Popia adalah antara kuih kegemaranku yang banyak terdapat ditanahair kita tetapi tak banyak yang dapat memenuhi citarasa masing-masing. Kesedapan sejati popia bukan sahaja terletak pada cara isi dalamnya diolah, kulit mahupun resepi tersendiri tetapi 'senjata' paling utama tentunya kelazatan sambalnya!
Lama juga aku dalam pencarian popia basah yang 'best' sehingga aku sudah terlupa kehadiran kuih kegemaranku ini gara-gara sering menemui kegagalan dalam percubaan dan pembelian.
*Afeeda Nyum 2 SS (fb page)
Gunakan periuk kecil agar popia tenggelam. Pastikan minyak panas dengan api sederhana perlahan, masukkan terus popia sejuk beku tanpa perlu dileraikan. Apabila angkat popia yang telah digoreng toskan dalam keadaan menegak agar tidak diserap minyak.
Aku percaya ada ramai penggemar tegar popia. Kalau dulu aku lebih berminat dengan popia basah kini buat pertama kalinya dalam hidup aku menggemari popia goreng ini semua gara-gara isteri sahabat sekerja yang telah 'menghasilkan' sambal cicah yang 'best' dan kena dengan citarasa tekak aku.
Popia basah pertama yang kugemari adalah popia basah kifli yang dijual dipasar malam simpang 4 Telok Pulai, walaupun belum cukup memenuhi piawaian tekakku namun ia tidak Menghampakan, popia basah di kios GIANT Food court Shah Alam Juga boleh tahan enaknya kemudian aku telah 'jatuh cinta' dengan popia basah Bandar Botanik....sambalnya enak tidak lokek kekacang dan sengkuangnya ditapis dan diperah agar tidak berair. Kulitnya pula agak sempurna bagiku...tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal. Malangnya popia Botanik tidak kekal lama apabila aku tak nampak lagi bayang payung gerai popia basah tersebut. Mungkin sudah berpindah ke tempat lain.
Lama juga aku dalam pencarian popia basah yang 'best' sehingga aku sudah terlupa kehadiran kuih kegemaranku ini gara-gara sering menemui kegagalan dalam percubaan dan pembelian.
Pencarian ku bermula kembali apabila seorang sahabat(laskar bayu)telah memberitahuku terdapat popia basah yang sedap di pasar minggu Banting (penjual lelaki) namun belum kesampaian untuk ke sana buat masa ini, mujurlah seorang lagi sahabat(love suzana) berhampiran turut memperkenalkan popia basah Hafeeda Ibrahim kepadaku untuk melepaskan rasa kempunan ini. Serius melepasi piawaian tekak ku! Minggu pertama 3-4kali juga aku oder, terasa keenakkan isi dalam yang diperisakan bersama udang gagau.
Sedap benar sampai terlupa nak ambil foto sendiri |
Sekarang kena 'slow' sikit jaga poket jaga body. ..:) mmm saat entri ini dititip lidah sudah mulai kecur. ...
Berbalik semula perihal popia goreng, istimewanya popia celit c-tie adalah pada sambal calitnya dan 'hujan' kekacang yang turut disertakan. Tambah menarik walaupun diletakkan di peti beku sambalnya mudah dicairkan semula dengan hanya direndam bersama peknya seketika di dalam secawan air panas. Paling 'sempoipun' sekiranya dibiarkan seketika pada suhu bilik ia mudah cair.
Enak untuk minum petang yang gembira bersama secawan teh O |
Mungkin ada diantara anda yang berprasangka aku dibayar untuk menulis perihal popia ini tetapi ia tidak sama sekali. Penulisan kali ini semata-mata untuk kulahirkan rasa seronok dan penghargaan pada mereka-mereka yang menghasilkan makanan dengan kasih sayang sehingga keenakkannya terasa hingga ke dalam hati. Aku percaya juga ramai penggemar-penggemar popia yang tak jemu mencuba dipelbagai tempat yang disinggahi semata-mata untuk menikmati popia kegemaran.
Info berkaitan:
Penggemar popia tegar bolehlah 'Cuba, try, test'!!:
*Popia celit c-tie (fb page)
*Afeeda Nyum 2 SS (fb page)
Tips menggoreng popia dari c-tie:
Gunakan periuk kecil agar popia tenggelam. Pastikan minyak panas dengan api sederhana perlahan, masukkan terus popia sejuk beku tanpa perlu dileraikan. Apabila angkat popia yang telah digoreng toskan dalam keadaan menegak agar tidak diserap minyak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan