Ahad, 17 Februari 2019

Strawberi Klang





Hobi ♥️♥️♥️...

  

Jika dahulu anak strawberi hanya boleh ku dapati di Cameron Highland tetapi kini pelbagai cara kita boleh mendapat anak pokok sama ada dari pekebun 'oneline' ataupun semaian benih.  Namun hati- hati jika beli benih oneline jika tiada review yang bagus sebab saya pernah terkena apabila mendapat benih strawberi liar. Strawberi liar ni senang membiak tapi buahnya 'takder' makna sangat sebab terlalu halus. Rugi masa sebab benihnya ambil masa yang lama untuk bercambah.




Membiak anak pokok strawberi melalui sulur strawberi induk


Walaupun aku telah kembali dengan hobi ini adakalanya tangan 'gatal' nak menambah beli pokok yang sedia ada...maklumlah pokok strawberi ni banyak jenis. Saya cadangkan kepada sesiapa yang baru nak mencuba hobi penanaman strawberi bolehlah beli variasi Japenese Sweet Chery' (JSC) sebab ia agak lasak dan  buatlah rujukkan dahulu melalui media massa mahupun kumpulan-kumpulan pecinta strawberi yang ada di facebook.

95 peratus medium cocopeat,5 peratus pecahan gabus. Kalau nak bagi banyak buah daunnya perlu dikurangkan...


Apapun di sini saya hanya nak kongsikan antara gambar pokok-pokok strawberi yang saya ada dan beli melalui anak mahupun pokok pasuan kecil... mungkin selepas ini peminat tanaman strawberi akan terinspirasi dan berani mencuba walaupun tinggal di lokasi panas seperti saya(Klang). Saya bertambah teruja kerana bekalan anak pokok pertama setelah lama tidak menanam pokok strawberi saya dapati di daerah yang sama. Saya juga gemar bereksperimen dengan kepelbagaian medium mahupun campuran medium. Kegemaran medium saya adalah cocopeat kerana ia lebih murah dan pokok nampak lebih gemuk terutamanya dengan paduan baja AB dan kawalan organik. Antara medium yang bagus adalah peatmoss tapi tak tahan poket pulak😂Sebelum ini ramai kenalan saya yang mengatakan ia mustahil ditanam di Klang. Sebenarnya pokok strawberi sangat sukakan cahaya matahari asalkan cukup baja dan siraman insyaAllah ia akan hidup subur cuma ada ketikanya bagi strawberi pasuan ia perlukan perlindungan net untuk mengelak daripada hujan lebat kerana ia mampu memusnahkan pokok. Beberapa pokok baru telah saya tanam sejak tahun lalu samaada dengan kaedah hidroponik ataupun pasuan. Ia juga boleh ditanam terus diatas batas.

Tanaman medium tanah,cocopeat dan arang

Nutripot d.i.y dengan kaedah hidroponik(medium cocopeat)

Jom singgah di laman dapur strawberi saya...

https://youtu.be/W0NVGDGyDLE

Asas penggunaan/penyediaan blok cocopeat untuk tanaman:




https://youtu.be/k9xrgGc9swo

Tiada ulasan: