Isnin, 4 Mac 2019

Kain selesa dengan budget mampu milik

Setiap kali nak raya memang baju kurung jadi keutamaan tapi bila di kedewasaan ini pencarian baju baru atau apa-apa yang berkaitan lebih tertumpu untuk orang tersayang...untuk emak,emak mertua dan anak. Aku lebih 'bershopping' pada tudung sebab baju kurung amat jarang kupakai kerana tugas harian yang mengenakan pakaian yang ditetapkan majikan dan boleh dikatakan baju raya 2-3 tahun lalu masih kelihatan baru sebab hanya dikenakan ketika menghadiri kenduri yang sekali sekala๐Ÿ˜….

Memang seronok membeli- belah tetapi semua itu perlu mengikut keperluan bukan kemahuan. Paling takut bila nak dekat raya kita terpengaruh untuk membeli barang-barang atau pakaian yang tidak begitu perlu akhirnya mengakibatkan pembaziran. Saya adalah di dalam golongan sederhana maka cara pembelian baju raya adalah terarah kepada pemakaian jangka panjang yakni yang praktikal digunakan untuk perkara-perkara lain,'evergreen' dan tidak tertakluk kepada fesyen terkini. Namun begitu saya agak 'tewas' dalam pembelian baju raya anak. Saya inginkan baju yang praktikan evergreen dan boleh digunakan seharian tetapi menggunakan meterial sejuk,lembut tetapi lasak...sebolehnya dari kapas...pastinya keinginan ini melibatkan kos yang mahal macam nak beli baju orang dewasa. Anak ketika ini baru berusia 3 tahun 4 bulan dengan ketinggian hampir 100cm, agak lasak orangnya maka jika sekadar beli baju raya yang lip lap tetapi merimaskan maka tak sampai beberapa minit pasti dah tukar baju lain๐Ÿ˜‚.

Jadi demi kasih sayang dan kemampuan yang sederharna ini saya dan suami mengambil keputusan untuk membeli kain kapas yang sejuk untuk anak...biarlah mahal sikit asalkan kita boleh pakai semula selepas raya dan praktikal untuk kebanyakkan suasana maka pembelian ini akan jadi berbaloi...saya gemar membuat kurung Kedah berseluar untuk anak sebab bila anak semakin membesar baju tersebut tidak nampak janggal.

Baju raya anak tahun lepas sehingga kini masih boleh digunakan malah sering menjadi pakaian seharian๐Ÿ˜


Cara dapatkan kain mahal dengan harga jauh lebih murah:

Untuk entri kali ini saya nak kongsi cara mendapatkan 'kain sedap' dengan harga yang jauh lebih murah:

1. Kunjungi gedung/pasaraya tekstil yang menjual kain untuk golongan pelbagai peringkat, sederharna dan mewah.

2. 'Siasat sama ada gedung tersebut ada menjual longgokkan lebihan kain-kain kodi di 'tray' tertentu mereka dengan potongan harga yang berbaloi.


Sebagai contoh saya telah berhasil mendapatkan kain kapas berkualiti baik ini pada harga yang jauh lebih murah dari membeli cara 'potongan' meter dari kodi. Bayangkan kain kapas ini harga dalam rm22 semeter tetapi dua gulung seperti dalam gambar tersebut(berjumlah 5 meter) mampu dibeli dengan harga tak sampai rm50. Boleh dapat 2 baju kurung kedah anak yang ketinggian dalam 100cm saiz badan sederhana dan lebihan kain jika ada boleh buat blouse atau seluar๐Ÿ˜‰๐ŸŽˆ๐ŸŽˆ

Walaupun rata-rata lebihan kain ini adalah antara 2meter-2.6meter kita masih boleh buat sepasang baju kurung jika dipadankan denagan corak yang sesuai.

Saya sendiri terjebak apabila terjumpa kain 100peratus sutera ini (dalam 2.2 meter). Bayangkan sepasang nilainya ratusan dan saya memperolehinya dengan harga rm30 sahaja! Bolehlah hantar jahit buat 'blouse'๐Ÿ‘

Pelbagai jenis kain boleh diperolehi dari lebihan kain tersebut cuma kita tidak dibenarkan membuka gulungan kain tersebut...alhamdullillah kesemua gulungan tersebut elok keadaannya.

Di sini saya nak bagi kredit dan terima kasih kepada pihak berkenaan yang menjual lebihan kain-kain tersebut sekurang-kurangnya dapatlah mereka-mereka yang nak berjimat untuk mendapatkan kain-kain yang sedap untuk anak-anak yang cepat membesar nie...untuk mak anakpun boleh jerr๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ Semoga perniagaan kalian bertambah maju jaya.






Tiada ulasan: