Ahad, 24 Februari 2013

Sayang kucing (1): ubat luka kucing


LUKA KUCING LAMBAT SEMBUH & Jenis ubat luka kucing.



Kucing sudah menjadi sebahagian dari hidup ku. Apa yang mahu dikongsi di sini adalah berkaitan kecederaan kucingku lola. Asalnya tumbuh bengkak sebesar biji kacang hijau yg buat pengat tu...ku sangka kurap maka sapu ubat kurap tapi tidak berkesan makin hari makin besar dan jadi luka tegar. Sedih sangat, letak ubat kuning pun tak kering. Akhirnya aku bawa ke jabatan haiwan, mereka beri suntikkan dan ubat...lepas 2 minggu tak berkesan aku datang lagi ubat yang sama diberi kali ini suntikkan yg lebih kuat.Malangnya hampir 2 bulan luka tegar lola tak sembuh malah semakin teruk. Aku pejam mata ke klinik swasta kena cas macam2, tapi....tak memberi kesan juga.Doktor kata mungkin spora...sedih bila diberitakan begitu. Duit terbang tetapi luka Lola bertambah parah. Aku bawa lola ke klinik swasta. Pejam mata jer bila note rm100 dikeluarkan. Tertelan air liur sebab masa tu gaji 'jauh' lagi. Beberapa jenis ubat juga diberikan dan aku diminta kembali selepas seminggu. Malangnya tiada perubahan positif. Duit pula dah kering....


*Lola banyak berjasa menangkap cicak.


Tersiksa aku lihat lola terpaksa pakai kon terlalu lama. Aku terlalu sedih bila membersihkan kopeng2 lukanya setiap hari seolah-olah turut merasa sakitnya. Dengan takdir Allah ketika aku singgah di shopping mall ada pertandingan kucing anjuran Kelab Kucing Malaysia. Ada jualan ubat2tan dan vitamin kucing.Setelah memberi gambaran tentang masalah lola aku disyorkan membeli gel luka. Oleh kerana tidak berapa yakin aku hanya membeli tiup kecil yang berharga kurang rm20. Aku takut nak buat rawatan sebarangan...tetapi dah lebih 5 kali aku ke  vet dalam 2 bulan ni...Walaubagaimanapun aku tawakal dan tidak berputus-asa untuk merawat lola dan menggunakan gel itu padanya.


SYUKUR kehadrat Ilahi ku temu juga penawar luka lola apabila luka lola beransur sembuh selepas seminggu penggunaan gel tersebut. Kini luka lola sembuh sepenuhnya walaupun telinga lola kini sumbing. Pada entri ini saya ingin kongsikan maklumat ubat yang saya guna semoga dengan pengalaman ini dapat membantu mereka yang nenghadapi masalah yang sama.



Selain Itu kepada pemilik kucing yang cedera boleh juga merujuk blog E-man Dani. Kesabaran dan komitmen beliau merawat kucing sangat mengkagumkan.

Walaupun kecewa kerana rawatan lola di vet tidak banyak membantu namun aku tak serik untuk merujuk domtor vet terlebih dahulu kerana sebelum ini rawatan yang pernah diterima oleh kucing-kucingku yang lain ok jer...mungkin tak ketemu 'jodoh'.

syukur telinga sudah pulih walaupun kini sumbing.


Diari semasa berkaitan....

Sekitar awal september 2013 Si bulat mengalami bengkak muka. Muka si bulat bengkak teruk dan biasanya kes begini ia akan bernanah. Si bulat dah pandai merayau mungkin cakaran akibat pergaduhan menyebabkan si bulat sakit.
Si bulat ni degil banyak, waktu aku masukkan dalam sangkar untuk ke jabatan haiwan si bulat berita-iya menggigit sangkar menyebabkan mulutnya berdarah. Kukunya tercabut sebab nak keluar. Fobia betul si bulat nak jumpa doktor! Bila berjaya keluar si bulat lari tak balik rumah 3-4 hari....


...sekembalinya si bulat, kecederaannya bertambah parah. Tempat yang bernanah telah berlobang besar tidak seperti yang pernah ku lalui dulu dengan kucing yang lain. Hari ini Jabatan Haiwan pula tutup. Aku memang tak ada budget nak ke vet swasta.



Luka si bulat pula agak serius. Aku takut luka yang begini besar akan berulat jika tidak dirawat dengan betul. Situasi ini agak menyukarkan dan menyedihkan aku. Aku membersihkan luka si bulat dan sapu dengan gel luka Lola tetapi setelah 2 hari tiada kesan yang positif, mungkin untuk kes ini gel tersebut lambat bertindak. Saya dan suami mengambil keputusan untuk mendapatkan ubat luka yang lain di kedai haiwan memandangkan keadaan si bulat memang agak menyedihkan...




Aku rasa ubat spray ini sesuai untuk si bulat kerana si bulat memang tak suka dikurung dan sanggup mencederakan dirinya semata-mata untuk bebas dari belengu kon di lehernya. Harga spray ini kira-kira rm28.00. Menurut jurujual spray ini akan mengelakkan luka dari berulat, namun beliau tetap mensarankan agar si bulat dibawa jumpa doktor vet. Maafkan aku bulat...aku tak mampu buat masa nie...nanti cuti aku akan bawa si bulat ke vet gomen.Sementara  itu hanya ini yang dapat ku usahakan.

.
setelah di spray, ada kesan positif pada hari ke2.


Sebelum menggunakan spray ini pada si bulat, aku bersihkan kawasan luka dengan pavidon. Menu makanan pula kutukarkan kepada tuna whiskers supaya mudah untuk si bulat mengunyah makanan dalam keadaannya yang cedera itu.setiap kali nak spray si bulat menggelabah.kucing memang tak suka bunyi spray jadi aku tenangkan si bulat, 'rasuah' sikit dengan tuna dan cover mata si bulat dengan tangan ketika spray ataupun pegang leher si bulat kemas dan pastikan spray tepat.Selepas spray aku tambah tuna lagi untuk si bulat agar si bulat tak serik nak datang balik.



Melalui rujukkan di blog E-man dan klinik yang pernah ku kunjungi, aku berikan multi vitamin nie untuk si bulat lebih kurang 5ml untuk membantu si bulat dari segi dalaman dan kekuatan hati. Bekalanpun kurang namun Alhamdullillah ada lagi baki sebagai ikhtiar tambahan.Kali terakhir diguna selepas luka bedah Lola lambat sembuh.Kalau tengok keadaan lubang luka si bulat ramai yang kata si bulat akan mati...tapi aku nak all out juga...walaupun tak ada budget nak ke vet aku akan rawat selagi boleh. Setelah 2 hari guna spray ni ada tanda positif...ulat juga tak ada, aku harap si bulat akan survive....
selalu pulang comot mengalahkan kucing jalanan yang tak bertuan...apapun tetap sayang pada si bulat.

Lepas ni kena cepat basuh kaki si bulat. Kemana agaknya merayau sampai masuk longkang. Entah si bulat yang mengejar atau dia yang dikejar...agak sukar nak mandikan si bulat dan aku kena cermat agar air tidak memasuki lubang lukanya.


Tengahari sempat lari sekejab, Alhamdullillah tempat kerja tak jauh. 10minit dah sampai. Sambung bersihkan kotoran si bulat kali ini dengan tisu yang dibasahkan. Sogokkan tuna berjaya, jarang si bulat balik makan tengahari sambil menungguku biarpun makanan kucing segera memang tersedia di ruang belakang. Mungkin si bulat tahu, aku akan sediakan tuna sekiranya dia menantiku. Sebaik sahaja habis tuna si bulat mahu merayau lagi. Sebelum aku pergi kerja hanya belaian kasih-sayang yang msmpu ku berikan. Luka si bulat masih perlu diberi perhatian.

Lubang luka masih terbuka di hari ke 4


Hari ke 6 lubang masih terbuka tetapi menunjukkan kesan positif. Aku cuba mencukur bulu disekeliling kawasan luka. Setiap kali bulat balik aku akan spray ubat tu dalam 2 hingga 3 kali sehari. Perlu spray setiap hari.



Walaupun dalam keadaan sakit si bulat masih sempat minta di 'puk puk'.
Apapun setakat ini aku bagi 5 ***** bintang untuk spray nie sebab banyak membantu dalam proses penyembuhan si bulat!



Catatan 24.09.2013...

Ini pula namanya germuk. Kucing di kawasan kejiranan ibu mertuaku. Sudah lama lukanya berlarutan. Lukanya hampir sebulan tidak sembuh berikutan turut dijangkiti oleh kudis di kawasan luka dan di celah-celah jari.


Saya telah mendapat info mengenai spray 2 dalam satu ini (luka+penyakit kulit) dari fb papahero/kelab fotografi kucing jalanan. Walaupun Germuk tidak bertuan tetapi imejnya sebagai 'kucing baik' turut menjadi kesayangan warga blok di apartment ibu mertuaku, malah sering menjadi tetamu istimewa kami. Baru minggu lepas kami gunakan spray ini pada si Germuk. 


Germuk memang tak tenteram dibelengu kon leher jadi kami sentiasa memujuk dan menenangkannya untuk beberapa minit setidak-tidaknya sehingga kesan ubat tersebut menyerap. 



Kesan pertama ku lihat pada Germuk adalah air liurnya berbuih apabila ia menjilat ubat yang baru dispray. Jadi kalau boleh pakaikan kon untuk seketika.

Celahan jari turut berkudis dan dispray.

Kandungan bersifat herba.


Si Germuk sudah tak sabar nak memulakan 'pengembaraannya' semula!



* untuk luka besar saya cadangkan magtox kerana tidak memedihkan kucing. 


September 2014

Catatan tentang si germuk: germuk akhirnya mati kerana jangkitan kuman serius beberapa bulan yang lalu, walaupun sedih melihat keadaan germuk yang kurus dan tak bermaya sebelum 'pergi' tetapi aku juga gembira kerana germuk turut mendapat kasih sayang sebahagian penghuni pangsapuri tersebut kerana aku dapati ada ubat-ubatan yang sentiasa disapukan pada luka si germuk yang kuat merayau itu....telatahmu dirindui.

Si bulat pula dah jadi otai di tempatku. Seminggu merayau sekali jer balik...sekarag dah hampir sebulan tak nampak kelibatnya. Semoga si bulat bahagia dan selamat walau di mana ia berada...


Si lola pula masih setia bersama-sama kami.walaupun ada waktu pendengus tetapi lola banyak berjasa. Kehadirannya sentiasa mendapat tempat yang istimewa di hati kami. Makanan kegemaran lola adalah ikan tongkol dan ayam rebus.



Antara pembacaan fb kegemaranku untuk rujukkan dan isu semasa berkaitan kucing:

Fb kakimotong
Fb hello vet di sini
Fb Kitty's cottege Klinik Haiwan dan surgeri



Info grafik : sumber fb hello vet di sini.







9 ulasan:

Fatin Mazlan berkata...

salam..mana blh beli herbal spray tu?paw kucing saya di tahap kritikal lukanya smp dah nmpk isi & mula merebak.. :( if luka letak myk gamat ok x?tp die mst jilat lps letak..pls reply me asap

teratak molek berkata...

As Salam fatin, maaf lambat replay tk perasan kat notification tak ada.

Gamat boleh guna, tak mudarat kalau jilat. Untuk luka besar saya lebih sarankan magatox sebab tak pedihkan kucing. Dia cuma takut sebab bunyi spray tu.
Kalau terlalu serius pergi klinik haiwan kerajaan (kos murah) dalam rm10-rm15 suntikkan antibody atau antijangkitan. Sebelum spray bersihkan nanah dengan kain cuci luka menggunakan ubat kuning. Boleh didapati di farmasi. Magatox sy beli kat kedai petshop bukit tinggi, klang.

teratak molek berkata...

Sorry type error magtox. ..harga lingkungan 28-rm30

Skin hill juga saya beli kat pet shop, tapi untuk luka besar ia kelihatan memedihkan kucing. Tapi ia sesuai untuk rawat penyakit kulit Blog kakimotong papahero pernah gak iklankan jual skinheal kat web dia. Boleh singgah situ gak dari laman utama saya versi byk pengalaman bermakna. Terima kasih singgah. Maaf sekali lagi atas kelewatan. Semoga kucing awak cepat sembuh.

Lagi satu kalau nak guna minyak gamat pastikan yg ori.

Unknown berkata...

Assalam..nk tnye kucg sy luka ditgn n kuar ulat..bagaimana nk rawatnya???

teratak molek berkata...

Wassalm seeloknya bersihkan dengan povidon atau ubat luka yang warna kuning (biasa terdapat di farmasi) kemudian spray magtox (gambar spt di atas).biasanya ulat akan mati kena spary tu.cara spray sy ada terangkn di atas.Walaubagaimanapun penting juga bawa pergi vet sekurang-kurangnya ada ubat tambahan spt antibiotik dan sbgainya serta mendpt nasihat vet berkaitan luka tersebut.

cikgukamil berkata...

Assalamualaikum. Sy jaga kucing jalanan yg ada luka besar kat belakang punggung dan celah kaki.sy dah hantar veterinar utk cuci luka tp lepas balik sy xberani nak cuci luka,sembur dgn iodin. Kmdn sy beli ubat spray lain,xberkesan jugak.dah 3 minggu..sy nak call tuan/puan nak detail.sy pening,sbb banyak sangat ubat,tp xtahu mana satu elok. whatsapp sy 0129185606.nnt sy call tuan/puan.

teratak molek berkata...



Waalaikumsalam, minta maaf sy tak ada wassap dan sy tk dapat nk hubungi cikgukamil secara peribadi. Sebenarnya dlm situasi ini kadang-kadang kena usaha macam2 selagi tak berjaya. Adakalanya luka sama tetapi penyembuhannya berlainan.Sypun tak dpt nk jelaskn secara detail sb sy bukan doktor vet tetapi melalui pengalaman dan aps yang telah dilalalui. Contoh pada kucing si germuk....lukanya xbaik-baik akhirnya mati juga, mungkin ada jangkitan lain. Kes si lola pula macm2 ubat dan rawatanhingga doktor swasta syakki sporo manakala doktor gov pula setiap kali cuci dan cabut kopeng buat hati sedih dengan kesakitan yang ditanggung,beliau letakkan povidon ubat luka,lebih sebulan lola menderita dan terpaksa pakai kon sebab lola sering menggaru lukanya dan memudaratkan. 3 kali juga pergi tapi tak sembuh tetapi akhirnya luka di telinga tu baik hy dengan ubat gel yg murah yang kebetulan sy beli di both pameran ketika ada pertandingan kucing di MBO.

Tentang luka besar kucing tu, cuba guna magtox. Pasangkan kon kucing pada leher agar ia tidak menjilat semburan itu.Saya beli magtox tu di kedai petshop bukit tinggi/botanik sebelah hujung sebaris dengan kedai cash & carry. Ubat tu tak pedihkan kucing, tetapi ia pasti terkejut dengar bunyi spray tu jadi pegang kulit lehernya terlebih dahulu.Goncang spray dan sembur pd luka setelah bersihkan. Kalau ada kopeng@kulit mati gunakan kotton lembut yang dilembabkan dengan air suam untuk membuang kopeng tersebut kerana ia akan melambatkan penyembuhan.

Ini hy sebahagian dari pengalaman sy yg tak seberapa. Harap cikgu tak putus asa merawat kucing tersebut.

teratak molek berkata...

Ada juga kucing yg susah nak pakai kon@jika tiada kon, setelah spray tenangkan kucing tu dan belai ia terlebih dahulu setidak-tidaknya ubat tersebut dpt penyerap seketika. Spary 2 kali sehari sehingga sembuh.

teratak molek berkata...

Terima kasih kepada semua yg singgah di sini. Apa yg sy tuliskn di sini adalah sebahagian dari pengalaman yg sy harap dpt menjadi inspirasi agar kita tidak berputus asa dgn masalah kucing yg dihadapi.walaubagaimanapun sy tdk dpt&tdk layak untuk memberi secara detail ttg permasalahan tersebut krn sy bukan doktor vet, apa yg pasti perkongsian di atas adalah sebahagian dr usaha kecil yg pernah sy lalui sebagai satu pengalaman dan proses pembelajaran peribadi. Rujukkan kepada dr vet adalah penting agar kita tidak memudaratkan kucing kita. Saya juga Like FB kitty cottage clinic dan hello vet di sini untuk pelbagai info yang yang berguna dan mempunyai dr vet yang berkelayakkan.