Rabu, 5 Jun 2013

Harijadi

'Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.....'
Harijadi tahun ini sudah berlalu buat aku dan keseronokkan menyambutnya pada usia 30an ketika ini tidaklah begitu mengujakan. Bukan kerana takut menghadapi hari tua tetapi kerana aku tidak mahu menjadikan hal kecil sesuatu yang besar.


Cukuplah sekadar ucapan dari orang yang tersayang ataupun ingatan tulus adik beradik dan rakan taulan.Sekiranya adapun yang buat 'surprise' aku akan sambut dengan perasaan yang terharu tanpa mengharapkan ia perlu diulangi pada masa-masa yang akan datang dan sekiranya ada yang terlupa ia bukanlah sesuatu yang harus dikecewakan.


Apa yang penting adalah berfikiran positif sekiranya insan yang kita harap untuk mengucapkan tarikh istimewa itu tidak ingat atau tidakpun mahu ambil tahu...


...bagiku tarikh itu adalah peringatan untuk diri sendiri tentang apa-apa yang telah dikerjakan sebelum ini, adakah ia dipersiakan atau sebaliknya? 







Bersyukur dengan nafas yang masih dikandung badan sesungguhnya Allah masih memberi peluang kepada mana-mana hambaNya untuk memperbaiki dan muhasabah diri.







*Tetap hargai ingatan tulus insan sekeliling.....tqqqq...















Petikkan dari siri Islam KTP lebih kurang begini:

"Manusia bisa nangis bila tarikh harijadinya tidak diingat orang...tetapi tidak bisa nangis bila amal ibadatnya masih kurang di sisi Allah."

...semoga kita semua tidak tergolong daripada orang-orang yang lalai...'

Tiada ulasan: