Khamis, 13 Mac 2014

Suram





Baru minggu lalu menikmati taburan hujan, namun jerebu berikutnya kian menebal...datang bagai tiada pergi. Berita utama telah mengumumkan cuti bagi sekolah-sekolah yang terlibat dengan jerebu teruk. Kawasan Klang sendiri telah dilabelkan sebagai kawasan sangat tidak sihat. Pembakaran terbuka telah diharamkan bagi seluruh negeri Selangor kecuali bagi aktiviti BBQ , pembakaran mayat dan bahan mudah bakar. 


Suasana suram ini turut diiringi dengan musibah MH370 yang mengundang seribu persoalan. Hati turut bersedih dan menantikan khabar berita dari usaha pencarian yang dilakukan. Aku pasti usaha telah dilakukan sehabis daya dan ianya bukan satu perkara yang mudah. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul,  kita dikejauhan sebenarnya juga boleh membantu mangsa dan usaha menyelamat dengan muhasabah diri serta doa yang ikhlas.



Terharu dengan usaha solat hajat yang dilaksanakan oleh sebahagian rakyat Malaysia serta doa dari dalam dan luar negara.  Insya Allah akan terlerai derita penantian ini....Semoga keluarga terlibat akan tabah dan redha dengan ketentuanNya.




Sempena Jerebu yang menyebabkan kurang sihat hari ini aku nak kongsi cara menghasilkan jus Rozelle yang mudah...


Buah Rozelle yang dipetik dipisahkan kelopaknya.  Ambil kelopak merah dan basuh. Didihkan hingga merah. Air didihan tadi ditapis dan bolehlah disimpan di dalam peti ais sebagai pati yang boleh digunakan pada bila-bila masa.

  

Tiada ulasan: