Ayuh, manfaatkan air hujan! |
Alhamdullillah syukur....sesungguhnya Allah sayangkan kita semua! Tatkala kita diuji oleh jerebu dan pencemaran udara dari tangan-tangan manusia sendiri hari ini hujan turun jua membasahi bumi kita berkat doa dan usaha yang berterusan. Jerebu mungkin datang dan pergi tetapi usaha dan doa harus diteruskan selain dari bersyukur dan bersyukur!
Mungkin ada tempat lain yang belum mendapat kunjungan hujan, aku doakan agar kalian tabah dan sabar serta tidak henti berdoa dan bergantung harap padaNya.
Nampaknya ketika ini bukan sahaja di tanahair kita memgalamai jerebu, malah di China juga mencatatkan peristiwa jerebu yang serius sehingga merosakkan kualiti tanaman.
Jangan lupa letakkan ubat jentik-jentik dalam bekas tadahan untuk mengelakkan pembiakkan aedes |
Hujan damai yang turun hari ini sedikit sebanyak melegakan bukan sahaja mengurangkan kesan jerebu tetapi memberi kedinginan dari panas terik yang melanda baru-baru ini.
Ketika berada di Johor hujung minggu lalu, banyak hutan di tepian lebuhraya yang terbakar malah rumput di rumah nenek turut kekeringan bagai diracun.
Tadahkan hujan walau sebaldi cuma! |
Sekali lagi syukur tak terhingga dengan pemberianNya. Hari ini kebetulan ada kelapangan dan Aku berkesempatan membuat tadahan air disamping membasuh lantai anjung yang berdebu. Terdetik juga dalam hati kecil akan kesukaran sebahagian masyarakat yang terpaksa memasak atau membasuh dengan tadahan air hujan kerana masalah bekalan air yang kritikal. Terkenang zaman kanak-kanak ku, memang sering membuat tadahan air untuk mandi-manda dan membasuh kerana ada ketika dalam setahun pasti ada beberapa kali bekalan air terputus. Pantang hujan lebat, macam pesta air kami adik beradik berbasahan sambil berguling di setiap lopak air yang terbentuk. Oleh yang demikian, marilah kita gunakan kesempatan dan kurniaanNya ini sebaik mungkin dengan sekurang-kurangnya membuat tadahan air walau sebaldi cuma!
Bersesuaian pula kesyukuran pagi ini dengan menu yang telah aku siapkan, pulut kuning dan rendang daging. Sebenarnya sudah lama aku tidak membuat hidangan ini.
Jom cuba buat resepi yang saya kongsikan ini!
Pulut kuning
2 cawan pulut rendam semalaman bersama setengah sudu kecil pulut dan sekeping asam keping.
Tos pulut dan kukus. Lubang kukus saya tutupkan dengan helaian daun pandan.Kukus 20minit.
Tuang pulut dalam besen, buang daun pandan kemudian gaul bersama setengah cawan santan yang telah dipanaskan terlebih dahulu bersama garam dan sedikit gula.
Kukus semula pulut 15minit, jika telah lembut biarkan ia sejuk atau hilang wap sendiri sebelum dihidangkan.
Rendang gareng daging:
Seketul daging untuk 3 orang dipotong nipis@dadu
Bahan kisar:
Seulas bawang bear, 5biji cili padi, sedikit lengkuas, kunyit hidup besar kelingking budak, sedikit halia, dua batang serai, 6biji lada kering yang telah direbus. 1 sudu besar serbuk kari.
B: 1per3 batang kayu manis,1 bunga lawang, 4 biji lada hitam ditumbuk kasar.
Lain-lain:
1 cawan air
1 cawan santan
3 sudu besar Kerisik
Garam secukup rasa
Sehelai daun kunyit dimayang dan daun limau purut diramas.
1 cawan santan
3 sudu besar Kerisik
Garam secukup rasa
Sehelai daun kunyit dimayang dan daun limau purut diramas.
Cara masakkan:
Tumis bahan B Seketika kemudian masukkan bahan yang dikisar bersama sama daging hingga gareng. Masukkan santan dan masak hingga empuk dan gareng. Tambahkan air jika perlu.
Setelah daging empuk Masukkan kerisik dan daun kunyit serta daun limau purut, masak sebati. Perisakan bersama garam.
Setelah daging empuk Masukkan kerisik dan daun kunyit serta daun limau purut, masak sebati. Perisakan bersama garam.
Sedia dihidang :)
Diari pulut kuning: hidangan pulut kuning antara jabatan sempena sukan tradisi
7.2.2014
Inilah penyertaanku,
Lain ketika memasak di rumah...walaupun sudah selalu masuk Bertanding namun masih belum lagi hilang 'gabra'!
Akhirnya selamat menyertai pertandingan masakkan pulut kuning, memang meriah dan sengit, walaupun gagal mendapat top 3 namun banyak pengalaman baru yang di terima.
Antara lain peserta lain yang sempat dirakam:
No. 10 juara hari tersebut, tahniah! |
Penjurian
Hadiah saguhati : Seronok mendapat hadiah yang bermanfaat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan