Sebelum ini aku tertanya-tanya tempat atau cara melupuskan Al-Quran yang rosak di sekitar Kg.Sg Udang, kg.Delek & jalan Yadi. Pernah juga terbaca tentang masjid yang ada tempat dan pengendalian tersebut. Ayat suci kalam Allah ini perlu dikendalikan dengan tertipnya yang tersendiri. Kebetulan ada program berkaitan yang dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Klang di Bangunan utamanya. Kepada penduduk sekitar bolehlah war-warkan serta singgah menggunakan khidmat tersebut jika ada keperluan. Pelancarannya 21 April 2017...tak pasti pula berapa lama ia berlangsung. Tetapi tidak ada masalah untuk menggunakan khidmat tersebut sebelum majlis pelancarannya.
#selepas tarikh berkenaan sila rujuk pada ajk masjid
sumber gambar: FB Pekerti MPKLANG |
#selepas tarikh berkenaan sila rujuk pada ajk masjid
posted from Bloggeroid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan