan menawarkan kesanggupannya menjaga bayiku. Sebenarnya beliau memang sedang menjaga beberapa orang kanak-kanak dan kini setelah suaminya pencen ada keringanan untuk menjaga bayiku memandangkan suaminya juga berbesar hati untuk membantu. Aku pada mulanya ragu-ragu sebab tak mahu membebankan 'kakak' tersebut. Akhirnya setelah berbincang dengan suami,kamipun setuju hantar bayi pada kakak tu. Sebelah rumah saja,mereka berduapun pasangan yang baik,penyayang dan berpengalaman. Sebiji macam 'mak-mak,ayah-ayah'. Bersyukur kerana Allah mempermudahkan pencarian kami... kepada yang masih mencari pengasuh bayi cubalah servey laman web taska comel intelek,Amazing Heights namun jika dah penuh khabarnya ada juga taska yang menerima jagaan bayi disekitar klinik Desa Sungai Udang.