Rabu, 1 Januari 2014

Coslow, aku dan lukisan: Kisah pendidikkan seni di sekolah



'tapau'!


Sebelum menceritakan perihal kisah pendidikkan seni zaman persekolahanku, aku ingin kongsikan resepi 'coslow' adunan peribadiku sesuai sebagai hidangan sampingan BBQ atau bersama resepi 'kentang mandi tuna'ku sebelum ini...


Bahan-bahan (jumlah mengikut citarasa@kehendak sendiri)

1) 3 Kobis beijing *kobis ini lebih manis dan enak dari kobis biasa.
2)Lobak merah  *tak perlu banyak, sebagai contoh setengah biji untuk 1 biji kobis
3)Susu pekat@susu cair secukup rasa
4) mayonis 1 botol besar
5) 1 botol sos coslow lady's choice
6) sos salad heinz (tak adapun takper)
(Sekadar mayonis pun ok jer, sos salad tu beri sedikit kelainan pada rasa :) )
No.4,5,6 kadar mengikut selera...
*tambahkan kismis,anggur dan tomato ceri  pun sedap!

Cara-cara:
Basuh kobis dan setiap kelopak kobis 
Kikis bahagian luar lobak & Basuh lobak...kemudian rendam kobis , lobak merah, anggur dan tomato ceri dalam air sejuk yang dibancuh dengan 1 sudu besar garam untuk 3-5minit.


Toskan sayur,  potong halus kobis manakala lobak disagat sederhana memanjang halus. Selepas itu tos sekali lagi bagi mengurangkan kelembapan. Masukkan mayonis, sos coslow dan sos salad heinz. Perisakan dengan susu pekat@susu cair. Gaulkan rata. Masukkan tomato ceri dan anggur. Taburkan kismis.

Selamat mencuba!






Kisah pendidikkan seni di sekolah...

Pastinya ibu bapa/penjaga melalui saat-saat sibuk sepanjang minggu lalu menguruskan hal persekolahan anak-anak. Terkenang pelbagai peristiwa kenangan persekolahan...dari kenangan bersama kawan-kawan, gaya guru-guru malah makanan-makanan yang pernah dinikmati di kantin sekolah.

Sebelum menitipkan secebis kenangan berkaitan mata pelajaran pendidikkan seni, Ada pertandingan melukis buat pertama kalinya dalam pengetahuan ku di  pasaraya MBO (kini BigMall) untuk orang awam tanpa mengira umur. Medium dan cara bebas tetapi bertemakan FAMILY CELEBRATION FUN....mmmm cara bebas? 

Doodles ku : Jangan ciplak yek! Huhuhu... :) lukisan terus menggunakan marker pen 'high performance' tanpa sebarang lakaran pensil sebagai latar.

Menarik...antara lukisan peserta-peserta lain yang telah dipamerkan.

Satu lukisan siap malam tadi! (30.12.2013) Kalau datang mood, Insya Allah yang kedua akan menyusul.... Sempat juga aku maklumkan pada abangku.Aku harap dia turut serta kerana dia 'sangat sangat' berbakat!
Mmm...aku bukan pelukis serba boleh. Genre lukisanku sebenarnya lebih kepada apa yang dipanggil hari ini..dodless? maksud doodless...?
Sikitnya ilmu ku...aku baru dengar dan ketahui tentang perkataan doodless walau telah lama 'melukis' nya. Ketika aku mula melakar, genre lukisanku sebenarnya nak kata abstrakpun bukan, rialistik jauh sekali, mungkin fantasi minda......ntahlah...yang pasti inilah aku...



mungkin pakar seni boleh tolong nilaikan jenis lukisan yang kupaparkan dan pastinya aku bukanlah pelukis figura atau pelukis rialistik yang berbakat. Apabila rujuk pada wikipedia dan blog lain erti doodles di 'blog ayampenyek' aku rasa...ya doodles salah satu  genreku.





1985-1989 :Sejak zaman persekolahan aku memang minat pendidikkan seni. Walaupun setiap tahun cikgu seni bertukar ganti ada yang 'best' ada yang garang macam singa namun sebagaimana mata pelajaran Bahasa Melayu, minatku tidak pernah surut.






Tugas guru semakin mencabar dewasa ini dan saya berdoa akan lebih ramai anak Malaysia yang menceburi bidang mulia ini.



Alam pekerjaan: aku banyak melukis di blog dan facebook menerusi Gnote 2 kesayanganku ini, tiada ciri2 tambahan teknologi semuanya dilukis secara manual(s pen @ melakar dari jari telunjuk). Adakalanya jika terlibat dalam kursus yang memerlukan pelukis itulah peranan aku kerana aku bukanlah 'si pandai' dalam urusan kertas kerja, itupun aku hanya menonjolkan diri jika 'tiada'artis lain kerana aku percaya ada ramai lagi insan berkebolehan disekeliling kita dan seeloknya memberi laluan kepada mereka-mereka yang lebih 'pro...'


1991- 1995:Ketika di sekolah menengah  juga cikgu akan berikan tajuk untuk kita melukis. Teori lukisan berkaitan tona warna dan garisan mula diperkenalkan. Walaupun lukisanku antara yang menjadi pujian tetapi ia tidaklah sehebat mana. Paling teruk bila kena lukis poster dan ejaan skema, sampai cikgu tegur dan tidak percaya, beliau fikir aku tidak ada mood...itu sebenarnya adalah kelemahan utamaku...lukisan skema melenyapkan bakat yang aku ada. Ketika itu cikgu pendidikkan seni aku agak garang tetapi sangat praktikal ketika memberi markah malah tak lokek berkongsi ilmu dan tunjuk ajar.


Ada sesuatu dalam diri awal remajaku yang mahu ku sampaikan melalui seni kerana pelbagai ilustrasi yang 'menari-nari' di dalam minda luar sedarku....tetapi aku tidak terlintas akan cara meluahkannya sehinggalah suatu hari cikgu tingkatan 1ku  memberi tajuk 'kepelbagaian garisan' yang perlu dilukis menggunakan berus cina.




(Lukisan hitam putih). Dalam kelas itu walaupun masing-masing buat garisan tetapi karyaku menjadi perhatian cikgu sehingga cikgu seniku memanggil cikgu  kelas lain di sebelah untuk menilai maksud yang tersirat di atas 'lakaran'ku, ketika itu aku sangat pendiam walaupun bangga di dalam hati pada masa yang sama aku bimbang jika dapat C ! (masih terkesan) Ternyata aku mempunyai cikgu lukisan yang baik dan memberi markah yang sepatutnya ketika itu.


Kebolehan melukisku ini tidaklah setanding seniman yang boleh pergi 'jauh' kerana aku tidak mempunyai peluang untuk mendalaminya ketika itu. Tetapi matapelajaran pendidikkan seni yang asas itu telah membantu aku menemui 'seni' sebenar dalam diriku. Ia mungkin remeh bagi sebahagian orang tetapi bagi minda yang bergulung ilustrasi ia adalah sesuatu yang melegakan.




Sejak itulah aku tidak takut melakar dimana sahaja aku berada, atas tisu, belakang majalah, atas suratkhabar,dalam kapal terbang (ketika menjadi atlet kebangsaan)...Malangnya aku buang begitu sahaja kerana lakaran itu tercetus ketika bersahaja dalam sesuatu suasana atau penantian. Tanpa menyedari ia aku pinggirkan begitu sahaja ke dalam tong sampah.


Ketika penghujung  usia remajaku, aku mula menyimpan lakaran yang aku buat di dalam fail. Namun tidaklah secara proaktif....dan setelah lebih sedekad aku ber'conteng' lagi di atas media selain Gnote 2....cuma untuk genre lakaran ini lebih puas menggunakan marker hitam tanpa sebarang sokongan pensil. Kalau dengan Gnote aku lebih suka bermain warna.
Tiada harapan tinggi menggunung dan tak pasti adakah ia akan menjadi 'winning drawing' untuk pertandingan yang buat pertama kalinya kusertai selepas kali terakhir menyertainya 25 tahun yang lalu.
...tetapi ia merupakan satu keseronokkan untuk mencubanya :)





*terkenang kisah arwah abah perihal matapelajaran seni. Arwah tidak pandai melukis dan antara cerita arwah...arwah pernah disuruh lukis telur ayam tetapi hasilnya cikgu  kata 'macam telur penyu saja'.
*emak pula ketika zaman sihatnya  pandai melukis di atas playwood menggunakan cat tin dan mendapat tempahan dari saudara mara. (Jenis lukisan mak lebih kurang ala-ala lukisan permandangan dalam ilustrasi muzium tempatan).


Tambah-tambah:

Setakat hari ini (23.04.2013) 2 lukisan tambahanku telah dihantar bagi memeriahkan pertandingan yang juga merupakan program amal setempat.




Antara lukisan lain yang menarik:

 

Lukisan dari abang di minit akhir, dia sebenarnya boleh buat jauh lebih baik....





Hari ini 9.11.2014, keputusan telah Keluar,  alhamdullillah dapat '2nd runner up!'


Keputusan TOP 3 bertemakan 'family celebrations':

 
Kreatif

Ceria

*aku menerima panggilan telefon dari salah seorang penyelaras pertandingan untuk menjadi tutor anak perempuannya tetapi terpaksa ku tolak kerana tidak bersedia selain terikat dengan komitmen lain. Walaubagaimanapun secara peribadi aku terharu dengan penghargaan tersebut.







Tiada ulasan: