Pilihanraya sudah tamat....ada yg demam, ada yang dah kebah. Apapun doakan yang terbaik untuk negara yang kita cintai ini. Saya tidak pandai berpolitik tetapi merupakan seorang induvidu yang akan membaca dan melihat pendirian dan kisah kedua-dua pihak kemudian cuma menilai dengan pengalaman serta pemerhatian...namun entri kali ini bukanlah untuk memberi apa2 komen mengenainya...kerana saya hanya watak kecil dalam ini kisah...watak yang kewujudannya tidaklah begitu dirasai tetapi turut memainkan peranan dalam hala tuju sebuah negara (pengundi).wah wah....!
Cukuplah disini tentang pilihanraya...sebenarnya saya terpanggil untuk menulis perihal seterika lama...Alhamdullillah pada zaman kanak2 saya masih sempat melihat emak saya menggunakannya walaupun saya tidak berkesempatan mencuba. Mungkin ketika itu usia saya terlalu muda untuk bermain dengan bara arang di mana kakak saya yang ketika itu baru bersekolah rendah telah 'melobangkan' salah satu bajunya! Memang agak teknikal sikit penggunaannya. Pada usia yang terlalu muda (mungkin kurang 4 tahun) saya masih mengingati detik2 itu dengan jelas. Seterika tersebut bewarna merah hati....besi...ya warnanya masih segar diingatan....dua keler...bawah besi kuning atas besi merah. Bila terkenang peristiwa itu saya terus melayari laman maya namun tak satupun sama dengan apa yang pernah kami miliki. Malangnya seterika itu entah di mana.
Walaupun begitu, saya bersyukur kerana masih memiliki seterika lama cuma ia bukanlah seperti mak saya punya dahulu cuma bentuk sahaja yang hampir sama. Saya bukanlah penggemar taksub barangan antik tetapi berasa berat pula untuk menjualnya apabila ditanya seorang rakan, ia agak 'rare' kerana ada lagi 'tulisan' ntah ape maksud.... Mungkin suatu hari saya akan menjualnya juga... tetapi buat masa ini kalau ada yang nak beli pada harga RM3000, 000.00 baru jual...hahahah! (Teringin juga nak jadi jutawan...huhu)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan