Isnin, 3 April 2017

Hias dan guna

Individu yang gemar berada di dapur sememangnya mengimpikan deko dapur tersendiri. Tak semestinya dapur perlu mewah. Yang penting berbelanjalah mengikut keperluan...keinginan tu kita lengkapkan secara berdikit-dikit bagi sesiapa yang kurang dari segi 'budget'.



Bagi aku jika nak tambah keseronokkan di dapur, deko datang seiring dengan keperluan. Pendek kata, barang-barang seterusnya yang dibeli untuk keperluan pada masa yang sama boleh dijadikan sebagai elemen dekorasi. Diperingkat awal aku memang membeli mengikut keperluan...caca marba juga rupa bentuk barang dapur. Tapi kini aku semakin matang, bila masa tiba untuk menukar barang yang baru atau membuat penambahbaikkan, aku mula bersikap selektif dengan barang yang aku inginkan. Aku ingin berdeko sambil menggunakannya. Ia lebih ekonomi malah praktikal terutamanya bagi dapur kecil yang mempunyai ruang terhad pada masa sama inginkan sentuhan dekorasi pada dapur. Kesilapan yang sering kita lakukan dalam dekorasi adalah mewarna suasana dengan terlalu 'ekstrem,' saya sendiri pernah terjebak...dinding hijau...aksesori hijau sehingga menyebabkan seri yang ingin ditonjolkan tenggelam. Bagi memperbaiki kesilapan tersebut tidak semestinya kita perlu ubah warna cat kita. Kita boleh gunakan imiginasi dan sedikit kreativiti sebagai contoh:


Oleh kerana dinding dan jug bewarna hijau, maka saya selitkan dulang berlainan warna sebagai latar belakang jug. Jadi jug hijau tu taklah tenggelam sangat.


Sekiranya kita kurang kreatif,Kita boleh dapatkan inspirasi dekorasi dari majalah-majalah berkaitan kediaman mahupun di pasaraya-pasaraya besar. Jadikan susunan aksesori dapur kita bak pameran tetapi 'aktif' keperluannya!

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan: