Sebelum saya nak cerita tentang kisah 'dongengland' ada masakkan yang ingin ku kongsikan iaitu ayam bakar timur barat. 'Fusion' masakkan 'ongputih' citarasa melayu.Sesuai dibuat kalau berkelah juga...tapi ketika ia dibuat its dinner for 2... :)
Bahan yang diperlukan:
2 potongan ayam (bahagian ikut suka)
3 biji bawang *potong 2
Serbuk lada hitam *secukup rasa
Sesudu besar santan kotak
4 biji bawang putih yang dicincang dan digoreng
3 biji cili api *dibuang biji dan dipotong halus
3-4 sudu minyak zaitun
Tumbuk separa:
Halia muda@tua *besar ibu jari
Setengah sudu kecil biji ketumbar
Secubit jintan manis
2 ulas bawang putih
Serbuk mix italian herbs *secukup rasa
Gaulkan semua bahan-bahan bersama ayam dan perap seketika 10-15 minit.
Menumis...
Sumbat sebahagian halia di bawah kulit ayam dan pastikan bahagian kulit ayam diletak pada bahagian bawah terlebih dahulu ketika menumis.
Tumis ringan hingga naik bau...
Kemudian masukkan ayam bersama tray@dulang ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Setengah jam pertama bakar dalam suhu 150-170celcius, manakala seterusnya selama 250celcius.
Apabila ayam sudah masak dan keperang-perangan bolehlah dikeluarkan dari oven dan 'rehatkan' ayam sebelum dihidangkan jika ingin memotongnya.
Setelah dipotong dan hidang dipinggan, tuangkan lebihan jus ayam didulang yang digunakan ke atas ayam tadi.
Siap, Bolehlah dimakan bersama salad kegemaran!
Baru boleh layan kisah 'mydongengland...'
'Fofularrr' (Popular) betul Disneyland nie ya...terkenal di Amerika dan kini banyak 'tumbuh' di negara asia sendiri seperti di Hong Kong, Singapura dan extra-extra...yang terbaru di negara kita juga tak kalah dengan 'Land'nya sendiri iaitu Legoland.
Waktu zaman kanak-kanak dulu ada juga terliur gak nak ke Disneyland tetapi keinginan itu seolah-olah tak 'diperasan'pun di kedewasaan ini sehinggalah terbelek gambar-gambar mengkagumkan daripada struktur binaan 'Land-land' tu. Kehadiran Legoland pula belum menjadi tajuk utama dalam jadual cuti-cuti Malaysiaku. Mungkin di masa hadapan dengan izinNya....
pelaburan jangka masa panjang sesebuah negara.
Ia menjadi tajuk perbualan dan 'trigger'menyuntik rasa seronok kanak-kanak walaupun pada masa yang sama sebahagian keluarga yang berpendapatan rendah atau sederhana garu kepala antara senyum dan kelat.
Tidak dinafikan ada secalit tanda tanya dan rasa ingin tahu tentang Legoland di negara kita namun disebalik perasaan itu timbul juga satu impian di mindaku seandainya negara kita memiliki 'Land-land' kita yang tersendiri...
Maksud saya, sebuah taman tema seumpama Disneyland atau Legoland tetapi dengan imej kita yang tersendiri.
Jika di barat ada kisah Cindarella kita pula dengan kita bawang putih bawang merahnya....jadikan 'Land' kita dengan imej dongengan nusantara untuk ditonjolkan pada dunia. Struktur bangunan yang gah bak istana zaman silam ataupun imej fantasi tersendiri...diadaptasi dari filem P.Ramlee, Hang Li Po, Hang Tuah,mahupun kisah Lagenda-lagenda atau pelbagai mitos seperti kalung ajaib, Batu Belah Batu Bertangkup (dijadikan gua rumah misteri)...watak-watak kartun Upin Ipin...Boboboy...hero Aliman, cicakman atau apa-apa sahaja berkaitan kita sendiri yang tidak kurang mengujakan.
Untuk mencomelkan lagi keadaan, wujudkan penempatan/perkampungan khas kucing@anjing tempatan beserta ilmu berkaitan sifat dan keistimewaan mereka di Dongengland selain mempromosi kucing sebagai haiwan kesayangan Rasullullah serta mewujudkan sifat belas ehsan sesama makhluk. Nampak macam tak glamer jer letak kucing@anjing tempatan, tetapi sekiranya mereka dijaga dengan kasih sayang pastinya pengunjung akan terpegun melihat betapa istimewanya kucing dan anjing tempatan.
Sesungguhnya makhluk Allah ini juga punya hak untuk disayangi dan dihargai. Mungkin ada pembaca berasa pelik mengapa saya turut menyelitkan perihal 'anjing tempatan'.Ini adalah kerana pengalaman saya sendiri melihat seekor anjing tempatan yang memiliki sifat yang mengkagumkan di sebuat kejiranan di Klang. Anjing tempatan ini dimiliki oleh seorang lelaki Cina yang OKU mental dan fizikal.Berkerusi roda setiap hari dan ditolak oleh seorang anak dewasanya yang juga lembam.Setia hari si bapa berkeinginan untuk membeli air bungkus meskipun di rumah beliau ada orang yang boleh menyediakannya minuman. Setiap kali keluar mereka turut diiringi oleh seekor anjing tempatan yang setia.Anjing tersebut akan berhenti di tengah jalan untuk memastikan tuannya selamat melintas. Anjing tersebut kelihatan sangat gembira setiap kali dapat menemani tuannya...bayangkan tanpa latihan khusus anjing tersebut bertindak sebagai 'anjing pemandu'.Anjing tersebut juga tidak kisah untuk menyertai kawanan lain ketika waktu senggang malah jika ada anjing yang mahu berkawan dengannya, anjing yang lain pula terpaksa 'lepak' bersamanya. Anjing setia itu juga tidak kisah perihal orang lain ataupun menyalak tak tentu pasal.
Apabila si anjing setia mahu 'melepaskan najis/hajat' ia sendiri akan pergi jauh dari kawasan perumahan tersebut dan 'melepas' disemak. Suatu hari aku ternampak muka anjing tersebut bengkak dan disapu ubat kuning, tak pasti adakah kerana kemalangan atau dipukul. Mungkin juga kemalangan kerana anjing tersebut seringkali dilihat menggadaikan keselamatannya demi tuannya di jalanan. Pada mulanya aku rasa kecewa kenapa tuannya tidak bawa ia ke vet....kemudian kelibat anjing setia itu tidak kelihatan hampir seminggu, aku agak ia telah mati rupa-rupanya seorang wanita menurunkan ia dari van di depan rumah mereka dan menurunkannya. Oh, dia baru balik dari vet! Ternyata ia memang disanyangi!Sejak itu juga anjing tersebut tidak dibenarkan mengikut tuannya.Sayu aku lihat pandangan anjing itu tatkala tuannya keluar membeli sebungkus air. Dia mungkin rasa tidak diperlukan tetapi aku tahu pastinya tuannya tidak mahu anjing tersebut sakit. Tetapi kelibat anjing tersebut tidak lama...mungkin ia benar telah mati akibat kecederaannya...ketabahan dan kesetiaan anjing tersebut sangat menyentuh hatiku. Kadang-kala aku rindu pada kelibat anjing setia itu, ironinya aku terserempak seekor anjing yang memiliki karektor sama dengan anjing setia yang kuceritakan cuma ia agak muda. Warna dan bentuk fizikal juga sama, aku agak mungkin jenis anjing sedemikian memiliki corak dan warna yang tak jauh berbeza. Anjing tersebut mengikut seorang gelandangan yang sibuk mencari bahan kitar semula. Walaupun sebagai umat Islam anjing adalah najis tetapi Islam tidak mengajar umatnya mengainaya atau membenci haiwan tersebut, mereka juga punya perasaan dan rasa sakit.Mereka juga wajar diberi ruang mereka tersendiri dan bukan dibenci kerana Allah bukan sahaja mahu kita menjaga hubungan sesama manusia tetapi juga sesama haiwan dan tumbuhan. Anjing juga ada karektor yang tersendiri walaupun hanya anjing tempatan aku percaya setiap anjing ada keistimewaannya dan tak salah andai ada pihak membuat kajian perilaku dan keistimewaan mereka mungkin dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat 'because cats & malaysian dogs' does deserves better!
Berbalik kepada 'angan-angan' dongengland tadi, Teknologi hijau digunakan hampir 100 peratus tenaga solar di samping tadahan hujan bagi tujuan penjimatan air (menggunakan sehabis mungkin sumber kitar semula).
promosi produk hijau mampu milik kepada rakyat |
Segalanya di Dongengland adalah berkaitan produk kita yang tersendiri, budaya setempat dan menarik minat rakyat Malaysia terhadap apa yang selama ini kita terlepas pandang.
Kita juga boleh 'membawa Imiginasi' kita yang tersendiri, dengan memberi peluang kepada rakyat 'berkarya'...
Pastinya kewujudan peluang pekerjaan tetap buat warga Malaysia yang cintakan alam sekitar dan komited sebagai kelayakkan utama.
...bayangkan keadaannya dengan binaan yang kreatif, comel ataupun artistik mistik pada masa yang sama mesra kanak-kanak dan mempunyai kemudahan Islamik yang disegani.
Tidak ketinggalan juga penglibatan kreativiti mewakili pelbagai kaum di Malaysia menghasilkan taman fantasi masing-masing bertemakan flora dan geometri.
Di 'Dongengland' itu juga akan ada pasar pagi dan pasar malam yang meriah dan tersusun bagi menonjolkan lagi kegemaran warga kita di mana saya percaya warga asing juga pasti kagum dan tertambat dengan makanan-makanan kita!!!
rumah cendawan bukit
Tidak ketinggalan juga penglibatan kreativiti mewakili pelbagai kaum di Malaysia menghasilkan taman fantasi masing-masing bertemakan flora dan geometri.
Di 'Dongengland' itu juga akan ada pasar pagi dan pasar malam yang meriah dan tersusun bagi menonjolkan lagi kegemaran warga kita di mana saya percaya warga asing juga pasti kagum dan tertambat dengan makanan-makanan kita!!!
So.....yang utama juga bayaran masuk dengan harga 'bukan dongeng' dan bukan 'international' kepada warga tempatan kerana warga tempatan wajar dihargai lebih-lebih lagi pengorbanan mengharungi tol-tol merentasi negeri dan mampu bagi yang berkeluarga besar.
...bayangkan juga nusantara/Dongengland menjadi rebutan pula untuk di 'wujudkan' di negara asing? Wow....rasa macam nak gi jumpa PM jer untuk bagi cadangan....hehehe....(macam dongeng jer...)
Jom santai di galeri (5) Kampung Pondok Fantasi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan