Nak kurus atau nak sihat?
Mmmm... kalau boleh nak kedua-duanya!
Tak mustahil sebenarnya untuk memiliki kedua-dua elimen ini tetapi ianya memerlukan azam ataupun anjakkan paradigma dari sesuatu kebiasaan buat kita. Selain itu jangan mudah terima bulat-bulat tentang pelbagai kaedah diet, kita perlu ada rujukkan mahupun ilmu berkaitan agar cara/kaedah yang mahu kita gunakan tidak 'sesat' atau berlebih-lebihan.

Ramai yang beranggapan diet bermakna 'kurang makan' sedangkan kita sebenarnya perlu memahami tubuh kita terlebih dahulu selain mengenal-pasti makanan-makanan sihat dari doktor, pembacaan mahupun orang-orang yang berpengalaman dari bidang berkaitan. Cara diet bagi setiap orang juga berbeza bergantung kepada cara hidup dan keperluan masing-masing. Setiap makanan yang diciptakan Allah ada keperluan dan kelebihan untuk kita, namun sebagai insan kita perlu menggali ilmu dan menmanfaatkannya dengan cara yang terbaik.
Mungkin pada awalnya kita rasa agak sukar tetapi dengan kesungguhan dan kefahaman ia pasti akan menjadi satu kebiasaan yang mudah.
Sejak mengalami masalah lutut kemampuan dalam pergerakkan ku agak terhad tetapi ia sebenarnya bukan alasan untuk meninggalkan senaman yang diperlukan. Senaman adalah penting dalam amalan kehidupan seiring dengan amalan pemakanan kita.
Sebagai warga yang hidup dikalangan masyarakat majmuk yang dilimpahi dengan pelbagai godaan makanan, sememangnya ia merupakan sesuatu yang mencabar. Kita tidak perlulah meninggalkan terus 'kesukaan' kita sebaliknya mengambilnya secara sederhana ataupun 'sekali-sekala'.
Selain itu, sebagai umat Islam pula adalah sangat baik sekiranya kita mengamalkan amalan pemakanan dan kehidupan Rasullullah. Ia adalah contoh terbaik bagi semua umat manusia, tidak memudaratkan malah memberi manfaat yang besar kepada kita. Saya percaya ramai yang sedia maklum tentang perkara ini tetapi terlepas pandang dan lebih terpengaruh dengan kaedah-kaedah moden yang pelbagai-bagai.
Bukan untuk menidakkan perkembangan semasa, tetapi apapaun kaedah yang kita gunakan, asas yang perlu kita rujuk adalah dari amalan sunnah Rasullullah kerana contoh dari Rasullullah adalah kaedah terbaik untuk sepanjang hayat.

Sekiranya dalam cara penyediaan makanan sihat kita lebih senang dengan cara pemakanan barat seboleh-bolehnya pastikan ia mengikut sunnah agar cara sihat yang kita inginkan tidak menjadi satu kemudaratan di masa hadapan. Sebagai contoh Rasullullah tidak makan ikan bersama/serentak makan dengan daun salad...jadi sekiranya kita mahu menyediakan sandwich tuna atau hidangan berkaitan, tukarkanlah salad tersebut dengan sayur-sayuran lain iaitu timun, tomato, kobis beijing ataupun pelbagai lagi sayur-sayuran yang boleh kita sesuaikan dengan hidangan tersebut.
Dalam entri yang lalu saya ada sertakan resepi 'tuna baked potato' sebelum itu juga saya sering menghidangkan makanan tersebut dengan limpahan daun salad tetapi setelah menyedari tentang amalan Rasullullah(tidak makan ikan bersama daun salad) saya mula 'mengolah' semula masakkan barat yang tidak terkecuali berada dalam senarai kegemaran saya.
Kebiasaannya saya menghidangkan kentang bertuna bersama daun salad, kini saya tukarkan dengan kobis, tomato dan mentimun. |
Dalam entri yang lalu saya ada sertakan resepi 'tuna baked potato' sebelum itu juga saya sering menghidangkan makanan tersebut dengan limpahan daun salad tetapi setelah menyedari tentang amalan Rasullullah(tidak makan ikan bersama daun salad) saya mula 'mengolah' semula masakkan barat yang tidak terkecuali berada dalam senarai kegemaran saya.
Bahan:
1.Roti gandum(jenis ni saya beli di Lavender, EAON BdrBukitTinggi)
2. Isi ayam (digaul bersama minyak zaiton,sedikit halia lada sulah, lada hitam, 2 ulas bawang putih diketuk,mix herbs (daun selasih kering/dill dan lain2. ..(botol mix herb boleh rujuk dalam entri resepi speggetti)
3. Sayur dibasuh dan direndam seketika dengan air garam&tos: Daun salad, tomato potong dadu, timun jepun potong halus.
Cara:kukus/grill/panggang@tumis isi ayam*saya guna magic pan. Sapukan roti dengan sedikit butter dan bakar seketika. Tabur secubit garam pada isi ayam yang telah masak dan sumbat bersama salad ke dalam roti tadi.
Sedia untuk hidangan. ..
Rujukkan/Pembacaan yang best dan penjelasan tentang diet Rasullullah:
Shafiqolbu.wordpress. com
ms.my.facebook.com
ms.my.facebook.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan