Isnin, 20 Mei 2013

Alam & Manusia 2 : Kesinambungan kisah pokok pelam gergasi...yang sangat tinggi...

...Baru pagi tadi saya menulis perihal monyet dan lutung. Seperti yang dijanjikan saya ingin menulis kesinambungan kisah pokok pelam yang tidak tercapai dek galah. Pokok ini wujud sebelum saya lahir lagi, maknanya sebelum tahun 1978. Ketika saya berusia 5 tahunpun pokok pelam ini sudah sedia besar.Perlu baring sekiranya ingin melihat puncak pokok pelam itu dari jarak dekat. Mendongak saja tidak tentu dapat melihat keseluruhan pokok itu, malah pangkal batangnya tidak mampu dirangkul penuh oleh seorang dewasa. Buahnya pula sangat manis dan kami mengharapkan angin kuat dan kehadiran lutung-lutung untuk mematahkan ranting berbuah. 




Ketika itu rumah kami belakang sekali dan hampir dengan hutan dan tanah saudara mara yang belum diusahakan. Tindakkan arwah abah membela 3 ekor anak lembu untuk tujuan korban telah 'menerangkan' semak kawasan sekitar pokok pelam tersebut.



Alangkan beraninya zaman kanak-kanakku bersama adik-beradikku yang tidak takut pada hutan.Kami kerap membuat 'penjelajahan' ala-ala pengembara tanpa memikirkan bahaya ular sawa, binatang bisa dan sebagainya.


Lubuk nipah kami selam dengan tujuan menjerat ikan pelaga. Yang peliknya tak pernah dapat ikan pelaga jantan....asyik yang betina saja.Ngeri juga kalau diimbas kembali ketika masuk dalam lubuk tu....tetapi aku masih ingat airnya yang sejuk!

Kenakalan aku dan adik 'mengembara' selepas menyediakan snek kegemaran lembu-lembu kami iaitu sebaldi kulit roti bersama garam kasar tidak terhenti di situ. Kami temui sebuah kawasan yang cantik, anak parit yang jernih beserta cahaya yang telus dari celah-celah pokok kelapa yang tumbuh rapat. Terasa damai dan hijau sehinggalah kami terserempak dengan 'keluarga musang' tak silap kami bewarna kelabu perak sedang menyusukan anak-anaknya. Apalagi, lintang-pukang kami lari macam kena kejar hantu!! Maklumlah binatang yang sedang menjaga anaknya memang agak bengis.Syukur kami tidak dikejarnya.
Itu kisah di zaman kanak-kanak, berbalik kisah pokok pelam tadi sekitar tahun 1994-1995 pokok tersebut ditumbangkan. Rasa sedih juga...tapi apakan daya ia bukan milikku...sebelum itu aku selalu berharap akan ada saintis atau penyelidik yang datang mengklonkan pokok itu.Silap haribulan boleh jadi pokok 'world Heritage'.Tetapi pada ketika itu ideaku sekadar angan2 kanak-kanak dan tidak dipandang serius...aku sendiri terlalu mentah dan tidak sedar sekiranya idea itu akan diterima pakai atau sebaliknya.  Apapun aku berasa bertuah kerana sempat mengambil gambar kenangan saat-saat akhir pokok pelam kesayangan 'kami' yang bukan milik kami.....


Pertemuan semasa, diari alam sekitar teratak molekku...

22.12.2013



1 ulasan:

teratak molek berkata...

Kini kami tidak berseorangan di belakang....sudah padat dengan perumahan malah juga dibina kondo...alangkan seronoknya sekiranya ada hutan simpan di kawasan ini untuk kehidupan yang lain juga....